7 Tips Mengatasi Malas













Kenapa aku malas sangat ni? Macam mana tak nak malas? Kerja banyak ni!!!

·       Jaga Cara Kamu Berfikir
“What the mind conceive and believe, the mind will achieve.”

Contoh, fikir masa depan kamu, masa esok, kalau aku malas, aku tak akan dapat capai impian aku. Kerja hari ini penentu kejayaan hari esok dan akan datang.

·       Tahu Tujuan Hidup Kamu
Off course! Kamu kena plan nak jadi apa dan nak buat apa. Set target. Dari situ susun strategi macam mana nak buat untuk capai apa yang kamu nak. Tiada tujuan hala tuju pun tiada. Contoh,

      Tujuan aku: nak pergi USA 2025
      Strategi aku: buat tiga jenis kerja dalam seminggu
                                                1. siang - kerja office
                                                2. malam - driver grab
                                                3. weekend - cikgu tuisyen

So, kamu nampak kan…bila ada tujuan, baru ada strategi, baru ada kerja nak buat.

·       Buat Pengiraan Untung Rugi
Apa dapat kalau malas? Tiada untung, rugi je memanjang. Fikir-fikirkan.

·       Sering Mendapat Peringatan Baik
Selalu lah cari motivasi diri. Baca buku ke, dengar lagu ke, tengok movie ke atau sembang dengan orang yang ada aura motivasi tinggi. Contoh,

Buku: 55 Petua Orang Berjaya oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah (2018)
Lagu: Lose Yourself oleh Eminem (2002)
Movie: Unbroken diarah oleh Angelina Jolie (2014)
Manusia: cari yang ada aura semangat, asal kamu tengok dia je semangat lain macam datang

“Orang ramai sering berkata, motivasi tidak bertahan lama begitu juga mandi. Oleh sebab itu kita disarankan supaya buat (mandi dan motivasi) setiap hari” – Zig Ziglar (Penulis pakar motivasi dan jurujual).

·       Rasa Seronok dan Takut
Bila kamu buat baik tanamkan perasaan seronok, gembira, bahagia dan pada masa yang sama takut akan seksaan Tuhan. Kalau malas Tuhan marah. Allah S.W.T lebih cintakan seorang mukmin yang rajin daripada seorang mukmin yang malas.

·       Hayati Semangat Hijrah
Berhijrah lah kepada sesuatu yang lebih baik. Buat apa rugikan diri sendiri? Bersemangatlah! Ayuh! Kita bangkit!

·       Doa
Lepas kamu dah buat semua seperti tips-tips di atas, tambahkan dengan doa. Usaha didahulukan, doa diutamakan. Pesan kat mak ayah suruh doakan juga. Kawan-kawan, kekasih hati, doakan untuk kamu.

Semangat! Demi agama, bangsa dan Negara.



Rujukan

Tips Mengatasi Malas oleh Hajah Siti Aluyah bt. Mohd Ali (Pusat Kerjaya & Kaunseling, UiTM Shah Alam)




Cinta Itu Buta


Aku monitor index rasuah Malaysia dari 2012/2013 hingga sekarang, turunnya sikit naiknya banyak. Topik menarik perhatian aku masa aku buat degree, sebab aku selalu fikir: "kenapa negara Malaysia negara Islam tapi rasuah lebih tinggi dari negara yang bukan Islam?" Aneh!!! Kenapa mereka sokong? Tak tahu nak tolong Malaysia macam mane lagi? Sape tak sayang Malaysia. Aku sayang Malaysia (tapi tak bermakna aku perlu taksub mabuk cinta parti). Dengan undian saje boleh aku tolong Malaysia, boleh aku ubah Malaysia. Dengan undian. Dan berjaya jatuhkan dua perasuah tip top Malaysia. Tapi...akhirnya mereka pilih perasuah juga untuk memimpin mereka. Sedih...2 kali aku undi, 2 kali aku kalah...tahap sedih macam putus cinta, menangis sedih.

Ini lah orang kata "cinta itu buta". Rakyat buta kerana cinta membabi buta.
#akusayangMalaysia



“Kerana mereka cinta dunia dan takut mati” (rujuk hadis).


Tapi aku masih tak puas hati dengan jawapannya (sebab jawapan tu terlampau umum). Kenapa index rasuah di Jepun lebih rendah daripada Malaysia dan Indonesia? Ya dua-dua negara ni Negara Islam. Apa yang motivate Jepun untuk patuh gila terhadap aturan mereka? Kebanyakkan orang Jepun tidak beragama. Apa yang buat mereka sampai sangat patuh untuk menjauhi rasuah? Mungkin sebab diorang tahu akibat rasuah akan menjatuhkan Negara, duit pun tak masuk kalau rasuah, then diorang tak akan dapat bangunkan ekonomi Negara mereka, dan mereka tahu rasuah akan merugikan Negara mereka yang mereka sangat cintai. Mungkin la…bila ekonomi Negara mantap, duit pun lagi banyak masuk. Itu dinamakan mereka cinta dunia. Tapi yang anehnya ia tidak berlaku kepada Negara Malaysia. Mereka (orang Malaysia) cinta duit dan pada masa yang sama cinta rosakkan Negara sendiri. Aneh. Perasuah dijunjung tinggi disini.

Berdasakan variables kajian aku dibawah sangat bersimpang-siur. Aku penyelidik muda biasa lah, give me time to learn.


Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...