Bukti kamu menyayangi diri sendiri adalah
ketika dimana kamu tidak meletakkan diri kamu di dalam kebinasaan (sesuatu yang
dimurkai ALLAH) yang mana ia akan menzalimi diri kamu sendiri.
“Barangsiapa yang melanggar
hukum-hukum ALLAH mereka itulah orang-orang yang zalim”.
– (Al-Quran, Al-Baqarah 2:229)
Bagaiman untuk menjaga hubungan dengan
diri sendiri? Selalu kita dengar bagaimana nak jaga hubungan dengan suami atau dengan
kekasih hati supaya tidak diambil orang. Ilmu mencintai diri sendiri tidak
sering dibicarakan kerana kita sibuk cari duit untuk hidup, sibuk kerja, sibuk
study segalanya sibuk sampai lupa diri sendiri, jangan lupa diri sudah lah. Kenapa ilmu mencintai diri ini penting? Ada
empat sebab utama kenapa penting sangat iaitu: 1) untuk mendapatkan kebahagian;
2) sebagai pendorong untuk mencapai tujuan hidup; 3) untuk kuatkan dan
kentalkan hati; dan 4) untuk menjauhi nganguan mental. Ada lima bab penting
bagaimana nak ajar diri supaya mencintai diri sendiri dan secara tidak langsung
akan mengukuhkan hubungan dengan diri sendiri.
Rajah
1: Lima Bab Penting Untuk Mencintai Diri
Sendiri
Quality Time – melakukan sesuatu yang baik yang menjadi kebiasaan
Kamu rajin kerja atau seorang yang gila
kerja (workaholic). Ia baik tetapi menyeksa diri sendiri di kemudian hari
walaupun kamu kata tidak sekarang tetapi sememangnya kamu akan kata betul nanti
masa kamu tua. Quality time, mengajar kamu untuk berhenti seketika dan ambil
ruang untuk istirehat dan ada waktu untuk diri sendiri. Ia masa untuk
bersendirian, jauh daripada manusia lain. Contoh aktiviti:
1.
Sedikit tidur ketika lelah
2.
Pergi tengok movie sendiri
3.
Berjalan-jalan sendiri di tepi
laut/ taman
4.
Menonton drama kesukaan
5.
Membaca Al-Quran atau solat sunat
secara rutin
Physical Time – melakukan sesuatu untuk tubuh badan kamu
Masa untuk merawat tubuh badanmu.
Seperti kenderaan mesti ada time untuk diservice. Begitu juga dengan tumbuh
badan kita. Cukup time kena service. Lupa service rosak jadinya. Contoh
aktiviti:
1.
Jogging
2.
Yoga
3.
Climbing
4.
Mandi (cth: nice long bath with
candles)
5.
Massage
6.
Do a face mask
Act of Service – melakukan sesuatu yang wajib untuk diri kamu yang
buatkan kamu sedari kekuatan dan kekurangan kamu dan siapa kamu
Bab ini mengajar kamu supaya penuhi
keperluan diri (yang wajib dilakukan untuk kelangsungan diri/hidup) dengan
aktiviti-aktiviti yang kamu gemar, suka dan buatkan kamu bahagia, gembira atau
tenang. Contoh aktiviti:
1.
Tidur yang cukup (5 -8 jam
sehari)
2.
Solat tepat pada waktunya
3.
Menikmati makanan kesukaan
4.
Keluar dari zon selesa (akan
buatkan hidup kamu semakin baik dan maju)
5.
Berkawan dan bergaul dengan orang
yang positif
6.
Traveling
7.
Cari bakat terpendam, cari
kekuatan diri (kamu akan lebih menghormati diri sendiri)
8.
Berani lakukan perubahan dan
tidak hanya bermimpi kaku
9.
Berkongsi kejayaan dengan orang
yang disayangi
10. Akhiri
hubungan sepihak atau toxic relationship (kawan atau kekasih)
11. Memaafkan
diri sendiri dan perbaiki diri (bertaubat)
12. Menerima
kelemahan diri
13. Sedar
bahawa bahagia tidak perlu dicari tetapi sudah ada di dalam dirimu
14. Tidak
over ambition atau over expectation (bersederhana dalam setiap hal)
15. Tidak
berkorban untuk orang lain secara berlebihan
“Buat baik
berpada-pada buat jahat jangan sekali!”
Words of Affirmation – menguatkan diri dalaman kamu
Bab ini fokus tentang diri dalaman kamu
(your inner side). Dari diri dalaman kamu ia yang akan membentuk tingkah laku/
sikap kamu dan sejauh mana kamu dapat kawal emosi kamu. Hasilnya kamu dapat
meninggikan harga diri kamu. Kedua-dua bergantung kepada cara kamu mengendali
diri dalaman kamu. Contoh aktiviti:
1.
Self-motivation setiap pagi
2.
Selalu memberi kata-kata yang
positif (kata-kata semangat) kepada diri
sendiri
3.
Berhenti melabel diri sendiri
dengan sesutu yang negative seperti ‘aku tak pandai’
4.
Berhenti membandingkan diri
dengan orang lain
5.
Menjadi diri sendiri, usah
berpura-pura
6.
Percaya diri
Receiving Gifts – memberi dan membeli sesuatu kepada diri sendiri
Memberi sesuatu kepada seseorang menunjukkan
kita ambil berat tentangnya dan berharap dia berkeadaan baik dan sihat. Juga menunjukkan
rasa cinta dan kasih sayang. Jadi kamu perlu beli sesuatu kepada diri kamu
sendiri sebagai tanda ambil berat, cinta dan kasih kepada diri sendiri
(self-rewards). Kalau kamu cinta pasti dilahirkan dengan perbuatan bukan sahaja
dengan ucapan. Perbuatan dengan memberi hadiah buatkan kamu akan lebih
menghargai diri sendiri.
Rujukan
1.
Abdul Jalil Andul Razak
(September 27, 2007). Idealogi Zalim. Dimabil di http://www.rrg.sg/wp-content/uploads/2016/05/Idealogi-Zalim.pdf
pada 28/4/2020
2.
Anem Arnamee (2018). Belajar
Menyayangi Dan Menghargai Diri Sendiri. Diambil di https://iluvislam.my/belajar-menyayangi-diri-sendiri/
pada 21/4/2020
3.
Fajar Laksmita Dewi (n.d). 7
Isyarat Sederhana Kamu Sudah Berhasil Mencintai Diri Sendiri. Diambil di https://www.idntimes.com/life/inspiration/fajar-laksmita-dewi/7-isyarat-kamu-sudah-berhasil-mencintai-diri-sendiri/7
pada 21/4/2020
4.
Heri Ruslan (April 20, 2020).
Mencintai Diri Sendiri. Diambil di https://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/12/04/20/m2r8k8-mencintai-diri-sendiri
pada 21/4/2020
5.
id.theasianparent.com (n.d). 5
Langkah sederhana mencintai diri sendiri, Anda sudah lakukan? Diambil di https://id.theasianparent.com/cara-mencintai-diri-sendiri
pada 21/4/2020
6.
Joanna Platt (n.d). Love Your
Self, Love Your Life: Finding a self-care practice that fuels you. Diambil di http://joanna-platt.com/wp-content/uploads/2016/07/Love-Your-Self-Love-Your-Life.pdf
pada 21/4/2020
7.
Kelascinta (n.d). Mengapa Penting
untuk Mencintai Diri Kita Sendiri? Diambil di https://kelascinta.com/men/mengapa-penting-untuk-mencintai-diri-kita-sendiri
pada 21/4/2020
8.
kompas.com (Januari 24, 2018). 5
Langkah Sederhana Mencintai Diri Sendiri. Diambil di https://lifestyle.kompas.com/read/2018/01/24/062000720/5-langkah-sederhana-belajar-mencintai-diri-sendiri?page=all
pada 21/4/2020
9.
Lulu Dzahidah (Julai 2, 2019).
Mencintai Diri Sendiri. Diambil di https://www.dakwatuna.com/2019/02/07/95464/mencintai-diri-sendiri/#axzz6KtYbob3t
pada 21/4/2020
10.
Rosdiana Setyaningrum (n.d).
Pertanda Anda tidak mencintai diri sendiri. Diambil di https://cosmopolitanfm.com/18291-2/
pada 21/4/2020
11.
Tiffany (n.d). 15 Cara Mencintai
Diri Sendiri Sepenuhnya. Diambil di https://dosenpsikologi.com/cara-mencintai-diri-sendiri
pada 21/4/2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan