Demensia atau Nyanyuk dan Cara Meningkatkan Daya Ingatan di Peringkat Awal

Maksud demensia merujuk kepada penyakit yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan terhasilnya pelbagai kesan yang menakutkan terutama kepada golongan yang berusia 65 tahun ke atas, mengakibatkan keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik terjejas teruk. Tetapi awas demensia pada usia muda turut berlaku!

Masalah ini akan meningkat ke tahap yang lebih teruk 2% ke 20% dan semakin berganda setiap lima tahun.

Beza demensia dan alzheimer adalah demensia merujuk kepada keupayaan otak untuk berfikir, mengingat dan lain-lain terjejas teruk manakala alzheimer merujuk kepada sejenis penyakit penuaan sel otak.

Orang yang menderita alzheimer 60% daripadanya juga akan mengalami masalah demensia.

Orang Yang Berisiko Tinggi Mengidap Demensia

·         Wanita

·         Keturunan atau masalah genetik

·         Orang yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung dan kolestrol (lemak dalam darah tinggi)

·         Pesakit parkinson (ganguan sistem motor dalam sistem saraf pusat yang menyebabkan keupayaan otot untuk bergerak terjejas teruk)

·         Kecacatan otat atau kecacatan intelektual (terancat akal)

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (Facebook)


Masih tiada ubat yang khusus untuk demensia. Sebab itu penjagaan daya ingatan sangat penting di peringkat awal. Aktivit-aktiviti penjagaan otak untuk menguatkan daya ingatan mestilah dilakukan dengan kerap dan dijadikan rutin harian hidup kamu. Mulakan penjagaan di awal usia bukan diakhir usia.

Aktivit Mudah Untuk Meningkatkan Daya Ingat

·         Bermain catur meningkatkan keupayaan daya saing otak yang memberi kesan kepada peningkatan prestasi kognitif iaitu keupayaan otak mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. 

·         Bersosial, melalui komunikasi dengan pihak kedua atau lebih, membantu meransangkan sel-sel otak untuk setiasa kreatif ‘bekerja’ dalam memberi pandangan atau mendengar pandanagn yang berilmiah. Dianjurkan berkomunikasi sesuatu yang bermanfaat dan kurangkan komunikasi yang tidak berfaedah kerana apabila otak menerima sesuatu yang tidak berfaedah hasilnya juga turut tidak berfaedah, tidak berkesan dan tidak mampu ‘memajukan’ fungsi daya ingat otak.

·         Bermain teka-teki, melatih atau memaksa otak berfikir secara kritis.

·         Membaca meningkatkan daya ingat. Kepentingan membaca turut dinyatakan oleh Allah SWT dalam menjadikan pembacaan kitab Al-Quran sebagai amalan rutin dalam hidup orang-orang Islam yang beriman. Di sini kita dah boleh lihat betapa aktiviti membaca itu sangat penting sehingga Pencipta Alam Semesta turut menyuruh kita membaca sehingga nyawa yang terakhir. Pelbagaikanlah bahan bacaan kamu dan tidak hanya tertumpu kepada kitab Al-Quran.

·         Gaya hidup yang sihat seperti tidur dan rehat yang cukup, bersenam termasuk penjagaan makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang mesti juga diberikan perhatian. 

Rawatan Rehabilitasi Untuk Pesakit Demensia di Malaysia

Rehabilitasi merujuk kepada satu proses membantu pesakit untuk pulih dari kecederaan atau penyakit yang dihadapi yang merangkumi penjagaan, rawatan dan sokongan sehingga mereka boleh mandiri (berdiri sendiri).

Melalui terapi psikososial (membina sikap positif dalam kehidupan) seperti aktiviti sokongan dalam menjalankan aktiviti harian termasuk aktiviti meransang funsgi otak, pancaindera dan lain-lain.

Kumpulan sokongan di Malaysia seperti Alzheimer’s Disease Foundation of Malaysia atau Johor Bahru Alzhemier’s Disease Association (JOBADA) boleh dihubungi.  

 

Kesimpulannya lakukanlah aktivit-aktiviti mudah itu sepanjang hidup kamu di usia awal jika kamu ingin mempunyai kesihatan otak yang berpanjangan sehingga di akhir usia kamu.

 

Rujukan

1.       Dr. Suraya binti Yusoff (20 April 2012). Demensia. Diambil pada 31/07/2020 di http://www.myhealth.gov.my/en/demensia/

2.       Dr. Suraya binti Yusoff, Dr. Susy Mathew dan En Harol Hanam bin Muhammed Wahid (20 April 2012). Aspek Psikososial. Diambil pada 31/07/2020 di http://www.myhealth.gov.my/aspek-psikososial/

3.       Gambar Utama diambil pada 30/07/2020 di https://pixabay.com/photos/old-people-s-home-dementia-woman-63615/

4.       hrc.moh.gov.my (n.d.). Ap aitu Rehabilitasi? Diambil pada 31/07/2020 di http://www.hrc.moh.gov.my/utama/index.php/2-uncategorised/639-apa-itu-rehabilitasi

5.       Kementerian Kesihatan Malaysia (23 September 2019). Dimensia (Nyanyuk). Diambil pada 31/07/2020 di https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10156366029516237/?type=3&theater

6.       Michela Balconi dan Maria E. Vanutelli (31 Ogos 2017). Brains in Competition: Improved Cognitive Peformance and Inter-Brain Coupling by Hyperscanning Paradigm wih Functional Near-Infrared Spectroscopy. Diambil pada 31/07/2020 di https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5583169/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...