Cara Mencari Teman Setia

Maksud persahabatan ialah untuk sama –sama memperluas tujuan hidup, memperdekatkan di antara satu jiwa dengan jiwa yang lain, yang telah kesesuaian di dalam satu perkara, sehingga dapat didamaikan di dalam perkara yang lain. Apabila terdapat kesalahan pada seorang musuh, maka orang pun berniat melepaskan sakit hatinya dengan jalan membongkar-bongkar kesalahannya dan menghinakannya.

Tetapi apabila kesalahan pada seseorang teman, dapatlah dilakukan teguran dengan terus terang dan jujur. Satu teguran dari seorang sahabat yang setia, pada suatu kesalahan yang nyata, orang tidak enggan mengubahnya dan surut daripadanya. Tetapi apabila seseorang musuh datang menghinakan lantaran satu kesalahan kadang-kadang orang mahu tetap sahaja pada keslahan itu, walaupun apa yang akan terjadi.

Maksud persahabatan dari Buya HAMKA.

Beliau berbicara lagi di dalam FALSAFAH HIDUP ada dua pedoman dalam pencarian teman yang setia.

·       Persamaan Cita-Cita

Cari teman yang punya cita-cita. Cita-citanya sama dengan cita-cita kita. Baru cita-cita hidup bersama dengan hidupnya persahabatan. Berkawan dengan tukang copet bersama – sama mengejar cita-cita menjadi tukang copet handalan sehingga habis nyawa. Berkawan dengan ahli perniagaan bersama – sama mengejar cita-cita menjadi ahli perniagaan terhebat dia asia sehingga habis nyawa. Pencarian tujuan hidup bersama, impian dan cita-cita. Susah senang jerit perih bersama-sama. Saling menjaga cita-cita, yang satu rasa berputus asa yang satu ada buat memberi semangat. Sama-sama saling memperkuatkan keteguhan hati dalam perjalanan menuju cita-cita. Cita-cita memperkuatkan kesetiaan seorang teman.

·       Akal Budi

Setiap insan yang berakal mesti berbudi. Tetapi ada insan yang punya akal tapi tidak punya budi. Kalau mahu mencari teman setia carilah yang berakal lagi berbudi. Setiap yang berakal berilmu tinggi penuh budinya. Teman penuh budi menolong kita menjadi manusia yang berakal dan turut berbudi. Teman pencopet mengajar kita berakal tanpa berbudi. Teman ahli perniagaan mengajar kita berakal dengan berbudi. Tapi ahli perniagaan juga tidak semua berakal dan punya budi. Jadinya pentingnya berhati-hati dalam mencari teman berakal dan berbudi. Budi itu apa? Budi itu kebaikan, berperkerti, sopan santun dan punya kehalusan tingkahlaku luarannya dan dalamannya, berhati mulia, berjiwa ikhlas.

Akhir kata, persahabatan itu berkekalan apabila kedua-dua belah pihak masih sentiasa mahu berkorban, rela berkorban antara satu sama lain. Dan lagi, kemaafan itu meneguhkan hubungan. Sahabat kita itu manusia, bukan malaikat. Dengan pengorbanan dan kemaafan, kedua-dua ini melanjutkan usia persahabatan sehingga tulang hancur dikandung tanah.

 

Rujukan

Prof. Dr. Hamka (2017). Falsafah Hidup (Cetakan Pertama). PTS Publishing House         Sendirian  Berhad, Batu Caves, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...