Hampir
3 juta orang telah dijangkiti dengan 202,597 kematian (World Health
Organization – Laporan setakat April 28, 2020). Negara yang paling banyak
dijangkiti adalah China, USA, Italy dan Spain (Zambrano-Mouserrate et al.,
2020). Banyak Negara di seluruh dunia terpaksa melaksanakan perintah berkurung
termasuk Malaysia untuk memutuskan rantaian penularan dengan mengkuarantinkan
semua rakyat mereka di rumah masing-masing.
Famous
hashtag #stayhome #dudukdirumah #dirumahaja sebagai pemberi kesedaran. Malaysia
Moverment Control Order (MCO) atau Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah diisytiharkan
seluruh Negara pada 18 March sehingga 15 May 2020 dan dijangka akan
berlanjutan. Situasi ni adalah perkara baru selepas perintah Darurat Tanah
Melayu yang diisytiharkan oleh British pada tahun 1948 sehingga tahun 1960
selama 12 tahun Negara kita darurat kerana perang gerila oleh Parti Komunis
Malaya. Sudah tentu generasi baru hari ini tidak sepenuhnya bersedia untuk
menghadapi darurat kecil ni.
Disebabkan
bimbang dengan peningkatan masalah mental dikalangan rakyat yang sememangnya
sudah tinggi, kerajaan Malaysia telah menubuhkan talian tol percuma. Kamu boleh
call untuk dapatkan nasihat dalam mengatasi ketidakstabilan emosi semasa PKP.
Apa itu Cabin Fever (CF)?
CF
adalah satu sindrom atau kumpulan gejala yang terjadi kerana terlalu lama terperap
dalam suatu ruangan. CF ni adalah sindrom dari isolasi berlebihan. Bila sering
bersendirian di suatu ruang akan berlaku ngangguan terhadap emosi. CF ni
merujuk kepada serangan emosi atau perasaan sedih ketika kamu harus bertahan
hidup secara terasing di suatu ruang dalam waktu yang lama. Terasa terputus
hubungan dengan dunia luar juga dapat memunculkan CF. Bila emosi dan perasaan
sedih berlanjutan ia akan serang mental pulak. Kalau tak rawat boleh sakit
mental jadinya. CF melibatkan satu rangkaian emosi negatif dan tekanan yang
terkait akibat pembatasan (Vaile Wright cited by Kristen Rogers, 2020).
CF
kerap berlaku di Negara musim sejuk yang dikenali sebagai Seasonal Affective
Disorder, banyak aktiviti harian tidak dapat dilakukan. Individu terkurung di
dalam penjara juga boleh terkena CF. Seseorang yang extrovert juga sangat mudah
terkena CF.
Istilah
CF digunakan kepada pesakit-pesakit yang diisolasikan di rumah kerana demam kepialu
pada tahun 1800-an. Tahun 1990-an, Amerika Utara juga gunakan istilah CF yang merujuk
kepada seseorang yang diisolasi di kawasan terpencil atau kabin saat musim sejuk.
Udara sejuk memaksa seseorang untuk tetap berada di dalam ruangan sepanjang
waktu.
CF
bukan suatu diagnosis yang menyatakan kamu ada ganguan atau penyakit psikologi/
jiwa/ mental. Gangguan ini hanya merupakan suatu tidak balas psikologi terhadap
suatu situasi. So kamu bukan kena sakit mental le. Lega. Aku pun lega.
Simptom/ Tanda/ Gejala Kamu Terkena
CF
Setiap
seseorang mempunyai simptom yang berbeza. Waktu PKP, apa pun tak boleh buat, kamu
jadi kurang aktif, kamu cepat bosan, kesepian, terisolasi, tak tenang, tak
bebas, tak bahagia lebih parah lagi kamu akan:
Cara Atasi CF dan Menjaga Kesihatan
Mental
Menerima
dengan redha sekarang kita di norma yang baru, terima kita kena berkurung,
kurangkan ekspektasi tinggi. Sedikit demi sedikit kita akan terbiasa dengan
norma baru dan memanfaatkan waktu yang ada dengan sesuatu aktiviti yang baik.
Tetap aktif secara mental dan fizikal seperti:
1.
Membuat
jadual harian rutin dan meletakkan target kecil atau tujuan harian atau
mingguan
2.
Tetap
merawat diri seperti, berhias, mandi, makan, berurut, bersih diri, memakai
wangian
3.
Menjaga
hubungan sosial melalui komunikasi media social etc.
4.
Bersenam
dapat hilangkan gelisah (anxiety), tingkatkan mood baik dan lebih bahagia dgn
pelepasan kimia endorphin di dalam tubuh ketika bersenam
5.
Bermeditasi,
susun atur pernafasan seperti yoga atau pergerakkan merenggang otot
6.
Lakukan
aktiviti merangsang pemikiran seperti main teki teki silang kata, congkak etc.,
ia juga dapat buatkan kamu bergerak maju dan kurangi perasaan terisolasi dan kelesuan
7.
Cari
hobi baru seperti memasak, menghiasi bilik etc.
8.
Cari
waktu untuk beristirehat dan bersantai, manusia memerlukan kesimbangan antara
waktu dengan orang lain dan ‘me time’ seperti berjempur di halaman/ balkoni, buka
jendela dapat tenangkan perasaan
9.
Mengambil
omega-3, vitamin B12, vitamin D, cth ikan salmon, dipercayai dapat baiki mood
swing kamu
10. Ambil ujian online DASS (Depression,
Anxiety Stress Scales) sebagai langkah pencegahan
Rujukan
1. CNN Indonesia (April 27, 2020).
Ancaman 'Cabin Fever' Mengintai Masyarakat Selama Masa PSBB. Diambil di https://www.cnnindonesia.com/gaya-hidup/20200427115650-284-497590/ancaman-cabin-fever-mengintai-masyarakat-selama-masa-psbb pada April 29, 2020
2. Dinda Silviana Dewi (March 31,
2020). Cara Atasi Cabin Fever, Stress Akibat Karantina atau Work From Home.
Diambil di https://tirto.id/cara-atasi-cabin-fever-stres-akibat-karantina-atau-work-from-home-eJXc
pada April 29,
2020
3. Fadli (April 6, 2020). Cabin
Fever “Menghantui” Masyarakat yang Terlalu Lama Tinggal di Rumah. Diambil di https://www.sehatq.com/artikel/cabin-fever-menghantui-masyarakat-yang-terlalu-lama-tinggal-di-rumah pada April 24, 2020
4. Kristen Rogers (March 19, 2020).
Do I have 'cabin fever?' What it is, how to 'cure' it. Diambil di https://edition.cnn.com/2020/03/19/health/coronavirus-cabin-fever-definition-quarantine-wellness/index.html pada April 29, 2020
5. Nabilaa, N. C. (April 12, 2020).
Apa Itu Cabin Fever? Kenali dan Atasi Masalah Emosi Diri Ketika Isolasi
Mandiri. Diambil di https://hype.grid.id/read/432100859/apa-itu-cabin-fever-kenali-dan-atasi-masalah-emosi-diri-ketika-isolasi-mandiri?page=all pada April 29, 2020
6. Nora Azizah (April 26, 2020).
Mengenal Apa Itu Cabin Fever. Diambil pada https://republika.co.id/berita/q9ds64463/mengenal-apa-itu-emcabin-feverem di April 29, 2020
7. Nurul Izzati Jusoh (n.d.). Akibat
Terlalu Lama Berkurung Dalam Rumah, Kenali Simptom Cabin Fever Seperti Dialami
Wanita Ini. Diambil di https://my.theasianparent.com/rasa-gelisah pada April 24, 2020
8. Wiwit Widiastuti (April 3, 2020).
Fakta Cabin Fever, Kondisi Psikologis Saat Terisolasi Dalam Ruangan. Diambil di
https://www.idntimes.com/health/medical/wiwit-widiastuti-1/fakta-cabin-fever-kondisi-psikologis-saat-terisolasi-dalam-ruangan-c1c2-1/4 pada April 4, 2020
9. World Health Organization (April
28, 2020). Coronavirus disease (COVID-2019) situation reports as at April 23,
2020. Diambil di https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/situation-reports/ pada April 29, 2020
10. Zambrano-Monserrate, M.A., Ruano,
M.A., & Sanchez-Alcalde, L. (2020). Indirect effects of COVID-19 on the
environment. Science of the Total Environment, https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2020.138813