Kesan Dosa Dalam Hidup

Ada banyak kesan dosa ni, lebih kurang 29 kesan. So aku ambik 4 je yang bagiku adalah kesan yang paling penting, kang nanti korang tidur.

1.     Akal “Jem” Dan Lemah

Dosa penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal manusia itu. Akal akan tiba-tiba stuck dan jem sebab dosa semalam yang telah dilakukan. Tak dapat berfungsi dengan betul. Akal akan jadi lemah tak dapat berfikir dan memahami. Tak dapat lihat yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Dibuktikan dengan kajian sainstifik apabila seseorang itu melakukan kejahatan dia akan merosakkan sebahagian otak depannya secara perlahan-lahan. Cuba bayangkan kalau 24 jam buat jahat tak ke beku akal tu. Tidak dapat berfikir dengan teliti dan tajam dan cenderung memilih kebatilan daripada kebenaran kerana lemahnya fungsi akalnya disebabkan dosa dilakukan. Sebab tu ALLAH dah inform awal-awal, hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran daripada kitab Al-Quran itu. Ertinya hanya orang yang sempurna akalnya (iaitu orang yang menjauhi dosa) dapat berfikir dan memahami isi Al-Quran itu dan mengamalkannya. Manusia berakal melakukan dosa lalu mengurangkan akalnya akhirnya menjemput kebinasaan diri sendiri.

2.     Hati Jadi Liar

ALLAH hadirkan perasaan liar dalam hati pendosa. Liar macam mana tu? Liar di sini ertinya gelisah dan risau. ALLAH transferkan gelisah dan risau ni ke dalam hati kerana dosa yang telah dilakukan sebagai satu seksaan dan ancaman kepadanya. Dosa itu pahit dan sengsara. Pelbagai perasaan cemas dan takut akan kejar hati para pendosa. Macam mana perasaan liar ni datang? Bila seseorang itu lakukan dosa dia telah memutuskan hubungan dengan ALLAH dan menjauhi-NYA. Hubungan dengan-NYA jadi sangat jauh. Dan bila dah jauh dan renggang automatik rasa liar dan segala perasaan tidak enak akan datang bersarang dalam hati dan fikiran pendosa. You tinggal ALLAH, ALLAH tinggal you. Semakin besar dosa itu, semakin liar hati pendosa itu. Jadi semakin lama di lautan dosa semakin lama jugalah rasa liar tu bersarang. So cepat-cepat sedar. Sebelum hanyut dan lemas dibawa arus deras dosa itu.

“Jika engkau memang merasa risau disebabkan dosa yang banyak, maka tinggalkanlah dosa tersebut, nikmatilah ketenangan dan kedamaian, jika engkau memang menginginkannya” – (Ibnu Qayyim al-Jawziyah)

3.     Nikmat Hilang Bala Datang

Bala bencana, azab datang, nikmat pun pergi meninggalkannya.

“Tidak turun suatu bala bencana kecuali disebabkan dosa. Dan tidak diangkat (bala tersebut) kecuali disebabkan taubat”. – (Ali bin Abi Thalib RA)

ALLAH sekali kali tidak akan berlaku zalim. Nikmat ditarik kerana seseorang itu telah menukarkan ketaatan kepada kederhakaan, lalu ALLAH hilangkan nikmat dengan balasan dan ancaman. ALLAH buat macam ni supaya kamu kembali kepadanya denga segera. Dan ingatlah yang mencipta diri kamu itu adalah ALLAH.

“Apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) ALLAH memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu”. - (Al-Quran, Surah asy-Syura: 30)

Jika engkau berada dalam nikmat peliharalahkanlah dengan baik,

Kerana dosa dapat menghilangkan nikmat,

Peliharakanlah nikmat dengan taat kepada Tuhan segenap hamba,

Tuhan segenap hamba yang sangat cepat turun azab dan seksaan-Nya.

– (Syair dalam catatan Ibnu Qayyim al-Jawziyah)

4.     Musuh Menjadi Kuat

“…mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”… “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”… “Apakah itu al-Wahn?”…“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

Itulah perbualan diantara baginda Rasullulah saw dengan para sahabatnya tentang keadaan orang-orang Islam sekarang. Ini adalah sebuah ancaman dan ujian paling besar kepada umat Islam akhir zaman kerana lalainya mereka terhadap hal dunia. ALLAh telah menghilangkan rasa gerun pihak musuh terhadap pihak muslim. Rasa gerun itu telah bertukar kepada pihak muslim. Cinta dunia dan takut mati melemahkan iman. Iman lemah semangat jihad pun lemah. Jihad bukan pergi perang dan bunuh orang semata-mata. Jihad itu melawan nafsu (kejahatan, keburukan, syaitan, firaun, orang seperti firaun etc) dengan bersungguh-sungguh sehingga nyawa yang terakhir ikhlas semata-mata kerana ALLAH Ta’ala. Bila iman lemah, semangat jihad pun lemah, kekuatan cinta dan mengesakan ALLAH juga turut lemah dan musuh menjadi kuat.

Kesimpulannya, kita kena sentiasa berbaik sangka kepada ALLAH dan beriman dengan Qada dan Qadar-Nya. Seksaan, azab, bala bencana dan ujian di atas dunia ini adalah ancaman (last warning) dari ALLAH supaya kita segera tinggalkan dosa (kejahatan) itu dan bertaubat.

 

Rujukan

1.      Ahmad Asri Lubis (2009). Kesan Dosa Dalam Hidup Karya Ibnu Qayyim al-Jawziyah (Cetakan Pertama). Anbakri Publika Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...