Pastikan kamu si isteri tidak melakukan lapan perkara ini!
1.
Isteri Yang
Selalu Menghindar
Sering menghindari perkara-perkara tentang suami, tidak ambil peduli akan hal suami. Si isteri hanya pentingkan diri dan keperluan diri. Dan juga selalu memendam rasa, tidak berterus terang dengan suami. Mikir sendirian je. Lama-kelamaan mental sorang-sorang.
2.
Suka Berkuasa
Si isteri became the king. Menafikan hak dan kuasa suami di dalam rumahtangga. Keputusan diambil tanpa berbincang dengan suami. Berkuasa memutuskan semua urusan sehingga menyebabkan si suami merasa terpinggir.
3.
Isteri Yang Punya
Rasa Cinta Dan Sayang Palsu
Cinta dan sayang kerana harta benda, wang dan kuasa. Tiada keikhlasan dan kejujuran dalam mencintai dan menyayangi suami. Suami merasa tidak dihargai, kecewa dan tiada kepercayaan. Then he will say good bye my love.
4.
Buruk Perangai
Sering membantah atas teguran yang diberikan suami. Jika berselisihan seperti mahu mencari permusuhan dengan si suami dan dengan penggunaan bahasa kasar, kesat dan berbisa menusuk kalbu si suami. Ingat! Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jangan terkejut jika terdengar talak. Ops!
5.
Tidak Boleh Hidup
Susah
Jenis isteri yang tak boleh hadapi kesusahan, kesulitan dan badai ombak dalam rumahtangga. Asal gaduh sikit je nak lari rumah mak. Tiada kebolehan dalam menyelesaikan masalah secara bersama. Jenis tak boleh bawa bincang.
6.
Lari Dari Tugas
Dan Peranannya
Lari dari tugas dan peranannya. Tidak melaksanankan perintah dan permintaan suami. Menyerahkan semua tugas isteri ke bahu suami bulat-bulat, totally change the role. Yang keluar cari kerja si isteri dan yang duduk rumah si suami tanpa persetujuan bersama.
7.
Keras Kepala
Si isteri punya sifat membangkang, asyik nak jadi pembangkang je. Si suami perlu sering ikut telunjuk si isteri. Kehendaknya mesti diutamakan walaupun salah. Contoh mudah dalam penyediaan makanan hanya sediakan makanan kegemaran si isteri sahaja. Tiada sikap memahami.
8.
Isteri Yang
Menjalani Hidupnya Secara Berkurung
Si isteri yang tidak ada wawasan
selepas berkhawin. Hanya melakukan rutin sebagai isteri. Tiada perubahan dan
pencapaian. Lama-kelamaan tiada lagi seri dan pelangi dalam rumahtangga. ‘Mandom’
mendung je. Dan akhirnya si suami merasa bosan dan cari isteri baru. Dan kamu
akan mengelabah.
Rujukan
1. Dr. Najah bt.
Ahmad Zihar Muhammad Yusuf (2014). Motivasi
Menjadi Isteri Yang Paling Dicintai Suami (Cetakan Kedua). Halaman 36 – 38.
Jamin Publications, Puchong, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan