Surat Untuk Mujahid Buat AKU dan KAMU

Kepada AKU dan KAMU,

Perjalanan Awal Seorang Mujahid Untuk Sesiapa Yang Mahu

Apabila AKU dan KAMU berputus asa AKU dan KAMU tidak boleh terus menerus berputus asa. Apabila AKU dan KAMU bersedih hati AKU dan KAMU tidak boleh terus menerus bersedih hati. Apabila AKU dan KAMU berasa bimbang (anxiety) AKU dan KAMU tidak boleh terus menerus berasa bimbang. AKU dan KAMU dilarang berputus asa, bersedih hati dan berasa bimbang. AKU dan KAMU dilarang menjadi lemah. AKU dan KAMU diperintahkan untuk tetap terus menjadi kuat. Kerana apa! Kerana AKU dan KAMU beragama Islam.

Apa Itu Mujahid?

Seseorang yang mempunyai SIKAP (baik dari pendiriannya dan tingkah lakunya) berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan sepenuh tenaga jiwanya dan tenaga raganya dengan sabar dan ikhlas semata-mata kerana Allah untuk Allah melalui lisan dan tubuh badan seperti tulisan, ceramah dan/atau keluar pergi berperang sebagai bukti TERIKATNYA HUBUNGAN jiwanya dan raganya kepada Allah sehingga nyawanya yang terakhir dengan keseimbangan ‘dunia akhirat’.

'SIKAP' dan 'TERIKATNYA HUBUNGAN' mewujudkan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan timbulnya sifat komited di dalam diri seseorang itu.

Jadi mujahid itu adalah seseorang yang komited berjuang di jalan Allah secara lisan dan fizikal baik melalui tulisan, ceramah termasuk ikut berperang melawan musuh Islam (Majid et al., 2010).

Cara Menjadi Mujahid

1.       Penyerahan jiwa dan raga langsung hanya kepada Allah S.W.T 100% penuh dengan hidup sehariannya tidak dipengaruhi oleh makhluk.

2.      Tatacara hidup seharian berdasarkan firman Allah (Al-Quran) dan sabda Rasul (Sunnah) bermula dengan cara berfikir melalui keseimbangan di antara dua pemikiran iaitu mesti berlandaskan pemikiran orthodok sejati dan pemodenan fikiran (keterbukaan). Keseimbangan di antara pemikiran Kaum Muda dan Kaum Tua. Boleh baca karya Buya Hamka yang bertajuk ‘Ortodoks dan Pemodenan’ supaya KAMU lebih memahami https://nabilaamohamed-phd.blogspot.com/2020/07/orthodok-dan-modernisasi-ortodoks-dan.html. Itulah yang dimaksudkan dengan KEMERDEKAAN FIKIRAN.

3.       Bercita-cita tinggi melalui jihad. Bermula dengan jihad melawan nafsu dengan mengenali tipu daya syaitan untuk mencapai cita-cita tertinggi iaitu menjadi hamba Allah dan diikuti dengan cita-cita dunia.

4.       Budi pekerti yang tinggi dengan mempunyai harga diri (memperbaiki kelemahan diri dan meletakkan diri di tempat yang tinggi), rendah diri hanya kepada Allah, berakhlak mulia (ucapan dan perbuatan) dan beramal kebajikan (beramal soleh).

5.       Beriman dan taat (bertakwa). Bersabar dalam melakukan apa yang diperintah. Bersabar dalam menjauhi apa yang dilarang (menjauhi dosa-dosa besar, perbuatan-perbuatan keji dan kesalahan-kesalahan kecil). Bersabar dalam menghadapi ujian, musibah, cubaan, derita, kehinaan, kesedihan, kelaparan etc.

6.       Mendirikan solat tahajjud dan meneliti Al-Quran. Dua ‘resepi ubat semulajadi’ menghapuskan rasa putus asa, bersedih hati dan berasa bimbang dalam mencapai dan memiliki jiwa yang kuat.

7.       Berdoa dengan penuh harap dan dengan rasa gerun takut 100% hanya kepada Allah.

Untuk menjadi seorang mujahid, AKU dan KAMU perlu melalui beberapa proses dan proses yang paling awal dan paling asas adalah dengan mempelajari erti tersirat Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Negara dan Ikrar Pelajar (jika KAMU seorang pelajar sekolah/universiti/etc). Daripada itu AKU dan KAMU akan tahu apakah itu Al-Quran dan apakah itu Sunnah. Dan AKU dan KAMU akan mulai faham ertinya yang tersirat dengan ‘mata’ hati kenapa Rasulullah sebelum wafat di dalam khutbah terakhirnya baginda memberi kata,

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku” – (Rasulullah S.A.W, 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah).

Amaran Keras Untuk AKU dan KAMU

Tingkah laku buruk baik dari dalam hati, fikiran, ucapan dan/atau perbuatan akan menghapuskan kebaikan yang ada di dalam diri AKU dan KAMU dan menghalang kebaikan datang menghampiri. Dan jika AKU dan KAMU jatuh, tetaplah terus bangkit, jika letih, duduklah dulu dan bangkitlah semula. Sekian dari AKU untuk AKU dan KAMU.

Rujukan

1.       Ibnu Taimiyyah

2.       Ibnu Qayyim al-Jauziyah

3.       Buya Hamka

4.       Pendeta Za’ba

5.       Ustaz Hj Hashim A Ghani

     6.       Ustaz Ammar Hazman

     7.       Kamus Bahasa Melayu DBP Edisi Ke-4

     8.       Majid, Ghani & Jali (2010). Ibnu Taimiyyah Perjuangan & Pemikirannya Memurnikan Islam (Cetakan Pertama, 2010; p.g. xi). DBP, KL 

     9.       Kitab Al-Quran


1/9/2020

Selasa

11:21am

Kuala Pilah


Dikemaskini jam 4.05pm di bawah salah satu jambatan di Lebuhraya Lekas

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...