Mari
kita lihat erti bebal dari aspek yang lebih berilmiah dan bukan untuk merendahkan
dan menghina. Asal kata dari bahasa Melayu moden. Merujuk dari kamus bahasa
Melayu Malaysia dan Indonesia, dari maksud umum bebal ni ertinya bodoh, malas,
keras kepala, ketidaktahuan, acuh tidak acuh, kabur dalam pemikiran, berakal
tumpul, sukar memahami, cenderung berbuat salah dan banyak lagi. Banyak betul
ertinya (sekali nafas je aku baca ni, cuba korang baca sekali lagi dalam satu
nafas)…telah dikembangkan menjadi “bebalisme” oleh Syed Hussein Alatas pada
tahun 1987.
·
Bebalisme di Dalam
Golongan Intelektual
Bebalisme
di sini merujuk kepada golongan intelektual yang mereka ini percaya punya
kebolehan dan kemahiran tinggi untuk mempengaruhi minda rakyat, memang power bab-bab bangkitkan sentiment rasa takut contohnya mainkan
isu perkauman dan agama (diorang memang ada skill
yang mantap dalam bab ni), pemujaan contoh taksub pada parti politik dan
sebagainya.
·
Bebalisme di Dalam
Pentadbiran Kerajaan
Selalunya
golongan ini hanya bertindak balas selepas sesuatu kejadian berlaku. Segala
bentuk sistem pentadbiran kerajaan dan perancangan pemerintahan akan ke laut
(hancur) jika golongan bebalisme ini ada.
Lagi-lagi mereka tidak dapat membuat keputusan yang bijak dan segera
apabila menghadapi sesuatu isu atau masalah. Mereka hanya suka memerintah dan
bergantung kepada orang lain untuk menyempurnakan kerja dan kerjayanya (kerusi
itu penting ok).
·
Bebalisme di Dalam
Parlimen
Para bebalisme ni juga tidak hormat akan ilmu pengetahuan dan ilmiah. Mereka memang tidak suka kebenaran walapun tahu itu benar. Lebih suka mempercayai dan menyebarkan berita khabar angin dari fakta. Suka maki-memaki dan guna kata-kata kesat terutama di dalam sidang parlimen merupakan ciri utama golongan bebalisme…konfem korang dah tahu siapa (kalau korang selalu tengok You Tube sidang parlimen le).
Kesimpulannya, bebalisme adalah satu sikap atau perangai yang mengunakan fikiran secara lesu. Bebalisme adalah parasit dalam pemikiran dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Berhati-hatilah!!!
Rujukan
- Syed Hussein Alatas (2016). Intelektual Masyarakat Membangun (Cetakan ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan