Penyakit Melankolia – Bunuh Diri Kerana Rasa Sedih

 

“…Engkaulah yang kini mekar, dalam diriku yang melankolia, akulah simpang tersasar, karam janjiku yang melankolia”.


Lagu ‘Cinta Melankolia’ dinyanyikan oleh Aan pada tahun 2016. 


Dalam lagu ni dia menceritakan tentang kisah sebuah percintaan yang menyebabkan dia menghadapi masalah melankolia. 


"Saya berasa melankolia dan ingin mati. Tiada apa-apa sebab yang penting, saudara semua tidak perlu merisaui kematian saya. Bye bye!".


Adalah mesej terakhir Zou Fan pada 18 Mac 2012 sehari sebelum dia mati membunuh diri keesokannya berasal dari China. 


Sejarah Melankolia


Asal kata dari bahasa Yunani bermaksud “kesedihan” atau “hempedu hitam” secara harfiah. 


Melas (hitam/gelap) + khole (hempedu) = Melankolia


Ahli-ahli perubatan kuno seperti Ibnu Sina dan Hippokrates percaya jika seseorang itu jatuh sakit adalah disebabkan oleh kandungan cecair di dalam tubuh badan tidak seimbang. Bahagian cecair ni dikenali sebagai “humor”. 


Dalam sistem humor wujudnya hempedu hitam yang mempengaruhi keseimbangan fizikal dan mental seseorang. Hippokrates mengatakan apabila cecair hempedu hitam keluar terlampau banyak maka terjadilah melankolia (kesedihan melampau). Seseorang itu akan mempunyai perasaan dan personaliti yang melankolis. 


Melankolia - Rasa Sedih Melampau


Melankolia akan membuatkan kamu berasa sedih yang amat sangat tanpa sebab dalam jangka masa yang sangat lama dan jika dibiarkan berpanjangan akan membunuh jiwa dan raga kamu secara perlahan-lahan.  


Melankolia adalah sejenis penyakit gangguan mental yang akan membawa kamu ke tahap seterusnya iaitu penyakit kemurungan (depression). Kemurungan adalah penyakit psikologi terjadi kerana perasaan kamu ditekan dan tertekan.


Ada orang kata melankolia itu adalah kemurungan dan ada juga yang berkata melankolia dan kemurungan adalah berbeza. Melankolia atau perasaan sedih yang berlebihan itu datang dan hadir dari dalam diri kamu berbeza dengan kemurungan ia datang dan hadir kerana tekanan dari luar.


Dulu melankolia diletakkan dalam kumpulan skizofrenia (gangguan mental kronik kekal menyebabkan halusinasi, delusi dan tidak dapat membezakan alam realiti) atau gangguan bipolar (gangguan emosi bersama-sama dengan tingkah laku yang celaru). 


Zaman sekarang melankolia dipecahkan dan berada dalam kelas simptom mental, emosi kemurungan atau kesedihan sahaja. 


Wanita lebih kerap terkena melankolia berbanding lelaki dan hampir 70% yang membunuh diri adalah disebabkan oleh melankolia. 


Melankolia di Malaysia


Setiap tahun tahap kebahagian rakyat Malaysia semakin merosot, bererti rakyat Malaysia semakin hari semakin rasa tak gembira dan sering berasa sedih. Mengikut laporan Indeks Kebahagian Dunia 2019, Malaysia berada di tangga ke-80 daripada 156 negara lain di seluruh dunia iaitu jatuh 45 tangga berbanding tahun 2018. Menjunam teruk hampir ‘terciduk’ ke dasar laut.


Banyak orang Malaysia sekarang semakin tertekan lebih-lebih lagi dengan bil elektrik yang semakin mencanak. Opsss…! Salah topik ni. 


Gejala Melankolia


Mood perasaan atau suasana hati kerap bercelaru (on/off, kejap ok kejap tak ok)

Sering bersedih hati 

Kemurungan

Kelesuan 

Tidak bersemangat untuk hidup

Cepat rasa bosan

Mudah terasa (sensitif)


Punca Melankolia


Rasa sedih melampau ini sebenarnya datang tanpa diminta, tanpa diingini dan ia sangat sukar untuk dikawal.


Zaman moden ni punca utama melankolia dikatakan disebabkan oleh masalah genetik iaitu pengeluaran hormon yang tidak seimbang. Kurangnya hormon 5-hydroxytryptamine (5-HT), norepinephrine (NE) dan dopamine (DA) dalam otak manusia. 


Seseorang yang sedang menghadapi masalah hidup seperti penceraian ibubapa, putus cinta, hilang pekerjaan, kematian orang tersayang, gagal dalam peperiksaan dan lain-lain akan membawanya lebih cepat ke dalam ‘lautan’ melankolia jika rasa sedih itu dibiarkan tanpa kawalan. 


Rawatan Melankolia


Perubatan Moden

Macam biasa doctor zaman sekarang akan memberikan rawatan perubatan seperti anti-kemurungan, anti-kegelisahan atau sedatif.


Terapi Spiritual (Agama)

Setiap agama mempunyai kehebatan yang tersendiri dalam merawat masalah jiwa. Di dalam agama Islam al-Quran adalah kitab yang terbaik untuk menyembuh masalah gangguan jiwa/mental. Tetapi ia memerlukan teknik dan proses yang betul baru hasilnya berkesan. 


Rawatan Semulajadi

Adalah lebih baik melakukan rawatan semulajadi seperti mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk, pemakanan yang seimbang, bersenam boleh meransang pengeluaran hormon gembira dengan seimbang dan rehat yang cukup termasuk melakukan aktiviti-aktiviti luar yang berfaedah. 


Pemakanan turut mempengaruhi emosi dan tingkah laku manusia. Contoh yang sering terjadi apabila kamu lapar kamu akan cepat marah. Jadi pastikan kamu makan ‘on time’, makan makanan yang halal lagi baik dan jauhi makanan yang halal tetapi tidak baik.



Kesimpulannya, orang Malaysia jarang ambil tahu tentang gejala melankolia, tambah-tambah lagi dengan sikap masyarakat terdekat yang tidak ambil pusing dan budaya masyarakat itu sendiri yang lebih suka melihat orang sekelilingnya menderita. 


Sebenarnya aku ‘tergoogle’ filem “Melancholia” 2011 kalau kamu mahu faham isu melankolia sedalam-dalamnya boleh tonton filem ni. 



Rujukan

1. Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul (30 Mac 2019). Bahagia Melankolia?. Diambil pada 18/8/2020 di https://www.sinarharian.com.my/article/20694/KOLUMNIS/Bahagia-melankolia

2. Gambar Utama diambil pada 18/8/2020 di https://pixabay.com/photos/sadness-tears-crying-sorrow-no-joy-4578031/ 

3. Malay.cri.cn (17 April 2012). Bagaimana Penyakit Melankolia Meragut Nyawa Kita?. Diambil pada 18/8/2020 di http://malay.cri.cn/701/2012/04/13/122s129873.htm ms.lipsumtech.com (n.d.). Kembali ke hitam: mengapa melankolia mesti difahami sebagai berbeza daripada kemurungan. Diambil pada 18/8/2020 di https://ms.lipsumtech.com/back-black-why-melancholia-must-be-understood-591786


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...