Taman Awam Melindungi Pusat Bandar Shah Alam dari Banjir

Taman awam merupakan salah satu jenis Ruang Terbuka Hijau (RTH) dan kerana kewujudannya yang mahapenting ia telah berada pada elemen teras kedua terpenting di dalam Kerangka Konsep Bandar Hijau selepas elemen penggunaan tenaga yang diperbaharui (rujuk Program Pembangunan Kota Hijau Indonesia, 2011 dan IHS-Kerangka Konsep Bandar Hijau oleh Brilhante dan Klaus, 2018). 

RTH merujuk kepada apa sahaja ruang terbuka hijau yang boleh diakses oleh orang awam yang berada di dalam atau berdekatan bandar atau kawasan metropolitan.  

Hasil daripada Revolusi Hijau Abad ke-21, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bekerja keras menjadikan bandar mereka mampan dan berdaya tahan. Pada tahun 2021, MBSA dengan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menghasilkan satu kerangka atau satu plan tindakan Bandar Rendah Karbon dengan beberapa elemen teras yang telah diperbaharui dan salah satunya adalah RTH yang berada pada elemen teras keempat terpenting yang juga berada pada strategi keempat. 

Di dalam pembangunan Konsep Bandar Hijau, 3 Tonggak Kemampanan wajib dimasukkan. Adanya taman awam dalam bandar tidak hanya meningkatkan kemampanan alam sekitar tetapi ia mesti mampu memperkukuhkan kemampanan sosial dan ekonomi warga bandar. 

Salah satu aspek kemampanan alam sekitar yang telah dihasilkan oleh taman awam di Bandar Shah Alam seperti di Taman Tasik Seksyen 14 dan Taman Tasik Seksyen 7 adalah kemampuannya mengekang masalah banjir di kawasan pusat bandar dan sekitar Bandar Shah Alam dengan mampu menakung lebihan air dari hujan yang lebat. 

                                                           Taman Tasik Seksyen 14

Walau bagaimanapun, penambahbaikan fungsi taman awam sebagai pelindung bandar dari bencana alam perlu ditingkatkan segera kerana 'pembangunan tanpa hijau' itu sangat laju dan masih membimbangkan. Seharusnya, untuk mencapai Bandar Hijau kita mestilah memfokuskan elemen RTH lebih daripada elemen yang lain kerana 'pembangunan tanpa hijau' yang telah dibina amat sukar untuk diubah bina dengan instalasi elemen RTH yang buatkan kos berganda. Sepatutnya RTH dalam framework MBSA seharusnya menjadi startegi pertama mereka. 


NABILAA MOHAMED
Pelajar PhD Sains Pentadbiran 
Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi
UiTM Shah Alam
nabilaamohamed@gmail.com

Sabtu
8/4/2023
10:31AM
Shah Alam




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...