Khas untuk yang sedang berjuang separuh
nyawa mencapai cita-cita dan impiannya. Dan betapa berkuasanya pemikiran itu mengubah
jalan hidup aku 360 darjah. Cerita
bermula dengan penantian hampir 5 tahun untuk menuju ke arah cita-cita dan impian
aku. Sepatutnya target aku selepas 2 atau 3 tahun aku akan kerja jadi pensyarah
atau kerja yang ke arah itu. Tapi sebab aku takut dengan future apa yang akan
jadi, macam-macam persoalan timbul dalam otak, soal jawab diri sendiri, dialog
dengan diri sendiri. Kalau boleh zoom in masuk dalam otak aku, boleh nampak peperangan
yang dahsyat sedang berlaku lebih dahsyat perangnya antara Seoul dan Pyongyang.
Kenapa aku takut sangat? Perlawanan di antara diri A dan diri B dan kedua-duanya
adalah aku. Yang aku ingat masa sekolah menengah bila cikgu tanya apa cita-cita
kamu? Aku tulis aku nak jadi cikgu, arkitek atau tentera laut. Dan cita-cita
kedua tak kesampaian kerana walaupun aku sudah berusaha bermati-matian, markah
kelulusan aku menakutkan. Dan aku sedar aku tiada talent lah dalam bahagian
ni…ok move forward. Lepas aku SPM aku target nak masuk tentera laut tapi
kesihatan aku ke laut. Disebabkan ramai sangat review, kalau tak sihat tubuh
badan tak boleh masuk tentera. Jadi sebab takut dengan alasan itu dan aku takut
kena reject aku pun tak mohon. Sampai sekarang lah impian itu terkubur…mmm, aku
suka sangat nak jadi tentera. Hari berlalu, tahun berlalu aku masih tak nampak
apa yang aku nak jadi, sampai aku terlupa cita-cita pertama aku iaitu nak jadi
cikgu. Walaupun aku sudah dilatih oleh ayah aku untuk keluar ke hadapan dan
mengajar sejak tahun 2004, umur aku 13 tahun masa tu, aku masih tak sedar yang
aku ada talent boleh mengajar. Aku hanya mengajar sebab ayah aku suruh dan
lama-kelamaan aku suka mengajar sebab feeling dia best. Cita-cita dan impian
aku untuk menjadi pensyarah hanya terkeluar di fikiran masa nak sambung belajar
di UiTM, itu pun umi yang bagi link….hahaha, aku masuk universiti pun ada sebab
lain bukan sebab nak jadi pensyarah dan semua pemilihan program ayah aku yang
pilih. You know what? Parent knows better…ceh wah, sebenarnya malas nak ambil
tahu. Aku mula masuk universiti tahun 2010, aha…sebelum tu aku ada sambung belajar
tingkatan enam sekejap, dan cikgu aku ada tanya nak jadi cikgu ke nanti, dia nampak
talent aku lah tu. Tapi soalan tu macam angin lalu je (aku masih tak sedar
deh). Tahun 2010 aku buat prediploma sebab A tak berapa banyak, mohon UPU
gagal, tiba-tiba dapat tawaran dari Ayahanda Sahol. Pop…aku ada di UiTM Pulau
Pinang. Jadi bermula lah perjalanan aku sebagai siswi yang penuh…macam-macam
hal.
Berbalik kepada
cerita tentang peperangan ketakutan. Aku dah confirm yang aku akan
jadi pensyarah. Tapi aku takut, takut sebelum berperang. Aiii…takut itu datang
bila aku nampak peluag dan menyebabkan aku takut nak ambil peluang itu…ya
ampunnn. Bak kata Eminem “Look, if you
had, one shot, or one opportunity, to seize everything you ever wanted, in one
moment, would you capture it or just let it slip?” (Tajuk lagu: Lose
Yourself, 2002). Permohonan Tenaga Pengajar Muda UiTM dibuka masa aku tengah
buat ijazah sarjana muda, semester akhir. Peluang tu untuk aku jadi penyarah
terbuka luas depan mata aku. Tapi sebab takut itu datang lagi aku pun tak
mohon. Dalam kepala otak aku banyak fikir, “aku tak pandai bahasa inggeris, mesti
permohonan aku gagal, writing skill aku ke laut…cam ne ni, nanti lah mohon”.
Nanti punya nanti sampai aku 2 kali konvo, tak mohon mohon pun. Peluang kedua
permohonan UPTA dibuka, UiTM Postgradute Teaching Assistant. Aku dengan yakin
nak mohon. Tiba-tiba berlaku peperangan otak, ahhh…jadi lagi. Takut itu datang
lagi, aku ingat bila dah 2 kali konvo ni, hilang la takut tu. Aku tak mohon
juga. Sebab paling besar selepas aku tak pandai bahasa inggeris, writing skill
aku tak bagus dan sebab baru adalah nanti aku berhenti kerja, cam ne aku nak
makan, siapa nak bayar duit rumah dan lain-lain. Masa tu aku belajar sambil
kerja. Masalah terbesar ketika itu adalah duit tak cukup nak hidup. Dan aku
terumbang-ambing macam kapten atas kapal sedang mengemudi tiba-tiba hilang
arah tak tahu nak pergi mana dan takut akan apa akan jadi nanti. Jadi impian
aku terkubur dan aku terus kerja sebagai admin eksekutif hampir 5 tahun. Sebab
aku takut sebelum berperang. Tapi umi selalu ingatkan aku, bila aku balik
kampung je dia mesti tanya, “bila nak jadi pensyarah, umi dah tua, lambat lagi
ke?”. Ada la kadang-kadang dia tanya “along bila nak nikah?”. Tu rasa 2 kali je
dia pernah tanya. Yang beribu kali pertanyaan “bila nak jadi pensyarah?”. Ayah
aku pulak tanya “bila along nak sambung PhD?”. Sampai aku rasa tak nak balik
kampung lah serabut otak. Ahhh…biar lah tak payah jadi pensyarah, jadi benda
lain..aku dah putus asa. Tapi tiba-tiba akhir tahun 2019, ini yang bagusnya
bila orang yang kau sayang selalu tanya cita-cita dan impian kau, “bila nak
jadi pensyarah?”, “bila nak sambung PhD?” sampai satu tahap, tiba-tiba term ni
pop out je di fikiran kau, “aku boleh jadi pensyarah ni, aku dah boleh sambung
je PhD tu, mungkin aku boleh mula dengan jadi cikgu tadika ke?”. Dan kebetulan aku
dapat tawaran jadi cikgu tadika masa aku tengah semangat memanjat kat BV
(climbing gym), rumah kedua aku. Kenapa tak mohon jadi pensyarah kat
universiti, kolej atau politeknik? Aku dah mohon semuanya, seeemuuuaaanyaaa…seluruh
Malaysia dari tahun 2017, sampai luar negara pun aku mohon. Tak ada sesiapa pun
nak. Mmm…mcm cari calon suami deh…putus asa aku memang tahap Gunung Merapi
tingginya dan tahap kronik berlaku tanggal 13/2/2020. Then aku google la something
untuk motivate diri aku dan aku jumpa https://siraplimau.com/tips-cara-mohon-jawatan-pensyarah/. Bersyukur aku baca.
Sambung
cerita, aku tak tahu kuasa power ranger apa yang keluar, aku terus tulis surat
berhenti kerja sebagai admin eksekutif dari tahun 2015 hingga 2019. Dan aku
juga berani untuk sambung belajar ke peringkat PhD. Dengan proposal aku yang
dah siap 2 tahun lepas tu, aku print dan hantar. Dan aku juga mohon UPTA. Masa
ni aku dah bertekad, biar lah apa nak jadi pun jadi, “emosi takut bertukar ke
emosi tenaga”. Tapi bila aku tak cukup nak bayar komitmen bulanan aku, perasaan
takut itu datang balik. OMG. Aku just tak tahu nak buat apa, siapa
nak tolong aku ni? Lepas tu lama sikit, otak aku terpikir siapa yang selamatkan
aku masa tak ada sesiapa pun yang dapat selamatkan aku? Ketika aku di dalam BLACK
DAY, yang selamatkan aku adalah tuhan aku, tuhan yang ciptakan aku iaitu tuhan
Allah. Then aku teringat kata (firman) Dia dalam Al-Quran “rezeki Allah dah
plan siap-siap kau hanya perlu bergerak dan berusaha, jangan takut, Allah
ada, Allah akan tolong”. Aku tanam pemikiran tu dalam otak aku. Tanggal
19/2/2020. Aku dapat interview sebagai GRA, Graduate Research Assistant kat
fakulti aku. Sebenarnya aku tak nak mohon, ya lah lagi…sebab takut itu tapi tak
seteruk macam dulu. Aku terpanggil untuk mohon sebab kawan aku rekomen, jumpa
dia kat kaunter C5 (glimbing gym), terima kasih, tak secara langsung kau tolong
aku dapatkan keberanian untuk mohon. Permohonan aku berjaya, masuk kerja next
month. Sujud syukur. Allah dah janji Allah akan tolong sesiapa yang berusaha
bermati-matian.
Dalam kita
sedang melalui satu jalan besar (highway), mesti ada jalan yang berlubang dan
ada juga jalan-jalan kecil atau simpang seribu yang kadang-kadang buat kita
keliru, mana satu nak pilih ni, yang pasti teruskan perjalanan itu. Takut itu
boleh dikawal dengan keimanan/kepercayaan. Bermaksud takut itu tak boleh
hilang, kau hanya boleh kawal. Takut adalah normal, tapi kalau dah berlebihan
ia akan jadi penyakit. Dalam bahasa orang putih “anxiety”, ia adalah salah satu
penyakit mental. Tapi tak bermaksud kau gila. Jadi kesimpulannya, takut
terhadap masa hadapan dan takut sebelum berperang ni mesti dikawal atau jika
boleh delete, control all delete je, tapi hakikatnya takut itu tak boleh delete.
Dan doa tu penting, ia akan membentuk pemikiran. Doa dari keluarga, adik-beradik,
kekasih hati, kawan-kawan...share lah cita-cita dan impian anda, jangan seorang
diri. Semoga anda juga mencapai cita-cita dan impian anda. Perjalanan aku
bermula….aja aja fighting!!!
Hidupkan
cita-cita dan jangan putus asa! Baikkan sangka, tinggikan cita-cita, gembirakan
hati, hadapi alam, itulah bekal ke medan perjuangan (HAMKA).
Rujukan
Dianisah, N.
(2014). Takut Akan Kegagalan Mencari
Kerja Pada Mahasiswa Fakultas Ushuludin Dan Pemikiran Islam UIN Sunan Ampel
Surabaya. UIN Sunan Ampel Surabaya. Diambil dari http://digilib.uinsby.ac.id/407/ pada 24/2/2020
Hamzah, N. &
Wahid, A. (2017). EMOSI TAKUT DALAM HUJAN
SUDAH TEDUH ZAHARAH NAWAWI. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 12, 2017. ISSN
1675-4271 (57-70). Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/331198978_EMOSI_TAKUT_DALAM_HUJAN_SUDAH_TEDUH_ZAHARAH_NAWAWI pada 24/2/2020
Masroom, M. N.,
Muhamad, S. N. & Rahman, S. A. A. (2015). Kebimbangan Dari Perspektif
Psikologi Islam dan Cara Mengatasinya Berdasarkan Surah Al-Ma'arij. Sains
Humanika. 5. 61-67. Diambil daripada https://www.researchgate.net/publication/315794871_Kebimbangan_Dari_Perspektif_Psikologi_Islam_dan_Cara_Mengatasinya_Berdasarkan_Surah_Al-Ma'arij pada 24/2/2020
Zakaria, W. Z.
W., Rajab, A., Sayuti, N. & Hashim, N. A. (2007). KAJIAN TAHAP KERESAHAN DI
KALANGAN PELAJAR BAHASA ASING TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ASING. Diambil
dari https://core.ac.uk/download/pdf/11781911.pdf pada 24/2/2020
�� Hope sukses dunia & akhirat.
BalasPadamkamu juga
BalasPadam