Grade: 7a / 5.11d
Bolter: Adi
Crag: Nyamuk Wall
Section: Shieldtox
Location: Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia
Runners needed: 7 included anchor
Anchor: Stapler
Crux: 1 crux (with 3 hard moves that I differentiate under 3 different cruxs)
Hand Holds: Crimpy (2,3,4 finger) + have 2 undercling holds before 1st crux (sedap je)
Foot Holds: is hand holds
Route style: Vertical/Face & sedikit je hang from 1st crux to 2nd crux
07/10/2017: 1st time attempt top rope (failed)
08/10/2017: 2nd time attempt top rope (failed)
15/10/2017: 3rd time attempt top rope - 3 attempts (top)
02/12/2018: 1st time attempt lead - 2nd crux (failed)
27/01/2019: 2nd time attempt lead - 3rd crux (failed)
04/05/2019: top rope - recheck the beta & remembering back the move
06/05/2019: 3rd time attempt lead - 2nd crux (succeeded)
07/07/2019: top roping – first time without fall
10/07/2019: lead, 3 times (failed)
11/07/2019: lead, 2 times (failed)
12/07/2019: lead, after 2nd attempt (send)
p/s thx belayers, appreciate it
My Moves
1st – 3rd
Runner: 5c
- jug holds
- 1st runner tu tinggi, so hati2 climb
3rd – 4th
Runner: 5c+/6a
- holds crimpy sedap
- then kau akan jumpa 2 holds undercling
- 1st undercling boleh pegang 5 jari tangan kanan
(boleh share tangan, sebab besar hold dia tu)
- lepas tu kau cross ambik tangan kiri 2nd undercling,
boleh masuk 4 jari (agak sempit)
- kaki dua2 kena naik tinggi baru undercling sedap pegang
- foot hold dua2 kaki smearing je
- then clip runner ke-4
- lepas dapat clip susun kaki cepat2 tarikh nafas
- kau akan masuk 1st crux
4th – 5th
Runner: 7a
- untuk pergi runner ke-5 ada satu crux yang tersangat
panjang & klu kau fall memang jauh gila
- untuk memudahkan kepala aku ingat dan faham move, aku pecah
kan 3 bahagian based on my move style
- peringatan: crimp2 kat crux semua x sedap (jgn berangan ada
jug kat sini, u need to train hard, this is 7a punya crimp (klu aku cakap sedap
tu means cukup2 nafas je nak pegang, bila2 masa je boleh fall)
I.
move 1: 1st crux
II.
move 2: 2nd crux
III.
move 3: 3rd crux
Move 1: 1st
crux
- lepas susun kaki dan jaga pernafasan terus ambik hold 4 jari kanan (crimp dalam, agak sakit)
dan kiri 4 jari (crimp sedap)
- kau kena gerak ke kiri: tarikh nafas, bawa kaki kanan-drop knee position (foot hold dia nampak licin,
ada kat tengah2 kau, tapi bila kau tekan guna kaki kanan kau, dia grimp je), lepas
tu hantar kaki kiri ke kiri (means buka kaki kiri kau: foot hold micro)
- dan terus ambik hold
tangan kanan 3 jari (crimpy sakit nak mampus)
- kaki kiri tekan kuat tidak kau terbang
- naik kaki kanan dekat hold
4 jari kanan (crimp dalam, agak sakit) tu, tekan dan lurus kan kaki kanan sehabis
boleh dan tarikh badan sampai habis – sebab hand hold kiri seterusnya tu tinggi, kecuali jika kau bukan pendek
- dah dapat hold tangan kiri tu, then habis lah crux pertama (hold dia: 4 jari, sedap sikit drpd hold tgn
kanan tadi - sepi2 je 4 jari nye ni)
- baru 1st crux, x habis g perjalanan crux dia dan
aku tak boleh clip lagi (aku fall dan rasa dah nangis kot, x ingat dah nangis
ke x, banyak sangat nangis...hahaha)…
>>> continue as below story summary
Training Schedule
Power Endurance Training by Cikgu
Date Start: 17/12/2018
1. SET A:
moon wall
(1mw, 2mr + pull up & push up 10x 10x)
5 set
---> r30m (core 400 + plank 6m)
2. SET B:
bouldering v2-v4 & v3-v5
(5x5 + pull up & push up 10x 10x)
5 set
---> r10m
3. SET C:
hang board (hand straight, 90* pull, full pull - 5sw 5sr)
5 different crimpy holds (2,3,4 finger)
5 set
Story of Climbing
Date:
27/01/2019: 2nd time attempt lead - 3rd crux (failed)
Kelemahan & correction needed:
1. footing kaki: banyakkan traverse - take micro foot holds only
2. breathing: tarik nafas semasa tukar footing kaki, use ur core untuk stability footing
3. jeritan make u more panic: don't scream
Additional activities to improve foot work:
*joging 2 kali seminggu
*do agility drills (sayang suruh buat...)
*squad
p/s perasaan aku: loser + semangat (masih semangat kerana aku tahu aku ada improve sikit)
04-05/05/2019 - Revised Beta
04/05/2019: top rope - recheck the beta & remembering back the move
06/05/2019: 3rd time attempt lead - 2nd crux (succeeded)
- Two hard moves - dynamic: lock tangan kiri & kanan -> lompat
- Hold jung: off route
- Satu hold crimp sakit nak mampus (side pull ke kiri, tgn kanan) after 2nd dynamic move
Body condition aku sekarang: semua crimp boleh pegang, tapi endurance tak de (cepat pump)
Solution: Endurance Training
1. Endurance climbing (top rope - 6c crimpy + down climb) 30 minute to 1 hour
2. Traverse
Before start, make sure korang buat:
1. warming up - static stretching
2. warming up - dynamic stretching
3. climbing top rope - 5c/6a sampai sedikit peluh (means badan dah panas betul)
4. start endurance training 6c + down climb (klu tak boleh down climb 6c, ambik 6a, route sebelah)
5. rest 30 minit
6. hang: 6 holds - 7sw + 3 sr
7. cool down - dynamic stretching (boleh buat core)
8. cool down - static stretching
p.s. warming up - dynamic stretching: banyakkan tempat yang nak guna nanti cth wrist atau shoulder (wrist & shoulder aku pernah injured, so aku banyak stretching bahagian ni)
07/07/2019 : top roping – first time without fall
Jumpa new foot hold – right leg after last crux (shape: half crimp) –
sebelah hand hold no.6, naik tangan kanan dulu (hold ni sakit walaupun hold dia
besar – shape sekeping batu yang runcing seperti paruh tajam), then cepat2 naik
kaki kanan, then tgn kanan ambil full crimp (sedap mcm jug but sakit) – shape sekeping.
Then share kat situ (layback ke kanan). – The way up is very pumpy mostly badan
kena berat ke kanan (layback technique).
1. jgn jerit
(aku dah cakap jgn jerit, ia buat kan aku makin penat, actually aku
jerit sebab takut gila, walaupun top roping je :D, ya aku jerit & fall,
second top roping: aku dah tak jerit and pertama kali link semua beta until the
top – aku dah dapat sequence yang perfect, so plan ogos ni nak lead, Tuhanku
dengar lah aku :D)
2. control breathing from the bottom until the top
(after crux lagi lah kena jaga nafas, kau akan lagi cepat penat klu
nafas tercungap-cungap macam ikan tak cukup air, don’t do that pls) &
jangan panic)
3. hanya focus fikirkan kaki mana nak letak
(jari aku dah tak rasa sakit sebab aku dah pandai panjat guna kekuatan
kaki, sebelum ni jari aku sakit sangat teruk sebab kaki tak guna)
*aku puasa, rasa ringan, kebetulan hujan yang light2 je waktu pagi dan
mendung, 4 petang aku pulang, dan aku dahaga teruk sangat-sangat. Klu tak hujan
aku rasa aku tak akan panjat PEAR. Aku malas nak makan so aku puasa ganti. Klu hujan
lebat PEAR akan basah teruk dan tak perlu pikir nak panjat lah, balik tidur je.
Aku pergi NYAMUK solo je, hope ada orang boleh tolong jadi belayer klu tak ade
aku hanya tengok PEAR. Aku rindu PEAR je klu tak dapat panjat hanya tengok pun
jadilah. Dia macam panggil aku datang tengok dia. Wow ramainya climbers from
Singapore, I got new friends :D and I have inspiring one of them too, so we
both top roping PEAR together-gather. Terima kasih. He said I in long term
relationship with PEAR (hahaha, iya iya).
P.S. seronok bebenor aku, doa aku makbul, bukan senang nak cari free belayer
Training Schedule May/2019 – 06/07/2019
I do lots of traverse crazily, I don’t have endurance. So I just take
new advise from my new coach, he want to be my coach (iya matilah aku) he ask
me to do endurance training and he said my finger already kuat, so kamu traverse
aja dan jangan banyak fikir, jangan malas dan banyak sabar.
Starting for Traverse Endurance Training
10 minit
15 minit
30 minit
35 minit
46 minit
*46 minit: aku muntah angin + nangis aku – akhirnya aku berjaya buat 45
minit ke atas bermula dengan 10 minit yang aku rasa nak mampus, “boleh ke aku
buat 45 minit ni?”. Akhirnya aku berjaya doong (PERCAYA DIRI AJA). Coach cakap
nanti buat satu jam. Sebelum training macam biasa buat warming up static & dynamic stretching. Before cool down buat pull up 50 or 100 (actually aku tak sempat buat 50, selalu buat 10 je), sit up 100 dan push up 25. Cooling down pun mesti ada dynamic and static stretching.
Summary of My Training Sepanjang Tahun
2019
1. Moon Wall: technique
2. Hang Board: fingers strength
3. Traverse: endurance
*aku paling suka buat training moon wall
Two Years Project - OBSESSION INTO YOU
10/07/2019: lead, 3 times (failed)
11/07/2019: lead, 2 times (failed)
12/07/2019: lead, after 2nd attempt (send)
Dalam masa 3 hari, aku panjat banyak kali macam orang terdesak, aku hanya pikir PEAR, nothing else, nasib baik aku ada selera makan, sebab aku tahu klu x makan aku x akan dapat panjat PEAR. "And aku just keep thinking, kenapa dekat crux aku tak boleh pergi? Mmm...actually hati aku dan fikiran aku tak tenang, kamu kena belajar bertenang". Aku nak kena fight keserabutan itu...oh hooo". Public holiday 3 hari (sempena Raya Korban, aku dah berjanji akan balik kampung seminggu selepas Raya, jadi umi x risau, umi klu risau dia akan call 24 jam). Cuaca just nice, selalu mendung and matahari kejap ada kejap tak de. Which means it's time to send lorhhh, aku tak kan climb if panas terik, nanti kena migrain, then kena makan ubat, and I hate medicine, nanti darah aku cair and x boleh nak derma darah. Semua jenis ubat tahan sakit boleh menyebabkan darah kamu cair. So, jangan sakit, ok!
Perjuangan, bila kaki aku nak ter-slip pada kali ke-7 aku cuba climb: pada hari yang ketiga. Aku dah lepas semua crux, but next hold tersangat lah sakit, hati aku kata "oh pls kau jangan jatuh, aku x nak jatuh lagi, dah tinggi dah ni, jangan kau gedik nak jatuh". Kaki aku mengeletar, then mengeletar seluruh badan aku, fuhhh...aku lawan juga habis-habisan, focus "aku mesti sampai top tanpa jatuh, and aku boleh, pasti, aku yakin aku boleh lepas hari ini". Perjuangan melawan diri sendiri adalah peperangan yang paling sukar di dunia. Lepas crux tangan aku dah x rasa apa-apa, keras. Dan aku slow slow jaga breathing climb sampai top, semua 5c je, but jaga breathing ketika itu mesti berhati-hati "jangan panik". Panik boleh menyebabkan kau mati. Aku SEND, perasaan aku: IA sesuatu yang x dapat diluahkan, mungkin seperti kau x dapat jumpa keluarga kau selama 2 tahun, sekali kau dapat jumpa, mungkin seperti itu perasaannya.
Mereka yang dibawah menyokong aku, aku nampak aura mereka sangat ikhlas. Terima kasih. Bukan senang "ini perjuangan 7a pertama aku, perjalanan ini mengajar aku: SABAR & BERSYUKUR nanti Allah bagi". IA bukan semata-mata kerana PEAR sahaja, IA adalah sesuatu yang sangat bernilai lebih dari PEAR yang mengajari aku dalam perjalanan menembusi PEAR. IA diberi oleh Tuhan, dan aku bersyukur.
Tips:
jgn lapar, jgn climb tengah panas, chill, jaga breathing, cari kaki paling penting, tahu rest kat mana, fight until u bleed
p.s. aku pergi lunch jam 12, tepat jam 12 aku mesti makan sesuatu sebelum aku kena gastrik dan terus tidur, lepas aku makan nasi kari ayam mamak, aku terus panjat dan send...macam-macam (video climb boleh tengok di IG aku: nabilaamohamed)