Pemakanan Untuk Kecerdasan Ingatan dan Fungsi Otak Yang Optimum

Otak! Kereta, moto, van, lori dan seangkatan denganya perlu diservis untuk beberapa waktu yang telah ditetapkan supaya ia tetap berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan otak! Otak pun kena jaga. Bukan sahaja perut dijaga tetapi otak juga perlu dijaga setiap hari dan penjagaan itu wajib dijadikan rutin kehidupan seseorang yang cerdas pemikirannya melalui pemakanan yang halal lagi baik.

Kenapa Kita Kena Jaga Pemakanan Untuk Otak?

Makan benda yang tidak betul kepala otak pun akan jadi tak betul, perasaan tunggang terbalik apatah lagi perangai turut berantakan. Sebab itu Allah SWT suruh jaga makan, makan makanan dari sumber yang halal dan baik untuk kesihatan. Jauhi sikap makan main bedal. Ada lima perkara utama kenapa kita kena jaga pemakanan untuk otak, iaitu:

·         Untuk tenaga berfikir

·         Untuk pertumbuhan sel otak

·         Untuk perkembangan minda dan sahsiah (personaliti atau keperibadian)

·         Untuk kesihatan otak, akal dan perasaan atau emosi

·         Untuk mencegah dan merawat penyakit otak, fikiran dan perasaan termasuk tingkah laku

Neurofilik Makanan Yang Meningkatkan Keupayaan Fungsi Otak

Otak perlu diservis diberi makan dengan makanan dari kumpulan makanan yang bagus gred A sebagai tenaga berfikir, pertumbuhan saraf-saraf otak dan minda dapat berkembang dengan jayanya, kesihatan otak yang optimum dan mencegah dari terkena penyakit berkaitan otak, fikiran dan perasaan termasuk mencegah dari terkenan penyakit mental seperti tekanan melampau, kemurungan, anxiety dan lain-lain yang sama serupa dengannya.

Manfaat Kumpulan Makanan Neurofilik

·         Mencergaskan fikiran

·         Menimbulkan kerajinan

·         Mencerdaskan akal

·         Meningkatkan daya berfikir

·         Meningkatkan kreativiti

·         Meneguhkan ingatan

·         Menambahkan daya tumpuan

·         Menghilankan keresahan, runsing dan takut

·         Menaikkan semangat

·         Menjauhkan kebosanan

Contoh Neurofilik

·         Ikan

·         Kekacang dan kekeras (kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang pis, kacang pistachio dan badam)

·         Bijiran seluruh (barli, gandum, beras tumbuk, jagung)

·         Sayur-sayuran (lobak merah, daun saderi)

·         Sayur-sayuran hijau

·         Buah-buahan (limau, mangga, pisang, betik)

·         Kismis

·         Tamar/kurma

·         Susu dan makanan daripada susu seperti keju, yogurt

·         Ayam

·         Gula semulajadi (gula merah, gula melaka)

·         Koko dan coklat

·         Marjerin sayuran

·         Minyak sayuran (minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari)

·         Beras warna coklat/ beras perang

·         Roti mil penuh

·         Ubi kentang, ubi keledek

·         Daging tanpa lemak

·         Madu lebah

·         Makanan laut mengandungi iodin (kerang, siput dan lain-lain)

·         Minyak ikan

·         Telur

Neurotoksik Makanan Yang Menghancurkan Fungsi Otak Secara Senyap

Wajib dijauhi sejauh-jauhnya, ditinggalkan sejauh-jauhnya kerana walaupun sedap dimakan memberikan kebahagian yang tidak terkata tetapi sebenarnya ia adalah racun pembunuh senyap.

Merosakkan fungsi otak secara perlahan-lahan tanpa kamu sedari. Baik dari segi minda, keupayaan berfikir, ingatan termasuk perasaan (emosi) turut terjejas teruk masa demi masa tanpa kamu sedar.

Neurotoksik Menjadi ‘Mimpi Buruk’ Kepada Orak Kerana…

Neurotoksik menghadirkan ‘mimpi buruk’ kepada otak dan saraf otak yang mengakibatkan kamu akan mengalami:

·         Mengantuk memanjang

·         Malas sokmo

·         Iritasi dan alergi

·         Keresahan (anxiety)

·         Ingatan semakin lemah

·         Lembab berfikir

·         Sukar untuk menghafal sesuatu

·         Kerap lupa

·         Kedungunan

·         Perasaan atau emosi sering tidak stabil (mood swing je memanjang nak oi)

·         Tingkah laku atau perangai ke laut (yang buruk)

Contoh Neurotoksik

·         Ais krim

·         Air berklorin

·         Cuka, asam dan jeruk

·         Biji dan ulam pucuk gajus

·         Biskut dan kek

·         Buah pala

·         Garam yang berlebihan

·         Gula yang berlebihan

·         Makanan ringan (gula-gula, asam masin, keropok snek)

·         Kopi dan teh adalah minuman peransang

·         Makanan alergi (seperti sotong, udang, ketam, belacan)

·         Makanan masak berminyak

·         Rokok, dadah dan ubat dadah (kerap memakan ubat-ubatan moden)

 

Kesimpulannya, daripada semua maklumat di atas jelaslah kenapa Allah SWT menyuruh kita makan makanan yang halal lagi baik dan bukan sahaja yang halal je tetapi juga baik seperti makanan neurofilik supaya otak, akal, hati dan nafsu terjaga.

 

Rujukan

1.       Gambar Utama diambil pada 30/07/2020 di <a href='https://www.freepik.com/photos/background'>Background photo created by freepik - www.freepik.com</a>

2.       Prof. Dr. Azizan Ismail (n.d.). Pemakanan Untuk Otak. Templat risalah diterbitkan olehPusat Perlibatan Homeopati dan Biokimi PDA. Diambil pada 31/07/2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...