7 Cara Hentikan Amalan Bertangguh

 

“Janganlah engkau berlengah-lengah lagi apabila sudah tiba masa untuk melakukannya” – Ali bin Abu Talib.

“Maka apabila selesai satu kerja lalu buatlah kerja lain pula dengan bersungguh-sungguh” - (Al-Quran, 94: 7-8)

Tips-tips ini telah dirokemenkan oleh Christopher M. Knight dalam usaha untuk menghentikan amalan suka bertangguh dan berlengah-lengah:

1.     Terus menerus bergerak jangan berhenti. Ikut prinsip gerakan. Ia akan terus bergerak apabila terus ditolak.

2.     Berhenti bertangguh sekarang dan mula menulis lima perkara paling penting perlu dibuat. Dan buat sekarang.

3.     Kenalpasti apa yang buatkan kamu berhenti melakukan kerja. Kamu benci kerja tersebut? Buangkan sahaja perasaan benci itu.

4.     Ingat masa dan setkan masa dalam semua kerja dan pastikan letakkan diri dalam posisi standby atau kita panggil on-call. 

5.     Tulis matlamat dan sasaran dan tampalkan kat dinding, lihat setiap hari sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

6.     Cara terbaik untuk buang sikap bertangguh adalah pilih untuk tidak bertangguh.

7.     Ingat pada apa yang kamu inginkan! Semakin lama kamu berfikir kenapa aku tak boleh tangguhkan kerja? Semakin banyak kerja kamu akan tertangguh.

Rujukan

1.     Dato’ Philosopher Dr, Halo-N. Patisari Khazanah Malay: Bahasa Melayu. Diambil pada 3/3/2020 di https://books.google.com.my/books

2.     Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusif (2019). 55 Petua Orang Berjaya (Cetakan Kelapan). Halaman 61 – 62. PTS Publication & Distribution Sdn Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...