Fasa Kebahagian dan Derita


Kalau korang sedar dalam dunia ni semua manusia tak kira kaya miskin akan lalui fasa bahagia dan fasa derita. Dimana ada kebahagian di situ juga ada derita. Tanpa derita tiada kebahagian. Merujuk kepada Al-Quran dari kata-kata (firman) ALLAH, ALLAH ciptakan bahagia dan derita untuk menguji manusia supaya manusia tetap bersyukur. Dulu aku tak faham kenapa apabila aku ditimpa ujian (musibah atau bencana) aku perlu bersyukur? Berpuluh tahun aku mencari jawapan. Dan akhirnya aku faham kenapa aku perlu bersyukur ketika ditimpa ujian kerana setiap ujian tu adalah satu peluang dari ALLAH kepada aku untuk kenali diri aku sendiri dan adakah aku akan layak untuk go to the next level (syurga tu tempat tinggi kalau tak diuji bagaimana nak lulus dan masuk syurga?). Peluang ni lah aku kena bersyukur sebab ALLAH masih bagi rahmat dan keampunan. Tanpa rahmat dan keampunan ALLAH aku memang tak boleh masuk syurga. Setiap ujian yang aku hadapi ada yang aku kalah dan menang. Ujian yang datang akan semakin berat dan besar tapi ujian diberi ikut kemampuan seseorang kerana ALLAH Maha Adil dan Maha Mengetahui akan hambaNya.

“ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya….” – AL-Quran (Al-Baqarah, 2:286)

Dalam proses nak fight, jatuh bangun dalam menghadapi ujian aku kena tahu cara menghadapi ujian tu, baru aku boleh survive. Cara tu datang dari pengalaman hidup aku dan ilmu pengetahuan. Sebab tu kita kena mencari ilmu sampai ke negeri China (metafora). Dalam perjalanan mencari ilmu kamu akan dapat pengalaman. Aku nak share sikit tentang fasa kebahagian dan derita aku dalam dunia ni.

Fasa Kebahagian
Aku diuji dengan kebahagian untuk melihat adakah aku bersyukur. Bahagia ada 3 tahap. Tahap permulaan, tahap kemuncak dan tahap pengakhiran. Derita akan hadir apabila kebahagian yang aku sedang kecapi berada di tahap pengakhiran.

Fasa Derita
Aku diuji dengan derita untuk melihat sama ada aku masih tetap bersyukur atau tidak. Derita juga ada 3 tahap. Tahap permulaan, tahap kemuncak dan tahap pengakhiran. Derita akan hilang apabila derita berada di tahap pengakhiran. Tetapi kebahagian tidak akan terus aku kecapi kerana proses itu adalah fitrah. Kamu tidak boleh melawan fitrah. Contoh, tangan kamu patah, kamu akan rasa sakit dan derita dan untuk mendapatkan kebahagian (hilangkan rasa sakit dan derita itu) kamu perlu dirawat, pergi sesi pemulihan (fisioterapi) dan akhirnya kamu akan sihat (bahagia). Dalam derita tahap permulaan kamu sedang kenali derita. Kesan daripada derita tahap permulaan ni kamu akan menangis, meroyan dan berdrama sehingga tahap kemuncak. Pada tahap kemuncak kamu akan tahu apa yang menyebakan kamu derita, kamu sedang cuba fahami derita dan ingin tahu cara hadapinya (kamu akan cari cara apabila kamu sedar dan sudah mulai bosan dengan derita). Banyak orang akan gagal apabila derita berada di tahap kemuncak kerana tak sedar dan terus menerus biarkan diri di dalam derita, tak jumpa cara yang betul nak hadapi derita dan tak tahan sakit. Sama ada akan berlaku sad ending atau death ending. Happy ending hanya berlaku pada fasa sihat.

Fasa Rawatan
Apabila kamu berjaya hadapi derita tahap kemuncak dengan automatik derita kamu akan drop perlahan-lahan ke tahap pengakhiran. It takes time. Sometime it takes decade. Kamu sudah kenali derita dan kamu pergi mendapatkan rawatan sama ada pergi jumpa doktor atau self-motivation dan lain-lain. Kamu merawat diri kamu. Contoh, kaki kamu patah, ada luka dan tulang patah, semua kecederaan (derita) dirawat.

Fasa Pemulihan – Fisioterapi
Selepas dirawat, sekarang masa untuk pemulihan. Pergi fisioterapi untuk pulihkan kestabilan dan fleksibiliti pergerakkan kaki yang patah. Bagaimana kalau hati yang patah? Proses juga sama. Ada fisioterapi yang tersendiri. Untuk merawat hati yang patah, hati perlu rawatan jiwa. Bukan terus ke hospital gila. Maksudnyanya jiwa hanya boleh dirawat dengan mendekatkan diri dengan ALLAH. Ada banyak cara untuk dekat dengan ALLAH.

Fasa Sihat
Fasa sihat akan datang apabila kamu berjaya harungi semua proses pemulihan dengan sabar. Kebahagian akan datang secara perlahan atau cepat. Kebahagian hanya datang kepada orang yang sabar.

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar berita gembira kepada orang yang sabar”. – Al-Quran (Al-Baqarah, 2:155).

Semua fasa diatas ada tahap permulaan, kemuncak dan pengakhiran dan semua fasa akan berulang seperti sebuah kitaran rantai kehidupan.  Tiada fasa pencegahan kerana ujian yang datang dari ALLAH bukan sesuatu yang kita boleh kawal tetapi kita boleh bersedia siap siaga awal. Semua makhluk yang dicipta akan hadapi ujian yang telah ditetapkan. Setiap ujian yang kita akan hadapi dah siap ditulis dalam takdir kita sebelum kita dilahirkan (wujud). Kita mesti ikhlas beriman dengan qada dan qadar ALLAH.

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mafhuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bahagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu….” – Al-Quran, 57:22-23)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...