“Cabin Fever! Rasa Sedih Kerana Berada di Dalam Rumah Terlalu Lama – Petanda Aku Ada Masalah Mental Ke?”


Penyakit virus corona ‘Corona Virus Disease (Covid-19)’ muncul pada Desember 2019 di Pasar Basah Hidupan Liar, Wuhan, China. Bertukar menjadi pandemik global bila ia telah merebak ke seluruh negara di dunia secepat kilat. Semua aspek kehidupan manusia telah terkesan dengan penularan  virus ni terutama sekali kepada kesihatan mental.

Hampir 3 juta orang telah dijangkiti dengan 202,597 kematian (World Health Organization – Laporan setakat April 28, 2020). Negara yang paling banyak dijangkiti adalah China, USA, Italy dan Spain (Zambrano-Mouserrate et al., 2020). Banyak Negara di seluruh dunia terpaksa melaksanakan perintah berkurung termasuk Malaysia untuk memutuskan rantaian penularan dengan mengkuarantinkan semua rakyat mereka di rumah masing-masing.

Famous hashtag #stayhome #dudukdirumah #dirumahaja sebagai pemberi kesedaran. Malaysia Moverment Control Order (MCO) atau Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah diisytiharkan seluruh Negara pada 18 March sehingga 15 May 2020 dan dijangka akan berlanjutan. Situasi ni adalah perkara baru selepas perintah Darurat Tanah Melayu yang diisytiharkan oleh British pada tahun 1948 sehingga tahun 1960 selama 12 tahun Negara kita darurat kerana perang gerila oleh Parti Komunis Malaya. Sudah tentu generasi baru hari ini tidak sepenuhnya bersedia untuk menghadapi darurat kecil ni.

Disebabkan bimbang dengan peningkatan masalah mental dikalangan rakyat yang sememangnya sudah tinggi, kerajaan Malaysia telah menubuhkan talian tol percuma. Kamu boleh call untuk dapatkan nasihat dalam mengatasi ketidakstabilan emosi semasa PKP. 

Apa itu Cabin Fever (CF)?
CF adalah satu sindrom atau kumpulan gejala yang terjadi kerana terlalu lama terperap dalam suatu ruangan. CF ni adalah sindrom dari isolasi berlebihan. Bila sering bersendirian di suatu ruang akan berlaku ngangguan terhadap emosi. CF ni merujuk kepada serangan emosi atau perasaan sedih ketika kamu harus bertahan hidup secara terasing di suatu ruang dalam waktu yang lama. Terasa terputus hubungan dengan dunia luar juga dapat memunculkan CF. Bila emosi dan perasaan sedih berlanjutan ia akan serang mental pulak. Kalau tak rawat boleh sakit mental jadinya. CF melibatkan satu rangkaian emosi negatif dan tekanan yang terkait akibat pembatasan (Vaile Wright cited by Kristen Rogers, 2020).

CF kerap berlaku di Negara musim sejuk yang dikenali sebagai Seasonal Affective Disorder, banyak aktiviti harian tidak dapat dilakukan. Individu terkurung di dalam penjara juga boleh terkena CF. Seseorang yang extrovert juga sangat mudah terkena CF.

Istilah CF digunakan kepada pesakit-pesakit yang diisolasikan di rumah kerana demam kepialu pada tahun 1800-an. Tahun 1990-an, Amerika Utara juga gunakan istilah CF yang merujuk kepada seseorang yang diisolasi di kawasan terpencil atau kabin saat musim sejuk. Udara sejuk memaksa seseorang untuk tetap berada di dalam ruangan sepanjang waktu.

CF bukan suatu diagnosis yang menyatakan kamu ada ganguan atau penyakit psikologi/ jiwa/ mental. Gangguan ini hanya merupakan suatu tidak balas psikologi terhadap suatu situasi. So kamu bukan kena sakit mental le. Lega. Aku pun lega.

Simptom/ Tanda/ Gejala Kamu Terkena CF
Setiap seseorang mempunyai simptom yang berbeza. Waktu PKP, apa pun tak boleh buat, kamu jadi kurang aktif, kamu cepat bosan, kesepian, terisolasi, tak tenang, tak bebas, tak bahagia lebih parah lagi kamu akan:


Cara Atasi CF dan Menjaga Kesihatan Mental
Menerima dengan redha sekarang kita di norma yang baru, terima kita kena berkurung, kurangkan ekspektasi tinggi. Sedikit demi sedikit kita akan terbiasa dengan norma baru dan memanfaatkan waktu yang ada dengan sesuatu aktiviti yang baik. Tetap aktif secara mental dan fizikal seperti:

1.      Membuat jadual harian rutin dan meletakkan target kecil atau tujuan harian atau mingguan
2.      Tetap merawat diri seperti, berhias, mandi, makan, berurut, bersih diri, memakai wangian
3.      Menjaga hubungan sosial melalui komunikasi media social etc.
4.      Bersenam dapat hilangkan gelisah (anxiety), tingkatkan mood baik dan lebih bahagia dgn pelepasan kimia endorphin di dalam tubuh ketika bersenam
5.      Bermeditasi, susun atur pernafasan seperti yoga atau pergerakkan merenggang otot
6.      Lakukan aktiviti merangsang pemikiran seperti main teki teki silang kata, congkak etc., ia juga dapat buatkan kamu bergerak maju dan kurangi perasaan terisolasi dan kelesuan
7.      Cari hobi baru seperti memasak, menghiasi bilik etc.
8.      Cari waktu untuk beristirehat dan bersantai, manusia memerlukan kesimbangan antara waktu dengan orang lain dan ‘me time’ seperti berjempur di halaman/ balkoni, buka jendela dapat tenangkan perasaan
9.      Mengambil omega-3, vitamin B12, vitamin D, cth ikan salmon, dipercayai dapat baiki mood swing kamu
10.  Ambil ujian online DASS (Depression, Anxiety Stress Scales) sebagai langkah pencegahan


Rujukan

1.      CNN Indonesia (April 27, 2020). Ancaman 'Cabin Fever' Mengintai Masyarakat Selama Masa PSBB. Diambil di https://www.cnnindonesia.com/gaya-hidup/20200427115650-284-497590/ancaman-cabin-fever-mengintai-masyarakat-selama-masa-psbb pada April 29, 2020
2.      Dinda Silviana Dewi (March 31, 2020). Cara Atasi Cabin Fever, Stress Akibat Karantina atau Work From Home. Diambil di https://tirto.id/cara-atasi-cabin-fever-stres-akibat-karantina-atau-work-from-home-eJXc pada April 29, 2020
3.      Fadli (April 6, 2020). Cabin Fever “Menghantui” Masyarakat yang Terlalu Lama Tinggal di Rumah. Diambil di https://www.sehatq.com/artikel/cabin-fever-menghantui-masyarakat-yang-terlalu-lama-tinggal-di-rumah pada April 24, 2020
4.      Kristen Rogers (March 19, 2020). Do I have 'cabin fever?' What it is, how to 'cure' it. Diambil di https://edition.cnn.com/2020/03/19/health/coronavirus-cabin-fever-definition-quarantine-wellness/index.html pada April 29, 2020
5.      Nabilaa, N. C. (April 12, 2020). Apa Itu Cabin Fever? Kenali dan Atasi Masalah Emosi Diri Ketika Isolasi Mandiri. Diambil di https://hype.grid.id/read/432100859/apa-itu-cabin-fever-kenali-dan-atasi-masalah-emosi-diri-ketika-isolasi-mandiri?page=all pada April 29, 2020
6.      Nora Azizah (April 26, 2020). Mengenal Apa Itu Cabin Fever. Diambil pada  https://republika.co.id/berita/q9ds64463/mengenal-apa-itu-emcabin-feverem di April 29, 2020
7.      Nurul Izzati Jusoh (n.d.). Akibat Terlalu Lama Berkurung Dalam Rumah, Kenali Simptom Cabin Fever Seperti Dialami Wanita Ini. Diambil di https://my.theasianparent.com/rasa-gelisah pada April 24, 2020
8.      Wiwit Widiastuti (April 3, 2020). Fakta Cabin Fever, Kondisi Psikologis Saat Terisolasi Dalam Ruangan. Diambil di https://www.idntimes.com/health/medical/wiwit-widiastuti-1/fakta-cabin-fever-kondisi-psikologis-saat-terisolasi-dalam-ruangan-c1c2-1/4 pada April 4, 2020
9.      World Health Organization (April 28, 2020). Coronavirus disease (COVID-2019) situation reports as at April 23, 2020. Diambil di https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/situation-reports/  pada April 29, 2020
10.  Zambrano-Monserrate, M.A., Ruano, M.A., & Sanchez-Alcalde, L. (2020). Indirect effects of COVID-19 on the environment. Science of the Total Environment, https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2020.138813


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...