Demi Masa! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. - (Al-Quran, 103: 1-3)
Sebelum nak lakukan semua tips-tips seperti di bawah kamu mesti dahulukan solat lima kali sehari, tepat pada waktunya, ikhlas kerana ALLAH dan betul mengikut Al-Quran dan As-Sunnah Nabi saw.
Ok, tips-tips ni juga mesti dilakukan dengan penuh rasa jihad. Jihad disini bukan pergi berperang dan bunuh orang semata-mata. Jihad bermaksud melawan nafsu merangkumi melawan keburukan, kejahatan, ketua-ketua iblis dan para syaitan dengan sungguh-sungguh perjuangan sehingga ketitisan darah yang terakhir atau sehingga ke hujung nyawa kerana ALLAH Ta’ala. Haaa…itulah maksud jihad secara mudah difaham guysss…
Tips-Tips Hidup Di Kala Siang:
1. Mempelajari ilmu pengetahuan – bukan terhad kepada ilmu akademik sahaja, ada banyak ilmu dalam dunia ni, so please be proactive to search and gain the knowledge before your otak beku seperti katak di bawah tempurung.
2. Mencari kehidupan – memakmurkan bumi seperti bekerja, jangan terus menerus menganggur dan bergantung harap dengan manusia, bangun, berdiri dan bekerjalah. Dengan hasil berkerja tu boleh membantu sekeliling anda, dengan wang boleh membantu manusia lain, haiwan dan alam sekitar untuk kemakmuran bersama, sebab kita hidup bermasyarakat.
3. Berdakwah – termasuk mengajar dan mengarang dan berpesan-pesanan dengan kebaikan. Kalau tak pandai jadi ustaz/ ustazah boleh jadi pengarang tak berbayar di Facebook/Instagram dan lain-lain media dengan penggunaan kata yang sopan dan berilmiah. Semua tulisan kita dilihat oleh manusia lain terutama adik-adik kita. So be polite please. JANGAN TULIS KETIKA MARAH.
4. Memenuhi hak sesama Islam atau bukan Islam – hak jiran dengan ziarah-menziarahi, hak kawan-kawan ketika mereka susah dengan menolongnya dan lain-lain.
5. Berehat dengan mempunyai pengertian, kesesuain dan bermatlamat – buatlah apa nak buat jangan buat apa yang ALLAH benci je. Nak pergi travel ke, panjat batu ke, mana-mana yang baik.
Tips-Tips Hidup Di Kala Malam:
Tidur jam 10.30 malam dan bangun sebentar jam 3 pagi untuk solat tahajud (solat malam). Atau selepas solat isyak langsung solat tahajjud, boleh juga. Tips ni paling sukar nak buat, hanya orang yang paling sabar dalam kalangan orang-orang yang bertakwa je dapat lakukan setiap hari. Selalunya Nabi saw beliau akan tunggu sehingga fajar menyinsing langsung dengan solat subuh. Nak tahu tak yang collapse kan Kota Constantinople tu, beliau tak pernah tinggalkan solat malam sehingga nyawanya yang terakhir. Salute my man.
Akhirkata,
pastikan hidup kamu bermanfaat kepada diri sendiri dan sekeliling kamu kerana kamu
dihidupkan untuk beribadat (untuk berkhidmat kepada Pencipta isi langit dan isi
bumi). Tapi bukan bererti 24 jam solat. Beribadat ini merangkumi segala
perbuatan baik dari hati, fikiran dan ucapan yang dicintai ALLAH (maksud umum).
Rujukan
Abdullah al-Qari Hj. Salleh. (1985). Revolusi Menjaga Masa Menurut Nabi SAW. Kota Bahru: Pustaka Asa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan