Ilham dari Limbek
Aku paksa diri terbang berpetualang pertama kali ke tanah Sumatera, tanah Barat sendirian mencari sesuatu yang hilang dari diriku yang tidak aku ketahui "Apa yang hilang?".
Getaran sepanjang perjalanan melatih diri dalam diam berserah diri langsung pada Yang Satu.
Pagi! Iya pagi itu! Suara hati aku berkata, "Kamu ilham! Mmm...bagus nama tu. Semoga Allah berikan ilham kepadaku tentang persoalan; apa yang hilang dari diriku?"
Petualang itu mengajar aku yang banyak tetapi yang dicari belum dijumpa.
Apa yang hilang dari diriku?
Penerbangan kedua pada tahun yang sama.
Sabar dan ikhlas. Dua kata yang hilang dari diriku adalah jawapannya. Kerana itu jiwaku hilang, kerana itu hidupku hilang.
Dan Kau ilhamkan ketika pandanganku, tatapanku mendongak kaku melihat jawapan, melihat ilham dalam perjuangan jalur itu. Sabar dan ikhlasnya sehingga sang matahari rebah ke ufuk barat.
Seperti apa si ilham itu?
Seperti "trigger". Seperti ketika berada di dalam sebuah sangkar yang maha besar seorang diri bersama sang buaya lapar dipandangnya aku tidak berkedip. Dan aku tiba-tiba tahu mandiri, tahu hidup, tahu berjuang.
Iya! Seperti itulah ilham. Si trigger, si buaya, si pencungkil mencungkil kekuatan dalam diri tentang cita-cita yang tak terlihat.
Tapi! Ilham itu hanya 'diwaktu itu'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan