Shah Alam Mengalami Kelemahan Park Connector antara Taman Awam dalam Pembangunan Bandar Hijau

Park Connector atau Penyambung Taman dalam bahasa mudah faham merupakan satu konsep pembinaan taman yang menghubungkan antara taman. Park Connector yang telah dimaju bangunkan oleh Singapura telah membantu mereka untuk mencorak bangunkan bandar mereka dengan elemen hijau dengan lebih teratur dan seimbang sehingga digelar sebuah negara bandar dalam taman.

Park Connector diibaratkan seperti sarang labah-labah, menghubungkan taman Awam Bandar yang besar yang bermula di pusat bandar dengan taman-taman yang lebih kecil di sekitarnya sehingga ke pinggir bandar lalu terbentuk seperti sarang labah-labah.

Walau bagaimanapun, Park Connector tidak dibangunkan secara progresif di Bandar Shah Alam. Sungguhpun begitu, seperti yang kita tahu taman-taman tasik di Bandar Shah Alam terutamanya Taman Tasik Seksyen 14 telah berjaya menjadi ikon penting terkenalnya Bandar Shah Alam di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana kemampuan unik taman mereka dalam menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah berusaha keras untuk menambaik kualiti keseluruhan taman-taman tasik ke arah pencapaian Bandar Rendah Karbon 2035. Pihak MBSA dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengeluarkan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon pada tahun 2021 telah menyenaraikan pelan tindakan khusus dalam pelaksanaan taman awam ke arah pembangunan bandar hijau.

Walau bagaimanapun, Park Connector tidak dimasukkan sebagai elemen penting dalam pelan tindakan tersebut. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada MBSA dan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia supaya memasukkan elemen Park Connector dalam setiap pelan tindakan pembangunan bandar hijau mereka dan Singapura kita boleh jadikan ia sebagai rujukan utama.

 

NABILAA MOHAMED

Pelajar PhD Sains Pentadbiran

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

UiTM Shah Alam

nabilaamohamed@gmail.com

 

Sabtu

8/4/2023

Shah Alam

2:15PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...