Aku monitor index rasuah Malaysia dari 2012/2013 hingga
sekarang, turunnya sikit naiknya banyak. Topik menarik perhatian aku masa aku
buat degree, sebab aku selalu fikir: "kenapa negara Malaysia negara Islam
tapi rasuah lebih tinggi dari negara yang bukan Islam?" Aneh!!! Kenapa
mereka sokong? Tak tahu nak tolong Malaysia macam mane lagi? Sape tak sayang
Malaysia. Aku sayang Malaysia (tapi tak bermakna aku perlu taksub mabuk cinta
parti). Dengan undian saje boleh aku tolong Malaysia, boleh aku ubah Malaysia. Dengan undian. Dan berjaya jatuhkan dua
perasuah tip top Malaysia. Tapi...akhirnya mereka pilih perasuah juga untuk
memimpin mereka. Sedih...2 kali aku undi, 2 kali aku kalah...tahap sedih macam
putus cinta, menangis sedih.
Ini lah orang kata "cinta itu buta". Rakyat buta kerana cinta membabi buta.
#akusayangMalaysia
“Kerana mereka cinta dunia dan takut mati” (rujuk hadis).
Tapi aku masih tak puas hati dengan jawapannya (sebab jawapan
tu terlampau umum). Kenapa index rasuah di Jepun lebih rendah daripada Malaysia
dan Indonesia? Ya dua-dua negara ni Negara Islam. Apa yang motivate Jepun untuk
patuh gila terhadap aturan mereka? Kebanyakkan orang Jepun tidak beragama. Apa
yang buat mereka sampai sangat patuh untuk menjauhi rasuah? Mungkin sebab
diorang tahu akibat rasuah akan menjatuhkan Negara, duit pun tak masuk kalau
rasuah, then diorang tak akan dapat bangunkan ekonomi Negara mereka, dan mereka
tahu rasuah akan merugikan Negara mereka yang mereka sangat cintai. Mungkin la…bila
ekonomi Negara mantap, duit pun lagi banyak masuk. Itu dinamakan mereka cinta
dunia. Tapi yang anehnya ia tidak berlaku kepada Negara Malaysia. Mereka (orang
Malaysia) cinta duit dan pada masa yang sama cinta rosakkan Negara sendiri.
Aneh. Perasuah dijunjung tinggi disini.
Berdasakan
variables kajian aku dibawah sangat bersimpang-siur. Aku penyelidik muda biasa
lah, give me time to learn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan