Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

 


GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran GO AYAM akan membina satu set cara fikir maju ke hadapan ketika melalui cabaran dan kesusahan sepanjang pemanjatan sebuah batu.

Dari cara fikir ini terlahir satu sikap positif mahu berjuang dan sanggup berkorban untuk mencapai misi/visi/objektif.

Asal kata GO AYAM terhasil dari sifat seekor ayam ketika melintas jalan raya secara membuta tuli dan sanggup mengambil risiko yang terlampau gila yang boleh menyebabkan nyawanya melayang. Ayam itu tidak peduli dengan risiko tersebut dia tetap mahu maju ke hadapan.

Pernah tengok iklan seekor ayam melintas jalan raya di kaca TV? Ya itu lah ayam itu.

Iklan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di bawah Kementerian Jalan Malaysia pada tahun 2002, "Jangan Melintas Seperti Seekor Ayam".

Dalam budaya di kampung, tingkah laku ayam ketika melintas jalan kerap dilihat. Anda mungkin akan berasa marah dengan ayam tersebut ketika bawa basikal, moto atau kereta di kawasan kampung.

GO AYAM diaplikasikan dalam dunia climbing yang diubahsuai dengan cara fikir akal waras dan tidak seperti cara fikir ayam, kerana ayam mempunyai kata hati tetapi tiada akal.

Oleh itu, terbentuk satu konsep GO AYAM yang membina cara fikir dan membentuk tingkah laku seseorang individu rock climber dalam process mencapai misi/visi/objektif yang progresif.

Sudah tentu GO AYAM akan menuntun rock climber tersebut untuk terus memanjat dengan berdasarkan ilmu dan tidak memanjat secara membuta tulis seperti ayam.

At the end, rock climber akan merasai kemanisan sebuah kejayaan selepas selesai berkorban.

Itulah Grit Person dalam dunia climbing.

p/s

In research world and climbing world only a grit person can do it well,

#research #climbing

as well as in Al-Quran world.

#alquran

Shah Alam Mengalami Kelemahan Park Connector antara Taman Awam dalam Pembangunan Bandar Hijau

Park Connector atau Penyambung Taman dalam bahasa mudah faham merupakan satu konsep pembinaan taman yang menghubungkan antara taman. Park Connector yang telah dimaju bangunkan oleh Singapura telah membantu mereka untuk mencorak bangunkan bandar mereka dengan elemen hijau dengan lebih teratur dan seimbang sehingga digelar sebuah negara bandar dalam taman.

Park Connector diibaratkan seperti sarang labah-labah, menghubungkan taman Awam Bandar yang besar yang bermula di pusat bandar dengan taman-taman yang lebih kecil di sekitarnya sehingga ke pinggir bandar lalu terbentuk seperti sarang labah-labah.

Walau bagaimanapun, Park Connector tidak dibangunkan secara progresif di Bandar Shah Alam. Sungguhpun begitu, seperti yang kita tahu taman-taman tasik di Bandar Shah Alam terutamanya Taman Tasik Seksyen 14 telah berjaya menjadi ikon penting terkenalnya Bandar Shah Alam di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana kemampuan unik taman mereka dalam menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah berusaha keras untuk menambaik kualiti keseluruhan taman-taman tasik ke arah pencapaian Bandar Rendah Karbon 2035. Pihak MBSA dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengeluarkan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon pada tahun 2021 telah menyenaraikan pelan tindakan khusus dalam pelaksanaan taman awam ke arah pembangunan bandar hijau.

Walau bagaimanapun, Park Connector tidak dimasukkan sebagai elemen penting dalam pelan tindakan tersebut. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada MBSA dan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia supaya memasukkan elemen Park Connector dalam setiap pelan tindakan pembangunan bandar hijau mereka dan Singapura kita boleh jadikan ia sebagai rujukan utama.

 

NABILAA MOHAMED

Pelajar PhD Sains Pentadbiran

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

UiTM Shah Alam

nabilaamohamed@gmail.com

 

Sabtu

8/4/2023

Shah Alam

2:15PM

Taman Awam Melindungi Pusat Bandar Shah Alam dari Banjir

Taman awam merupakan salah satu jenis Ruang Terbuka Hijau (RTH) dan kerana kewujudannya yang mahapenting ia telah berada pada elemen teras kedua terpenting di dalam Kerangka Konsep Bandar Hijau selepas elemen penggunaan tenaga yang diperbaharui (rujuk Program Pembangunan Kota Hijau Indonesia, 2011 dan IHS-Kerangka Konsep Bandar Hijau oleh Brilhante dan Klaus, 2018). 

RTH merujuk kepada apa sahaja ruang terbuka hijau yang boleh diakses oleh orang awam yang berada di dalam atau berdekatan bandar atau kawasan metropolitan.  

Hasil daripada Revolusi Hijau Abad ke-21, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bekerja keras menjadikan bandar mereka mampan dan berdaya tahan. Pada tahun 2021, MBSA dengan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menghasilkan satu kerangka atau satu plan tindakan Bandar Rendah Karbon dengan beberapa elemen teras yang telah diperbaharui dan salah satunya adalah RTH yang berada pada elemen teras keempat terpenting yang juga berada pada strategi keempat. 

Di dalam pembangunan Konsep Bandar Hijau, 3 Tonggak Kemampanan wajib dimasukkan. Adanya taman awam dalam bandar tidak hanya meningkatkan kemampanan alam sekitar tetapi ia mesti mampu memperkukuhkan kemampanan sosial dan ekonomi warga bandar. 

Salah satu aspek kemampanan alam sekitar yang telah dihasilkan oleh taman awam di Bandar Shah Alam seperti di Taman Tasik Seksyen 14 dan Taman Tasik Seksyen 7 adalah kemampuannya mengekang masalah banjir di kawasan pusat bandar dan sekitar Bandar Shah Alam dengan mampu menakung lebihan air dari hujan yang lebat. 

                                                           Taman Tasik Seksyen 14

Walau bagaimanapun, penambahbaikan fungsi taman awam sebagai pelindung bandar dari bencana alam perlu ditingkatkan segera kerana 'pembangunan tanpa hijau' itu sangat laju dan masih membimbangkan. Seharusnya, untuk mencapai Bandar Hijau kita mestilah memfokuskan elemen RTH lebih daripada elemen yang lain kerana 'pembangunan tanpa hijau' yang telah dibina amat sukar untuk diubah bina dengan instalasi elemen RTH yang buatkan kos berganda. Sepatutnya RTH dalam framework MBSA seharusnya menjadi startegi pertama mereka. 


NABILAA MOHAMED
Pelajar PhD Sains Pentadbiran 
Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi
UiTM Shah Alam
nabilaamohamed@gmail.com

Sabtu
8/4/2023
10:31AM
Shah Alam




 

Taman Awam atau Green Open Space Kukuhkan Pembangunan Bandar Hijau


Gambar 1. Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka, Malaysia 


Green open space (ruang terbuka hijau) merujuk kepada taman awam yang berada di dalam atau berdekatan dengan kawasan bandar atau metropolitan. Kebanyakkan kita mengetahui green open space disediakan oleh kerajaan tempatan untuk meningkatkan kemampanan sosial seperti dapat menyihatkan tubuh fizikal dan psikologi manusia. Tetapi ramai tidak tahu bahawa green open space juga dapat meningkatkan kemampanan ekonomi dan alam sekitar bandar. Penemuan daripada kajian saya sendiri mendapati green open space yang terletak di dalam bandar hijau mempunyai kemampuan 3 in 1, iaitu dapat menghasilkan kemampanan bagi eknomi, sosial, dan alam sekitar dalam masa yang sama jika ia memenuhi kriteria-kriteria sebagai green open space yang produktik untuk bandar hijau. 

Bagaimanakah kita dapat memastikan jika green open space itu berjaya menghasilkan ketiga-tiga kemampanan tersebut? Saya telah cuba membina satu konsep sebagai panduan untuk mengukur green open space yang produktif untuk pembangunan bandar hijau dengan menggunakan elemen-elemen sedia ada daripada gabungan antara teori perkhidmatan ekosistem dan tiga tonggak kemampanan. Anda boleh merujuk artikel saya dengan lebih lanjut yang bertajuk "Green Open Space Implementation towards Green City Development: A Review in Two Countries"


Gambar 2. Ruang Terbuka Imam Bonjol, Padang, Indonesia




NABILAA MOHAMED
Pelajar PhD Sains Pentadbiran
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
UiTM Shah Alam
nabilaamohamed@gmail.com

Isnin
10/10/2022
3:00PM
Balik Pulau


Climbing – Bouldering at Juara Beach, Juara Village in Tioman Island

Picture: A Squeeze of a Hug Boulder was founded on 15th August 2022, at 7:19pm.


If you are from KL, the nearest jetty is Jetty Tanjung Gemok. You can buy a ferry ticket through online (visit bluewater.my) from Jetty Tanjung Gemok to Jetty Tekek Village. RM120 per person, the processing fee is RM7.20 plus Tioman Marine Park fee (RM5-adult, RM2-senior citizen).  You better check in your ferry ticket via online then go counter tell your booking no. and take your ferry boarding pass and ferry ticket plus Tioman Marine Park ticket. You must come 30 minutes early to the counter at 10.30am for 11am departure. 11,30 am counter will be closed. It will take 3 hours to arrive at Jetty Tekek Village (they will hoping one jetty to another jetty, got 6 jetties in total). At Jetty Tanjung Gemok got a toilet and a light food shop.

ATM (BSN) 3 minutes from Jetty Tanjung Gemok in the nearest Petronas or 7Eleven. Make sure you have enough cash before going to Tioman Island.

From Jetty Tekek Village take a taxi (4x4), RM30-35 one way per person, do not rent the motosikal because the road is extremely curam, only suitable for experienced motorcyclist with motor gear and not the scooter (got 3 persons died because using the scooter). You can rent the motor gear or scooter once you arrived at Juara Village (Juara Beach). This will take 30 – 45 minutes. The person rent the scooter to me not even mention the road style there, sengaja keep silent. So, half way at bukit me and my mom decided to stop cuz the scooter break is burning already. Then we ask for help from abang2 pulau to bring down the scooter near to Juara Village border. Alhamdulillah. I trauma gila.

For me, no need to rent the motosikal cuz the Juara Village is so small, you just can do a light walk or cycle. 1 liter of petrol is RM2.40.

A lot of chalets at Juara Beach, I take Mentawak Chalet 3H2M (RM190) or you can try Beach Shack Tioman Guest House, it is more rancak and stylo.

Sampai2 dapat kunci masuk chalet, panas terok. They advise around 2 or 3 the weather is extremely hot, better stay outside. Although the chalet has aircond the room is still extremely hot.

No sunset at Juara Village! Sunshine je ade.

Snorkeling or Other Activities must be booked one day early. Got plenty of guides there. For snorkeling, RM120 per person, from 9am to 2.30pm and they will stop at Salang Beach for lunch. Lunch is separate, use your own money. Salang Beach is the most beautiful beach compared to the other 6 villages.

Kayaking is RM150 for 3 hours, kayaking from the river to the beach. Snorkeling and kayaking is under Mentawak Chalet service.

Running/Jogging

The beach is suit for running and jogging cuz it mendatar dengan seimbang dan tanah yang mampat ease you to run/jog. From left to right along the beach around 5km maybe.

Climbing – Bouldering

Time after asar til magrib.

15/8/2022 – around 4.45pm, I am looking around at the beach to search a batu while running and jogging crazily (rindu sangat nak lari kan). I got 9 different batu. Got nice and bad rock, although it is bad rock it is still suitable to climb. Mostly 3 to 5 meters high. From beginner level to intermediate level. Some rock got death shell (cenkerang yg ditinggalkan) on the landed area, but mostly is still save to climb.

 

Monday

15/8/2022

11:16pm

Mentawak Chalet, Tioman Island

Nabilaa, M.




Kemunculan Awal Rock Climbing di Balik Pulau

Saya mencari batu di Balik Pulau sejak tahun 2015 atau lebih awal secara sendirian dan terjumpa beberapa batu yang berpotensi ketika hiking bersama ayah di Bukit Pondok Upeh yang dipuncaknya terletak Rumah Kaca Balik Pulau, juga merupakan lokasi awam untuk aktiviti hiking dan berbasikal yang terkenal. Sepanjang laluan tar ini dipenuhi dengan gugusan batu-batu granite yang kecil, yang besar, yang sesuai untuk dipanjat dan yang tidak sesuai untuk dipanjat. 

Ada sebuah batu yang berpotensi untuk dipanjat yang belum ku cuba dan hanya melihat dengan kegeraman yang membuak-buak.


Pada 16 Oktober 2020 saya berjaya membangunkan 5 routes rock climbing secara bersendirian buat kali pertama di kawasan daerah Balik Pulau di Bukit Kirana yang terletak di Kampung Sungai Pinang, 45 minit dari Taman Jesselton, George Town dengan hanya beralaskan kusyen bangku sebagai crash pad. Diikuti dengan 2 routes baharu lagi pada 21 Mar dan 10 April bersama-sama dengan sepupu saya.




Bukit Kirana juga terkenal dengan kawasan aktiviti mandian, hiking, berbasikal dan sukan motor ATV yang terletak di antara kawasan tanah awam dan persendirian yang mempunyai banyak homestay, bersuasana kampung dan kawasan ini turut dijaga rapi dan sering dikunjungi oleh orang kampung yang bebas masuk keluar dengan menggunakan kenderaan jenis kereta atau motosikal untuk melakukan aktiviti mandian dan lain-lain.

 

- Nabilaa Mohamed

20/3/2021, Ahad, Penang, 4:06pm

Step by Step Menukarkan Tesis kepada Buku

Our first book is coming next month!

"Step by Step Menukarkan Tesis kepada Buku"

Pre-Order (Deliver by 11 Sept)

FREE Bookmark!!! 😍 

Buku ini menggunakan bahasa campuran, urban dan kotemporari.

Warna kulit buku mungkin sedikit berbeza.


SHOPEE link at profile https://shopee.com.my/product/287370036/11233924245/


MORE BOOKS ARE COMING!!! 🤩


Follow our INSTAGRAM https://instagram.com/bukupenabooks?utm_medium=copy_link


"Step by Step Menukarkan Buku kepada Tesis"

Menghuraikan langkah demi langkah bagaimana sebuah tesis ditukarkan menjadi sebuah buku. Disertasi atau tesis yang dihasilkan oleh pelajar IPT boleh ditukar menjadi sebuah buku atau beberapa buah buku yang bersifat lebih santai tanpa menghilangkan nilai ilmiah jika digarap dan diolah sebaik-baiknya. Buku ini sesuai dijadikan panduan para pelajar untuk mereka bentuk, membina dan menyusun atur judul bab dan subjudul bab buku berdasarkan format Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Selanjutnya, jenis gaya bahasa penulisan dan pihak yang terlibat dalam penerbitan buku turut dijelaskan secara ringkas supaya pelajar dapat bersiap siaga dan bersemangat untuk menjadi seorang penulis buku yang berjiwa, berseni di masa hadapan bak kata pepatah Jean Fritz, 

“Only when a book is written out of passion is there much hope of its being read with passion.”

InsyaALLAH.


#penerbitanbukupena #bukupenabooks #bukupenabookstore #bukupena #buku #pena #book #bookstore #publisher #selfpublishing #bookmark #tesiskepadabuku #tesis #disertasi #stepbystep











Nymphomania – Wanita Yang Menderita Ketagihan Sex Melampau

Sering berfantasi, kerap berasa ghairah dan keinginan seks yang melampau yang sangat sukar dikawal dan tidak mampu dikawal lagi sehingga tidak kisah melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun dan dimana pun menunjukkan kamu sedang menderita nymphomania. Kamu cuba untuk mengawal libido (dorongan nafsu seks) kamu tu tetapi tiap kali dicuba tiap kali itu juga gagal.

Ketagihan Seks (Sex Addiction) berada di dalam kategori Gangguan Tingkah Laku Seksual Kompulsif (Compulsive Sexual Behavior Disorder) dan ia diklasifikasikan sebagai gangguan mental, disahkan oleh World Health Organization (WHO).

Wanita yang ketagihan seks dipanggil nymphomania dan jika lelaki dipanggil satyromania. Gangguan psikoseksual ini wujud dari alam bawah sedar seorang wanita/lelaki.

Nymph berasal dari kata Yunani bermaksud wanita dan mania pulak merujuk kepada tingkah laku yang sangat liar dan ganas.

Nymphomania akan memberi kesan buruk kepada kesihatan, pekerjaan dan hubungan dengan orang lain turut berantakan.

Kamu juga akan dicop sebagai seorang yang hiperseks jika sering masturbasi, suka melakukan cybersex (seks secara virtual), memilik banyak pasangan atau selalu mengakses pornografi tanpa henti.

Nymphomania di Malaysia

Perkataan Nymphomania di Malaysia jarang digunakan. Kita lebih sering menggunakan perkataan ketagihan seks. Wanita Malaysia mendahului lelaki dari hasil laporan statistik global oleh Amerika Syarikat. Wanita Malaysia suka mengakseskan bahan pornografi dari lelaki. Wow!!!

Dalam laporan ni juga menyatakan Malaysia adalah salah satu negara Asia yang paling top dan 80% kanak-kanak dan remaja Malaysia sudah terdedah dengan bahan pornografi.

Ketagihan mengakses bahan pornografi adalah salah satu tanda kamu sedang menderita nymphomania atau satyromania.

Nymphomani di Negara Luar

Di German pula setiap tahun 100 orang akan mati kerana masturbasi. Melakukan masturbasi secara berlebihan juga adalah salah satu tanda kamu sedang menderita nymphomania atau satyromania.

Kenapa Nyphomania Terjadi?

Penyebabnya belum diketahui tetapi dikaitkan dengan dua faktor utama iaitu mungkin kerana seseorang itu mempunyai trauma ketika kecil atau ingin menghilangkan kekosongan emosi (seperti kesepian).

Selain itu mungkin kerana genetik iaitu ketika kandungan kimia dalam otak tu keluar secara berlebihan berbanding dengan manusia biasa seperti hormon serotonin (jika berlebihan akan membuatkan kamu gelisah), norepinefrin (kamu akan rasa cepat panik jika berlebihan) dan dopamine (kamu akan rasa ketagih dan obses) dan mempengaruhi keinginan seksual seseorang.

Ada sebagian orang mengatakan keturunan juga boleh dijadikan faktor. Mungkin penderita menderita nymphomania kerana keturunan.

Tanda Kamu Menderita Nymphomania

Jika tanda-tanda ini berlaku lebih daripada enam bulan kamu akan disahkan mengalami masalah nymphomania.

·        Keinginan seks yang memuncak sehingga tidak dapa ditahan lagi

·        Sering menukar pasangan seksual

·        Memilik pasangan yang ramai

·        Tidak teragak-agak untuk melakukan aktivit seks dengan orang yang tidak dikenali

·        Sering melayari pornografi

·        Selalu melakukan hubungan seksual yang tidak selamat seperti eksibisionisme (tindakan mempamerkan alat sulit kepada orang yang tidak dikenali tanpa persetujuan) dan masokisme (mendapat kepuasan seksual ketika disakiti)

·        Kerap merangsang diri sendiri (masturbasi) – di Jerman setiap tahun 100 orang mati kerana masturbasi berlebihan

·        Kebiasaan melanggan pelacur

·        Suka mengintip orang lain yang sedang melakukan aktiviti seksual

·        Tidak puas ketika melakukan seks dengan pasangan

·        Menjadikan aktiviti seks sebagai solusi untuk menghilangkan tekanan hidup seperti stress, depresi dan kegelisahan (anxiety) termasuk kesepian.

·        Kerap mengucapkan kata-kata kotor

Cara Merawat Masalah Ketagihan Seks Melampau

1.   Kaunseling dan Psikologi

Merujuk kepada pakar adalah tindakan yang utama untuk mengetahui sama ada kamu menghadapi nymphomania atau masalah tekanan hidup yang lain yang membuatkan kamu cenderung kepada aktivit seks melampau seperti gangguan bipolar (ngangguan emosi bersama-sama dengan tingkah laku yang celaru), kegelisahan (anxiety), demensia (nyanyuk), depresi atau kemurungan (gangguan mood/suasana hati) dan gangguan personaliti atau keperibadian.

Mengetahui faktor yang memicu masalah sebelum rawatan adalah untuk keberkesanan dalam mengurangkan penderitaan nymphomania.

2.   Terapi Perilaku

Membentuk perilaku positif seperti menyibukkan diri dengan aktiviti-akviti luar yang berfaedah termasuk berinteraksi dengan orang lain tanpa melibatkan aktiviti seksual.

3.   Dukungan Orang Tersayang

Kekuatan dalaman, jiwa dan mental seseorang itu mesti diiringi dengan dukungan orang-orang sekeliling terutama orang yang tersayang supaya cengkaman ketagihan seks dapat dileraikan secara perlahan-lahan, berperingkat dan berproses. Untuk menghapuskan ketagihan ini penderita memerlukan kekuatan fikiran yang luar biasa kental. Kerana nafsu seks hanya dapat dikawal dengan kekuatan dalam diri iaitu kesabaran.

4.   Ubat-Ubatan

Tiada ubat khusus untuk merawat ketagihan seks. Penderita hanya akan diberikan ubat anti-kemurungan atau anti-kegelisahan untuk mengurangkan keinginan seks.


Ditulis oleh Nabilaa Mohamed pada 30/07/2020 5:19pm

Email: nabilaamohamed@gmail.com


Rujukan

1.      Health.detik.com (Desember 2009). Nymphomania. Diambil pada 12/8/2020 di https://health.detik.com/penyakit/d-1267035/nymphomania

2.      Dr Kevin Adrian (6 Ogos 2018). Dari Luar Terlihat Normal, Tapi Ternyata Hiperseks. Diambil pada 12/8/2020 di https://www.alodokter.com/dari-luar-terlihat-normal-tapi-ternyata-hiperseks

3.      Julian Robinson (8 Februari 2018). Masturbation kills 100 Germans every year: Study discovers bizarre ways people died pleasuring themselves including a man who tried to melt sliced cheese over himself. Diambil pada 16/8/2020 di https://www.dailymail.co.uk/news/article-5367569/Masturbation-kills-100-Germans-year-study-finds.html

4.      Kabar6.com (5 April 2016). Apa Itu Nymphomania? Diambil pada 12/8/2020 di https://kabar6.com/apa-itu-nymphomania/

5.      Katherine L. Derbyshire & Jon E. Grant (2015), Complusive Sexual Behavior: A Review of the Literature. Diambil pada 16/8/2020 di https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4500883/

6.      Gambar Utama diambil pada 30/07/2020 di https://unsplash.com/photos/p5CFpOiYweU

7.      Intan Mas Ayu Shahimi (23 Ogos 2017. Statistik Mengejutkan. Diambil pada 16/8/2020 di https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/256820/statistik-mengejutkan

8.      Meilia Hardianti (16 September 2013). Tahukah Anda Apa Itu Nymphomaniac? Diambil pada 12/8/2020 di https://www.fimela.com/lifestyle-relationship/read/3826293/tahukah-anda-apa-itu-nymphomaniac

9.      my.theasianparent.com (n.d.). Nafsu Seks Melampau, Wanita 3 Anak Ini Ketagihan Hubungan Seks Setiap Hari. Diambil pada 16/8/2020 di https://my.theasianparent.com/nafsu-seks-tinggi

10.   R Malee (n.d). Menurut Penelitian Masturbasi Dapat Berujung Maut, Ini Buktinya! Diambil pada 12/8/2020 di https://www.idntimes.com/health/sex/yan-r-malee/menurut-penelitian-masturbasi-dapat-berujung-maut-c1c2/4

Jom Order Bumbung Solar Untuk Rumah Kamu! Ketahui Skim NEM Sebagai Insentif Kerajaan Menuju Bandar Hijau


Sistem solar kat Malaysia ni masih baharu, kesedaran juga masih rendah dan pengguna juga tidak tahu cara untuk mempunyai sistem ni. Jadi aku pun nak cerita le bagaimana cara nak order bumbung solar untuk rumah kamu.

Malaysia mempuyai 4.1 juta bangunan yang berpotensi untuk dipasang panel solar dibahagian atas bumbungnya. Jadi apa lagi, jom rebut peluang.

Kerajaan Malaysia melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah melaksanakan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dalam memajukan industri solar.

Apa Itu Skim NEM?

Di bawah Skim NEM ni pengguna elektrik dari kalangan domestik (masyarakat awam), komersial, perindustrian dan pertanian boleh menjadi pengeluar dan pengguna melalui pemasangan panel solar di kawasan bangunan mereka yang berpotensi.

Skim NEM ni telah dilancarkan sejak tahun 2016 lagi dan ditambahbaik pada tahun 2019. NEM ini merujuk kepada tenaga solar yang dihasilkan daripada sistem solar fotovoltaik (PV) yang dipasang dikawasan yang ada cahaya matahari.

Tenaga solar ni pulak akan bertukar menjadi tenaga elektrik dan boleh digunakan secara langsung, disimpan dan jika berlebihan akan dieksport ke TNB.

Melalui NEM juga kita boleh tahu berapa tenaga yang kita sudah gunakan dan ia boleh menjimatkan bil elektrik kamu dan menjaga alam sekitar.

Kelebihan Skim NEM

·       Tarif lebih rendah

·       Insentif cukai

·       Program pajakan solar

·       Bil elektrik rendah

Macam Mana Nak Order?

Order senang je, di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih atau dikenali Net Energy Metering (NEM) tu kamu boleh buat bayaran melalui dua cara. Kamu boleh pilih sama ada:

1.     Pembelian terus secara tunai, kad kredit atau pinjaman atau

2.     Sewa beli melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)/ Program Sewa Beli Solar

Kamu boleh semak di laman web SEDA https://services.seda.gov.my/nemcalculator/#/ untuk melihat anggaran kos pemasangan sistem solar di rumah dan senarai syarikat solar yang berdaftar.

Bila dah dapat maklumat lengkap boleh le cari kedai-kedai yang sediakan pinjaman, sewa beli atau apa-apa diskaun untuk kamu install solar ni di rumah kamu. Tak semua orang mampu guna sistem solar ni tapi panel solar semakin hari semakin murah dan tenaga solar adalah tenaga boleh diperbaharui paling terbaik di Malaysia setakat ni.

Opensys Technologies Syarikat Solar Yang TipTop

Contoh syarikat solar yang berdaftar adalah Opensys Technologies Sdn Bhd dan rakan-rakannya GSPARX Sdn Bhd dan TWBX Sdn Bhd dengan sokongan SEDA diorang menyasarkan 500 isi rumah akan memohon pemasangan sistem panel solar fotovoltaik setiap bulan tahun ni melalui platform e-dagang mereka iaitu buySolar sejak bulan Febuari yang lepas. Jadi ambilah peluang, pergi order cepat-cepat kat applikasi buySolar tu.

Matlamat diorang ni cuma mahu meningkatkan kesedaran kepentingan penggunaan sistem solar sebagai pengeluaran tenaga boleh diperbaharui yang utama. Bersama-sama dengan kerajaan mereka dah kenal pasti 4 juta bangunan sesuai untuk dipasang panel solar.

Perkhidmatan Opensys Technologies

·       Pemasangan sistem solar A to Z

·       Pemasangan aplikasi status dalam talian

·       Anggaran kos

·       Pemilihan pemasangan sistem solar

·       Sebut harga yang ditetapkan

·       Pembiayaan (pinjaman melalui CIMB serendah RM2,000 sehingga RM1 juta)

·       Penyelenggaraan pemantauan dalam talian

·       Perkhidmatan selepas jualan

Selain tu, SEDA juga ada buat promosi seperti rebat dan pelbagai program dilakukan untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui ni seperti Feed-in Tarif (FiT) dan Program Peningkatan Tenaga Bersih Baharu (NEM 2.0) dan untuk menyokong inspirasi kerajaan Malaysia mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 20% tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2025 ni.

Kalau kamu nak tahu apa itu Feed-in Tarif (FiT) boleh rujuk artikel ni Apa itu Feed-in-Tariff (FiT) dan Kepentingannya di Malaysia? Oleh ciktom.com

Kerajaan juga turut melakukan beberapa insentif seperti Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance – GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Green Income Tax Exemption – GITE).

Marilah kita membantu alam sekitar kita disamping itu juga turut membantu Malaysia dalam mencapai sasarannya. Sekian.


Ditulis oleh Nabilaa Mohamed pada 12/8/2020 11:53pm – 1:39pm

Email: nabilaamohamed@gmail.com


Rujukan

1.     Astroawani.com (11 Mac 2018). Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap. Diambil pada 11/8/2020 di http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ladang-solar-terbesar-milik-tnb-lebih-50-siap-170158

2.     Gambar Utama diambil pada 12/8/2020 di https://pixabay.com/photos/solar-energy-solar-electricity-4164170/

3.     Khairul Azran Hussin (19 Julai 2020). Malaysia ketiga dunia hab tenaga solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/588390/malaysia-ketiga-dunia-hab-tenaga-solar

4.     Messtecc.gov.my (1 Januari 2020). Solar Power and Budget 2020 Talk Mengupas Manfaat Tenaga Solar di Kawasan Perindustrian. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.mestecc.gov.my/web/en/news/solar-power-and-budget-2020-talk-mengupas-manfaat-tenaga-solar-di-kawasan-perindustrian/

5.     Mohd Zaky Zainuddin (6 Mei 2020). TNB Renewables guna aplikasi urus lading solar. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/05/685761/tnb-renewables-guna-aplikasi-urus-ladang-solar

6.     Revotech (28 August 2019). 7 Sebab Mengapa Anda Patut Menggunakan Tenaga Solar. Diambil pada 11/8/2020 di https://revotech.my/7-sebab-mengapa-anda-patut-menggunakan-tenaga-solar/

7.     Seda.gov.my (18 Februari 2020). Buysolar Sedia Pilihan Pasang Sistem Panel PV. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.seda.gov.my/2020/02/buysolar-sedia-pilihan-pasang-sistem-panel-pv/

8.     Shamsul Munir Safini (14 Mac 2017). Malaysia antara pengeksport utama industry solar dunia. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.hmetro.com.my/node/213408

9.     Zanariah Abd Mutalib (26 Januari 2020). Projek solar TNB di Sepang jana 110,000 Mhw tenaga. Diambil pada 11/8/2020 di  https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/650084/projek-solar-tnb-di-sepang-jana-110000-mwh-tenaga

10.  mestecc.gov.my (5 Ogos 2019). Sistem Solar Bumbung Terbesar Dilancarkan di bawah Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). Diambil pada 12/8/2020 di https://www.mestecc.gov.my/web/en/news/sistem-solar-bumbung-terbesar-dilancarkan-di-bawah-skim-pemeteran-tenaga-bersih-nem/

11.  sinarharian.com (12 Ogos 2020). Fahami kepentingan tenaga solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://www.sinarharian.com.my/article/71924/BERITA/Nasional/Fahami-kepentingan-tenaga-solar

Guna Bumbung Solar di Rumah Betul-Betul Menjimatkan Elektrik! Ketahui Manfaat Bumbung Solar!!!

 


 Apa yang best kalau guna tenaga solar kat rumah ni? Bak pepatah Bill Gate “It’s really kind of cool to have solar panel on your roof”. Ada banyak kebaikkan dan manfaat tersembunyi menggunakan tenaga solar ni, seperti:

Tak Akan Habis

Seperti yang kamu sudah tahu tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, minyak (petroleum) dan gas asli tak lama lagi nak habis dah. Jadinya kita kenalah bijak dengan mendidik diri menggunakan tenaga semulajadi dari cahaya matahari ni sebagai tenaga solar yang menjana tenaga elektrik di rumah kita tu. Tenaga elektrik dari tenaga solar ni tidak akan habis selagi bumi berputar dan selagi alam semesta ini bernyawa. Jadi, sekali kamu dah pasang sistem solar kat rumah, tujuh keturunan pun tak akan habis tenaga elektrik tu.

Jimat Cermat

Sekarang kos panel solar sudah semakin murah dan kebanyakkan orang sudah mampu untuk memiliki panel solar dengan tekanan bil elektrik yang mencanak naik oleh pihak TNB sejak-sejak PKP ni tenaga solar telah menjadi pilihan yang paling mantap untuk dipilih sekarang dengan penjimatan sebanyak RM220 sebulan. Ia sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai 10 orang anak…hehehe (maksud aku keluarga besar).

Blakcout? Tidak Lagi!

Ni yang paling best, jika berlaku masalah elektrik di tempat janakuasa TNB atau disekitarnya kita tidak lagi menghadapi sebarang isu blackout kerana tenaga cahaya matahari yang diserap masuk oleh solar ni turut disimpan di dalam sistem grid (macam tabung elektrik) dan jika ada lebihan tenaga, tenaga tu akan dieksport ke TNB untuk dijual. Kita boleh guna je bila-bila masa dan tidak perlu lagi menggunakan lilin dan hidup kamu sekeluarga akan sentiasa terang-benderang sepanjang hayat.

Peluang Pekerjaan Banyak

Sebanyak 54,300 orang dah dapat kerja dalam industri solar ni diantara tahun 2011 sehingga 2019 menjadikan negara Malaysia negara paling tinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN yang telah membuka peluang pekerjaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan pada masa yang sama ia turut meningkatkan pendapatan negara kita juga.

Mesra Alam

Bila kita guna solar ni sudah tentu tiada pelepasan karbon dioksida, gas rumah hijau pun tiada, semua akan jadi lebih bersih. Kelestarian alam sekitar pun terjamin terutama buat keturunan kita yang akan datang.

Tahukah kamu tindakan kamu menggunakan tenaga solar ini juga dapat menghalang 76,000 tan gas karbon dioksida dilepaskan tinggi ke langit bersamaan dengan bahan bakar yang dihasilkan oleh 36,000 biji kereta. Kita bantu kita, alam sekitar pun kita bantu.

Tidak Ada Lagi Asap Hitam Berkepul-Kepul

Sebab tu adalah logik dan realistik ya apabila Malaysia berusaha untuk membangunkan kereta elektrik, bas elektrik, basikal elektrik dan lain-lain serba serbi elektrik untuk menghadapi masalah kehabisan tenaga tidak boleh diperbaharui dan lebih-lebih lagi masalah pencemaran alam sekitar yang luar biasa semakin lama semakin teruk.

Jadi marilah kita nantikan kemajuan teknologi hijau ini tidak lama lagi.

Mengelak Ketirisan Tenaga Elektrik

Apabila solar itu dipasang secara langsung di rumah bermaksud tenaga elektrik yang digunakan juga adalah secara langsung dan tidak melakukan perjalanan yang jauh berbanding proses tenaga elektrik yang diangkut dari loji utama TNB dan melalui beberapa proses yang jauh lagi panjang.

Disebabkan perjalanannya yang luar biasa panjang dan proses yang berperingkat tenaga elektrik yang sampai ke rumah kita tu sebenarnya dah “bertong-tong” tenaga elektrik mengalami ketirisan dan kita membazir tenaga begitu sahaja.

Jadi sebab tu sistem solar di rumah ni lebih cekap dan berkesan kerana ia lebih hampir dengan kita. Perjalanan tenaga elektrik tu lalu ikut jalan short cut je. Tak perlu lagi pusing merata.  

Kebahagian

Akhirnya, sudah  tentu semua mengharapkan kebahagian. Bila dah penat kerja kita akan pergi ke alam sekitar untuk tenangkan fikiran. Kelestarian alam sekitar wujud hanya jika persekitaran kita terjaga. Semakin tinggi kualiti alam sekitar dijaga semakin berkualiti hidup kita dan semakin bahagia dan gembira hati kita dan fikiran pun tenang. Sakit mental pun kurang.

Kelestarian alam sekitar ni hanya akan dapat bila pencemaran tak de. Cara nak kurangkan pencemaran bukan hanya tanam pokok banyak-banyak, tenaga bahan api fosil (minyak) mesti juga dikurangkan atau dihapuskan lagi bagus dengan kita tukarkan kepada sumber semulajadi seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga solar dari sumber cahaya matahari.

Kesimpulannya, untuk pengetahuan kamu bila kamu menggunakan tenaga solar ni sebenarnya kamu dah menyokong misi Malaysia untuk menjadikan bandar-bandar dalam negara ni bertemakan Bandar Hijau. Bukan sahaja ada banyak pokok, kita sebagai rakyat Malaysia juga menggunakan teknologi-teknologi hijau seperti tenaga solar ni. Masih sangat kurang ya rakyat Malaysia menggunakan teknologi solar ni.

Jadi marilah kita sama-sama mencapai misi ni demi kelestarian alam sekitar dan negara tercinta. Jom order bumbung solar!

 Ditulis oleh Nabilaa Mohamed pada 12/8/2020 11:53pm

Email: nabilaamohamed@gmail.com

Rujukan

1.     Astroawani.com (11 Mac 2018). Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap. Diambil pada 11/8/2020 di http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ladang-solar-terbesar-milik-tnb-lebih-50-siap-170158

2.     Gambar Utama diambil pada 7/8/2020 di https://pixabay.com/photos/house-building-solar-panel-3408202/

3.     Khairul Azran Hussin (19 Julai 2020). Malaysia ketiga dunia hab tenaga solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/588390/malaysia-ketiga-dunia-hab-tenaga-solar

4.     Luxianie (18 Mei 2018). Kelebihan dan Keburukan Tenaga Solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://iluminasi.com/bm/10-kelebihan-dan-keburukan-tenaga-solar.html

5.     Messtecc.gov.my (1 Januari 2020). Solar Power and Budget 2020 Talk Mengupas Manfaat Tenaga Solar di Kawasan Perindustrian. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.mestecc.gov.my/web/en/news/solar-power-and-budget-2020-talk-mengupas-manfaat-tenaga-solar-di-kawasan-perindustrian/

6.     Mohd Zaky Zainuddin (6 Mei 2020). TNB Renewables guna aplikasi urus lading solar. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/05/685761/tnb-renewables-guna-aplikasi-urus-ladang-solar

7.     Revotech (28 August 2019). 7 Sebab Mengapa Anda Patut Menggunakan Tenaga Solar. Diambil pada 11/8/2020 di https://revotech.my/7-sebab-mengapa-anda-patut-menggunakan-tenaga-solar/

8.     Seda.gov.my (18 Februari 2020). Buysolar Sedia Pilihan Pasang Sistem Panel PV. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.seda.gov.my/2020/02/buysolar-sedia-pilihan-pasang-sistem-panel-pv/

9.     Shamsul Munir Safini (14 Mac 2017). Malaysia antara pengeksport utama industry solar dunia. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.hmetro.com.my/node/213408

10.  Zanariah Abd Mutalib (26 Januari 2020). Projek solar TNB di Sepang jana 110,000 Mhw tenaga. Diambil pada 11/8/2020 di  https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/650084/projek-solar-tnb-di-sepang-jana-110000-mwh-tenaga

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...