Dunia Patah Hati - Cara Untuk Stop Rasa Cinta & Move On ASAP


Putus cinta itu tidak sakit, yang sakit bila sudah putus tetapi masih tetap terus cinta. So, bagaimanakah cara untuk hilangkan rasa cinta itu dan move on asap? Perkara paling utama selepas putus cinta yang kamu mesti faham atau paksa faham kalau kamu tak faham-faham adalah bahawasannya putus cinta itu memang sakit kalau cinta kamu itu benar-benar nyata dan bukan main-main walaupun mungkin bukan cinta sejati hati kamu akan rasa sakit. Itu adalah fitrah kehidupan. 

“Maka hadapkanlah wajahmu denga lurus kepada agama ALLAH, tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya” – (Al-Quran, Ar-Rum 30: 30)

Ikhlas

Langkah pertama untuk mengatasi sakinya patah hati adalah ikhlas menerima yang kamu itu bukan lagi kekasihnya. Segala perbuatan dalam kehidupan kamu tanpa keikhlasan akan menyebabkan kamu menderita dan tidak bahagia, tambah lagi dalam kehidupan patah hati. Jadi unutk memberhentikan sakit hati putus cinta kamu mesti terima seikhlasnya takdir itu yang kamu bukan kekasihnya lagi. Kamu rasa sakit hati juga kerana berhentinya kebiasaan ketika bercinta, hal-hal yang sering dilakukan ketika bercinta. Mengikut penemuan kebanyakkan ahli psikologi kamu akan dapat adapt dengan situasi baru tanpa kekasih selepas lima hari berturut-turut dan bergantung kepada sikap pemikiran kamu. Move on bukan bermaksud kamu melupakan dan mematikan perasaan cinta terhadap bekas kekasih kamu sebenarnya move on itu bermaksud adalah satu proses yang mana kamu sudah mampu adapt dengan situasi baru tanpa bekas kekasih kamu dan tidak mengharapkan lagi keberadaan bekas kekasih kamu.

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan” – (Al-Quran, Al-Qamar 54: 49)

“…,barangsiapa yang reda (kepada ketentuan Allah) maka ALLAH akan reda kepadanya…” – (HR. At-Tirmidzi no.2396 dari Anas bin Malik, lihat Silsilah Ash-Shahihah no.146, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi)

Bersyukur
  • Syukuri semua sudah selesai. Bersyukur dengan diri sendiri, dulu cinta kamu tidak benar dan sekarang cinta kamu benar kerana cinta yang benar kalau putus pasti sakit hati, ini bermakna diri kamu berkemampuan untuk mencintai sebenar-benarnya.
  • Bersyukur kerana masalah yang berlaku ketika fasa sebelum nikah bukan berlaku semasa alam pernikahan, kalau berlaku ketika di alam pernikahan lagi serius jadinya. 
  • Setiap yang hilang pasti akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya oleh ALLAH. Jadi kamu perlu bersyukur dengan kesempatan ini. Kesempatan dari ALLAH untuk mendapat kekasih baru yang lebih baik. Ya bekas kekasih kamu dulunya itu kamu fikir ia terbaik ketika itu tetapi tidak semestinya terbaik untuk kamu. 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” - (Al-Quran, Al-Baqarah 2:216)

Mencintai itu adalah satu beban (suatu tanggungan/ tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul) dan ia bukan sesuatu yang mudah.

“Cinta adalah batu yang berat, tidak bisa dipikul si hati lemah” – (7 Khoon Maaf, 2011)

Ada orang sulit untuk dicintai dan boleh jadi kamu juga sulit untuk dicintai. Ketika dimana pasangan itu mahu saling belajar untuk tetap terus mencintai hubungannya akan kukuh. Jika sebaliknya perhubungan itu akan digantikan dengan pengantian yang baru yang lebih mudah mencintai kamu dan kamu juga mudah mencintainya dan dia juga mudah menjadi yang terbaik untuk kita dan kita juga mudah menjadi terbaik untuk dia. 

Kesimpulananya dari 4 isi penting diatas kamu boleh move on asap jika kamu lakukannya:

1. Ikhlas menerima yang kamu bukan lagi kekasihnya
2. Bersyukur – kemampuan rasa cinta kamu semakin baik
3. Bersyukur – masalah tidak berlaku ketika di alam pernikahan
4. Bersyukur – diberi kesempatan mendapatkan pasanagn yang lebih baik

Aku berharap dengan 4 isi penting ini kamu dan aku boleh move on bermaksud bergerak memasuki kehidupan yang wajar bukan lagi sering meroyan dan berdrama mengharapkan kembalinya seseorang yang bukan jodoh kamu lagi. Hidup dengan normal supaya kamu boleh menjumpai lagi pasangan baru dan mencintainya dengan lebih baik berdasarkan kegagalan bercinta sebelum ini dengan penuh berpengalaman, pengajaran serta dengan kebijaksanaan. 

Ingat! Proses move on bukan bagaimana tidak mencintai lagi. Proses move on itu adalah kamu berkeupayaan untuk hidup dengan wajar atau lebih wajar dan mengalihkan diri ke dalam kehidupan yang baru dengan mencintai dan dicintai oleh orang baru. 

“Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.” - (Al-Quran, Ali Imran 3:139)


Rujukan
  1. Mario Teguh TV (September 26, 2014). Supaya Tidak Cinta Lagi - Supaya Bisa Move On - Mario Teguh Love & Relationship. Diambil di https://www.youtube.com/watch?v=7LOrmu4w2hM&list=PLfMw3ypa82kmdaEKsboK6KPP4k8eZj3e_&index=5 pada April 25, 2020
  2. Tabung Wakaf (November 10, 2015). Cara Mencapai Ridho pada Ketentuan Allah. Diambil dari http://tabungwakaf.com/cara-mencapai-ridho-pada-ketentuan-allah/ pada April 25, 2020
  3. Sentiasa Redha Dan Muhasabah (Mac 5, 2013). Diambil di https://www.facebook.com/103505189825551/posts/rasulullah-sallallahu-alaihi-wassalam-menyifatkan-bahawa-ujian-yang-diberikan-ke/138213689688034/ pada April 25, 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...