Kemunculan Awal Rock Climbing di Balik Pulau

Saya mencari batu di Balik Pulau sejak tahun 2015 atau lebih awal secara sendirian dan terjumpa beberapa batu yang berpotensi ketika hiking bersama ayah di Bukit Pondok Upeh yang dipuncaknya terletak Rumah Kaca Balik Pulau, juga merupakan lokasi awam untuk aktiviti hiking dan berbasikal yang terkenal. Sepanjang laluan tar ini dipenuhi dengan gugusan batu-batu granite yang kecil, yang besar, yang sesuai untuk dipanjat dan yang tidak sesuai untuk dipanjat. 

Ada sebuah batu yang berpotensi untuk dipanjat yang belum ku cuba dan hanya melihat dengan kegeraman yang membuak-buak.


Pada 16 Oktober 2020 saya berjaya membangunkan 5 routes rock climbing secara bersendirian buat kali pertama di kawasan daerah Balik Pulau di Bukit Kirana yang terletak di Kampung Sungai Pinang, 45 minit dari Taman Jesselton, George Town dengan hanya beralaskan kusyen bangku sebagai crash pad. Diikuti dengan 2 routes baharu lagi pada 21 Mar dan 10 April bersama-sama dengan sepupu saya.




Bukit Kirana juga terkenal dengan kawasan aktiviti mandian, hiking, berbasikal dan sukan motor ATV yang terletak di antara kawasan tanah awam dan persendirian yang mempunyai banyak homestay, bersuasana kampung dan kawasan ini turut dijaga rapi dan sering dikunjungi oleh orang kampung yang bebas masuk keluar dengan menggunakan kenderaan jenis kereta atau motosikal untuk melakukan aktiviti mandian dan lain-lain.

 

- Nabilaa Mohamed

20/3/2021, Ahad, Penang, 4:06pm

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...