Tiga cara
persediaan mental supaya mental kamu jadi lebih kuat sekuat-kuatnya, harap
kuat, kalau tak kuat juga, mesti kuatlah.
*nota: ‘kekasih
hati’ ditukar menjadi ‘ex’
Cara 1:
Ingat! Bahawasanya ‘Your Ex’ Layak Berbahagia
Tapi bukan
dengan kamu, dia berbahagia dengan orang lain. Fikir ni pun dah serabut otak.
Ya sulit untuk ingat. Ingat juga paksa ingat! bahawasanya ‘my ex’ layak
berbahagia dengan orang lain. Semua hal akan jadi mudah buat kamu. Terutama
hal-hal yang berkaitan dengan impian kamu, sebaiknya kamu fokus kejar impian
kamu daripada kejar ‘ex’. Kalau kamu kejar ‘ex’, impian kamu tercicir. Bak
pepatah orang Melayu dahulu kala “yang dikejar tak dapat yang dikendong
berciciran”. Ngam tak? Aku rasa ngam pepatah ni. Jadi, kalau kamu ingat cara nombor
satu ni, kamu boleh maju kehadapan dan ‘ex’ kamu juga maju ke hadapan, dua-dua
maju. Kuranglah konflik sekarang dan masa hadapan. Tenang jiwa raga.
Cara 2: Percaya
Perasaan Cinta Itu Sudah Tiada dan Cemburu Sebenarnya Adalah Normal
Bila kamu dapat tahu dia sudah ada pasangan yang baru dan buatkan perasaan kamu tiba-tiba jadi tidak tenang dan tidak tenteram (sedih atau lain-lain) bukan bererti kamu masih cintakan dia, itu hanyalah perasaan yang timbul kerana berlaku kekeliruan perasaan kerana kamu sedang berfikir tempat kamu sudah diganti dengan orang lain. Kalau lebih cantik lebih sakit rasanya. Kekeliruan perasaan muncul kerana tekanan yang berlaku dan mengganggu sistem perasaan beroperasi dan hasilnya terjadilah gangguan perasaan atau gangguan emosi. Tekanan itu adalah apa yang kamu fikirkan “tempat aku telah digantikan dengan orang yang lebih cantik dari aku, patut la aku ditinggalkan”, contoh.
Banyak orang keliru kenapa perasaan cemburu masih timbul bila ternampak dia bersama dengan orang baru. Kadang-kadang apa yang kamu fikir dan apa yang kamu rasa berlaku secara bertentangan. Ya ke? Yaaa…seperti konsep kekeliruan perasaan di atas. Fikiran dan hati tak selari. Hati jem otak pun jem, otak jem hati pun jem. Kedua-dua perasaan itu normal dan percayalah sesungguhnya ia adalah perasaan yang normal kamu hanya keliru buat seketika. Kamu mesti percaya bahawasanya kekeliruan itu adalah ilusi dan ilusi itu adalah sesuatu yang tidak wujud.
Cara 3: Mengingati
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kamu Berpisah atau Ditinggalkan
Ok, ini kamu
hanya perlu senaraikan faktor-faktornya dan ia akan membuatkan kamu sedar dan
tidak bermimpi di siang hari. Mudah kerja senarai-senarai ni tapi lagi buat
hati ini sakit. Cara nombor tiga ni tak best, tetapi ia sangat berfungsi dalam
membangunkan kamu dari mimpi.
Kesimpulan
Ada banyak
cara sebenarnya. Aku pilih tiga cara yang paling sesuai dan rare. Ia
sangat sukar dilakukan tetapi tidak mustahil bagi orang yang bersabar, berdoa
dan tetap mendirikan solat.
Rujukan
1. Cathy Meyer (13 Mei 2019). 6 Tips to
Help You Process Emotions When Your Ex Starts Dating. Diambil di https://www.mydomaine.com/tips-to-help-you-process-emotions-when-your-ex-starts-dating-1103124 pada 27/5/2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan