Seperti kamu tahu keimanan ni ada tahap atau orang panggil level (kalau main game ada level 1, level 2 dan seterusnya). Macam tu lah iman. Iman boleh turun, naik dan mendatar. (Kalau main game kalah, turun ke game level 1 atau lebih teruk game over). Macam tu juga iman, kalau kalah dengan godaan syaitan ketika itu, iman pun turun waktu tu. Jadi macam mana nak jaga iman? Macam mana nak kentalkan hati supaya iman jadi kuat? Macam mana nak pastikan iman itu terus naik atau maintain? Ikut 4 langkah mudah seperti di bawah tetapi ia perlukan perjuangan untuk melaksanakannya. Berjuanglah. Semangat!
1. Solat Tepat Pada Waktunya
“Maka celakalah orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai terhadap solatnya”. - (Al-Quran, 107: 4-5)
Sengaja melambatkan solat adalah racun yang merosakkan iman. Jadi jagalah solat tepat pada waktunya. Dalam banyak-banyak perkara ibadat, solat adalah faktor utama penentu kualiti iman kita. Sama ada kita seorang muslim yang punya iman yang lemah atau kuat ditentukan oleh solat. Dan solat mesti dilakukan dengan berkualiti.
2. Melihat Ciptaan ALLAH swt
Rasa takjub dan syukur apabila melihat keagungan ciptaan ALLAH swt akan tingkatkan iman kita. Kita tahu ada yang lebih hebat daripada kita dan lebih hebat daripada yang lain iaitu Pencipta kita ALLAH swt. Dengan melihat kewujudan matahari, awan, lautan dan lain-lain. Hati kita akan tertanya-tanya siapakah yang lebih hebat dalam dunia ini? Dan hati kita akan berkata “Tak de sape pun dan ape pun yang lebih hebat kecuali Tuhan aku iaitu Tuhan ALLAH swt”. Disini, hati kita akan diajar untuk setiasa merendah diri, taat dan bersyukur kepada Pencipta dan sekali gus tingkatkan keimanan kita.
3. Berzikir
Zikir ertinya mengingati ALLAH swt dengan tujuan membebaskan diri dari sifat lalai dan lupa. As you know, manusia kan mudah lupa! Berzikir akan bertindak sebagai bahan bakar menjadi tenaga untuk hati, jiwa dan rohani kita.
“Zikir bagi hati umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah dari air?” – (Ibnu Taimiyyah)
Cubalah kamu berhenti nafas untuk tiga minit. Begitu lah pentingnya berzikir setiap saat. Dengan mengingati ALLAH swt kita akan sentiasa berwaspada dan menghindari perbuatan buruk yang mengcemarkan kualiti iman kita setiap hari. Sekali gus tingkatkan iman kita. Ada lima sifat terpuji bila kita berzikir:
§ Mendapat
keredhaan Allah
§ Menambah rasa
kesungguhan untuk lebih taat pada ALLAH swt
§ Terkawal dari
godaan syaitan
§ Hati menjadi
lembut
§ Tercegah dari maksiat atau perbuatan sia-sia
4. Berdoa
Usaha didahulukan, doa diutamakan. Doa boleh bentukkan cara pemikiran kita (Our mind-set will be in the good shape, pernah dengar the power of mind?). Doa ada banyak, berdoa dalam bahasa Malaysia pun boleh, tak de hal.
Contoh doa,
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” - (H.R. Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” - (H.R. at-Tirmizi)
"Wahai Zat yang meneguhkan hati,
teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu." - (H.R. Ibn Majah)
Rujukan
1. 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (6
Disember 2018). Doa Agar Ditetapkan Hati
Dalam Iman dan Ketaatan. Diambil pada 3/3/2020 di http://www.islam.gov.my/e-hadith/1723-doa-agar- ditetapkan-hati-dalam-iman-dan-ketaatan
2. 2. KH Zakky Mubarak (5 Mei 2017). Hakikat Shalat dan Peningkatan Kualitas Iman.
Diambil pada 3/3/2020 di https://www.nu.or.id/post/read/77668/hakikat-shalat-dan-peningkatan- kualitas-iman
3. 3. Mohamed A Rahman (2020). Cara Nak Tambah
Iman. Temu Bual.
4. Rizem Aizid (n.d.). Ajak Aku ke Syurga, Ibu! Halam 23.
Diambil pada 3/3/2020 di https://books.google.com.my/books?id=2VFwDwAAQBAJ&pg=PA55&lpg=PA55&dq=zikir+dapat+tingkatkan+iman+ibnu+taimiyyah&source=bl&ots=3UTZDPUnOd&sig=ACfU3U27LhFwx0KUZgbhDAOjsXrEDy0LRQ&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjEl4G55v3nAhVQzjgGHZipBg0Q6AEwAnoECAkQAQ#v=onepage&q=zikir%20dapat%20tingkatkan%20iman%20ibnu%20taimiyyah&f=false
5.
Syed Abdurahman bin Hj. Syed Hussin
(n.d.). KEPENTINGAN ZIKIR DALAM MENDIDIK
ROHANI DAN JASMANI PENDAKWAH. Diambil pada 3/3/2020 di ejournal.um.edu.my
6.
Tafsir
Ibnu Katsir Surah Al-Ma’un. Diambil pada 3/3/2020 di https://www.academia.edu/12078664/Tafsir_Ibnu_Katsir_Surah_Al_Maun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan