Ketakutan Sebelum Berperang - Cita-Cita & Impian


Khas untuk yang sedang berjuang separuh nyawa mencapai cita-cita dan impiannya. Dan betapa berkuasanya pemikiran itu mengubah jalan hidup aku 360 darjah.  Cerita bermula dengan penantian hampir 5 tahun untuk menuju ke arah cita-cita dan impian aku. Sepatutnya target aku selepas 2 atau 3 tahun aku akan kerja jadi pensyarah atau kerja yang ke arah itu. Tapi sebab aku takut dengan future apa yang akan jadi, macam-macam persoalan timbul dalam otak, soal jawab diri sendiri, dialog dengan diri sendiri. Kalau boleh zoom in masuk dalam otak aku, boleh nampak peperangan yang dahsyat sedang berlaku lebih dahsyat perangnya antara Seoul dan Pyongyang. Kenapa aku takut sangat? Perlawanan di antara diri A dan diri B dan kedua-duanya adalah aku. Yang aku ingat masa sekolah menengah bila cikgu tanya apa cita-cita kamu? Aku tulis aku nak jadi cikgu, arkitek atau tentera laut. Dan cita-cita kedua tak kesampaian kerana walaupun aku sudah berusaha bermati-matian, markah kelulusan aku menakutkan. Dan aku sedar aku tiada talent lah dalam bahagian ni…ok move forward. Lepas aku SPM aku target nak masuk tentera laut tapi kesihatan aku ke laut. Disebabkan ramai sangat review, kalau tak sihat tubuh badan tak boleh masuk tentera. Jadi sebab takut dengan alasan itu dan aku takut kena reject aku pun tak mohon. Sampai sekarang lah impian itu terkubur…mmm, aku suka sangat nak jadi tentera. Hari berlalu, tahun berlalu aku masih tak nampak apa yang aku nak jadi, sampai aku terlupa cita-cita pertama aku iaitu nak jadi cikgu. Walaupun aku sudah dilatih oleh ayah aku untuk keluar ke hadapan dan mengajar sejak tahun 2004, umur aku 13 tahun masa tu, aku masih tak sedar yang aku ada talent boleh mengajar. Aku hanya mengajar sebab ayah aku suruh dan lama-kelamaan aku suka mengajar sebab feeling dia best. Cita-cita dan impian aku untuk menjadi pensyarah hanya terkeluar di fikiran masa nak sambung belajar di UiTM, itu pun umi yang bagi link….hahaha, aku masuk universiti pun ada sebab lain bukan sebab nak jadi pensyarah dan semua pemilihan program ayah aku yang pilih. You know what? Parent knows better…ceh wah, sebenarnya malas nak ambil tahu. Aku mula masuk universiti tahun 2010, aha…sebelum tu aku ada sambung belajar tingkatan enam sekejap, dan cikgu aku ada tanya nak jadi cikgu ke nanti, dia nampak talent aku lah tu. Tapi soalan tu macam angin lalu je (aku masih tak sedar deh). Tahun 2010 aku buat prediploma sebab A tak berapa banyak, mohon UPU gagal, tiba-tiba dapat tawaran dari Ayahanda Sahol. Pop…aku ada di UiTM Pulau Pinang. Jadi bermula lah perjalanan aku sebagai siswi yang penuh…macam-macam hal.

Berbalik kepada cerita tentang peperangan ketakutan. Aku dah confirm yang aku akan jadi pensyarah. Tapi aku takut, takut sebelum berperang. Aiii…takut itu datang bila aku nampak peluag dan menyebabkan aku takut nak ambil peluang itu…ya ampunnn. Bak kata Eminem “Look, if you had, one shot, or one opportunity, to seize everything you ever wanted, in one moment, would you capture it or just let it slip?” (Tajuk lagu: Lose Yourself, 2002). Permohonan Tenaga Pengajar Muda UiTM dibuka masa aku tengah buat ijazah sarjana muda, semester akhir. Peluang tu untuk aku jadi penyarah terbuka luas depan mata aku. Tapi sebab takut itu datang lagi aku pun tak mohon. Dalam kepala otak aku banyak fikir, “aku tak pandai bahasa inggeris, mesti permohonan aku gagal, writing skill aku ke laut…cam ne ni, nanti lah mohon”. Nanti punya nanti sampai aku 2 kali konvo, tak mohon mohon pun. Peluang kedua permohonan UPTA dibuka, UiTM Postgradute Teaching Assistant. Aku dengan yakin nak mohon. Tiba-tiba berlaku peperangan otak, ahhh…jadi lagi. Takut itu datang lagi, aku ingat bila dah 2 kali konvo ni, hilang la takut tu. Aku tak mohon juga. Sebab paling besar selepas aku tak pandai bahasa inggeris, writing skill aku tak bagus dan sebab baru adalah nanti aku berhenti kerja, cam ne aku nak makan, siapa nak bayar duit rumah dan lain-lain. Masa tu aku belajar sambil kerja. Masalah terbesar ketika itu adalah duit tak cukup nak hidup. Dan aku terumbang-ambing macam kapten atas kapal sedang mengemudi tiba-tiba  hilang arah tak tahu nak pergi mana dan takut akan apa akan jadi nanti. Jadi impian aku terkubur dan aku terus kerja sebagai admin eksekutif hampir 5 tahun. Sebab aku takut sebelum berperang. Tapi umi selalu ingatkan aku, bila aku balik kampung je dia mesti tanya, “bila nak jadi pensyarah, umi dah tua, lambat lagi ke?”. Ada la kadang-kadang dia tanya “along bila nak nikah?”. Tu rasa 2 kali je dia pernah tanya. Yang beribu kali pertanyaan “bila nak jadi pensyarah?”. Ayah aku pulak tanya “bila along nak sambung PhD?”. Sampai aku rasa tak nak balik kampung lah serabut otak. Ahhh…biar lah tak payah jadi pensyarah, jadi benda lain..aku dah putus asa. Tapi tiba-tiba akhir tahun 2019, ini yang bagusnya bila orang yang kau sayang selalu tanya cita-cita dan impian kau, “bila nak jadi pensyarah?”, “bila nak sambung PhD?” sampai satu tahap, tiba-tiba term ni pop out je di fikiran kau, “aku boleh jadi pensyarah ni, aku dah boleh sambung je PhD tu, mungkin aku boleh mula dengan jadi cikgu tadika ke?”. Dan kebetulan aku dapat tawaran jadi cikgu tadika masa aku tengah semangat memanjat kat BV (climbing gym), rumah kedua aku. Kenapa tak mohon jadi pensyarah kat universiti, kolej atau politeknik? Aku dah mohon semuanya, seeemuuuaaanyaaa…seluruh Malaysia dari tahun 2017, sampai luar negara pun aku mohon. Tak ada sesiapa pun nak. Mmm…mcm cari calon suami deh…putus asa aku memang tahap Gunung Merapi tingginya dan tahap kronik berlaku tanggal 13/2/2020. Then aku google la something untuk motivate diri aku dan aku jumpa https://siraplimau.com/tips-cara-mohon-jawatan-pensyarah/. Bersyukur aku baca.

Sambung cerita, aku tak tahu kuasa power ranger apa yang keluar, aku terus tulis surat berhenti kerja sebagai admin eksekutif dari tahun 2015 hingga 2019. Dan aku juga berani untuk sambung belajar ke peringkat PhD. Dengan proposal aku yang dah siap 2 tahun lepas tu, aku print dan hantar. Dan aku juga mohon UPTA. Masa ni aku dah bertekad, biar lah apa nak jadi pun jadi, “emosi takut bertukar ke emosi tenaga”. Tapi bila aku tak cukup nak bayar komitmen bulanan aku, perasaan takut itu datang balik. OMG.  Aku just tak tahu nak buat apa, siapa nak tolong aku ni? Lepas tu lama sikit, otak aku terpikir siapa yang selamatkan aku masa tak ada sesiapa pun yang dapat selamatkan aku? Ketika aku di dalam BLACK DAY, yang selamatkan aku adalah tuhan aku, tuhan yang ciptakan aku iaitu tuhan Allah. Then aku teringat kata (firman) Dia dalam Al-Quran “rezeki Allah dah plan siap-siap kau hanya perlu bergerak dan berusaha, jangan takut,  Allah ada, Allah akan tolong”. Aku tanam pemikiran tu dalam otak aku. Tanggal 19/2/2020. Aku dapat interview sebagai GRA, Graduate Research Assistant kat fakulti aku. Sebenarnya aku tak nak mohon, ya lah lagi…sebab takut itu tapi tak seteruk macam dulu. Aku terpanggil untuk mohon sebab kawan aku rekomen, jumpa dia kat kaunter C5 (glimbing gym), terima kasih, tak secara langsung kau tolong aku dapatkan keberanian untuk mohon. Permohonan aku berjaya, masuk kerja next month. Sujud syukur. Allah dah janji Allah akan tolong sesiapa yang berusaha bermati-matian.

Dalam kita sedang melalui satu jalan besar (highway), mesti ada jalan yang berlubang dan ada juga jalan-jalan kecil atau simpang seribu yang kadang-kadang buat kita keliru, mana satu nak pilih ni, yang pasti teruskan perjalanan itu. Takut itu boleh dikawal dengan keimanan/kepercayaan. Bermaksud takut itu tak boleh hilang, kau hanya boleh kawal. Takut adalah normal, tapi kalau dah berlebihan ia akan jadi penyakit. Dalam bahasa orang putih “anxiety”, ia adalah salah satu penyakit mental. Tapi tak bermaksud kau gila. Jadi kesimpulannya, takut terhadap masa hadapan dan takut sebelum berperang ni mesti dikawal atau jika boleh delete, control all delete je, tapi hakikatnya takut itu tak boleh delete. Dan doa tu penting, ia akan membentuk pemikiran. Doa dari keluarga, adik-beradik, kekasih hati, kawan-kawan...share lah cita-cita dan impian anda, jangan seorang diri. Semoga anda juga mencapai cita-cita dan impian anda. Perjalanan aku bermula….aja aja fighting!!!
Hidupkan cita-cita dan jangan putus asa! Baikkan sangka, tinggikan cita-cita, gembirakan hati, hadapi alam, itulah bekal ke medan perjuangan (HAMKA).

Rujukan

Dianisah, N. (2014). Takut Akan Kegagalan Mencari Kerja Pada Mahasiswa Fakultas Ushuludin Dan Pemikiran Islam UIN Sunan Ampel Surabaya. UIN Sunan Ampel Surabaya. Diambil dari http://digilib.uinsby.ac.id/407/ pada 24/2/2020
Hamzah, N. & Wahid, A. (2017). EMOSI TAKUT DALAM HUJAN SUDAH TEDUH ZAHARAH NAWAWI. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 12, 2017. ISSN 1675-4271 (57-70). Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/331198978_EMOSI_TAKUT_DALAM_HUJAN_SUDAH_TEDUH_ZAHARAH_NAWAWI pada 24/2/2020
Masroom, M. N., Muhamad, S. N. & Rahman, S. A. A. (2015). Kebimbangan Dari Perspektif Psikologi Islam dan Cara Mengatasinya Berdasarkan Surah Al-Ma'arij. Sains Humanika. 5. 61-67. Diambil daripada https://www.researchgate.net/publication/315794871_Kebimbangan_Dari_Perspektif_Psikologi_Islam_dan_Cara_Mengatasinya_Berdasarkan_Surah_Al-Ma'arij pada 24/2/2020
Zakaria, W. Z. W., Rajab, A., Sayuti, N. & Hashim, N. A. (2007). KAJIAN TAHAP KERESAHAN DI KALANGAN PELAJAR BAHASA ASING TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ASING. Diambil dari https://core.ac.uk/download/pdf/11781911.pdf pada 24/2/2020

2 ulasan:

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...