Sistem solar kat Malaysia ni masih baharu, kesedaran juga masih rendah dan pengguna juga tidak tahu cara untuk mempunyai sistem ni. Jadi aku pun nak cerita le bagaimana cara nak order bumbung solar untuk rumah kamu.
Malaysia mempuyai 4.1 juta bangunan yang berpotensi untuk dipasang panel solar dibahagian atas bumbungnya. Jadi apa lagi, jom rebut peluang.
Kerajaan Malaysia melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah melaksanakan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dalam memajukan industri solar.
Apa Itu Skim NEM?
Di bawah Skim NEM ni pengguna elektrik dari kalangan domestik (masyarakat awam), komersial, perindustrian dan pertanian boleh menjadi pengeluar dan pengguna melalui pemasangan panel solar di kawasan bangunan mereka yang berpotensi.
Skim NEM ni telah dilancarkan sejak tahun 2016 lagi dan ditambahbaik pada tahun 2019. NEM ini merujuk kepada tenaga solar yang dihasilkan daripada sistem solar fotovoltaik (PV) yang dipasang dikawasan yang ada cahaya matahari.
Tenaga solar ni pulak akan bertukar menjadi tenaga elektrik dan boleh digunakan secara langsung, disimpan dan jika berlebihan akan dieksport ke TNB.
Melalui NEM juga kita boleh tahu berapa tenaga yang kita sudah gunakan dan ia boleh menjimatkan bil elektrik kamu dan menjaga alam sekitar.
Kelebihan Skim NEM
·
Tarif
lebih rendah
·
Insentif
cukai
·
Program
pajakan solar
· Bil elektrik rendah
Macam Mana Nak Order?
Order senang je, di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih atau dikenali Net Energy Metering (NEM) tu kamu boleh buat bayaran melalui dua cara. Kamu boleh pilih sama ada:
1.
Pembelian
terus secara tunai, kad kredit atau pinjaman atau
2. Sewa beli melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)/ Program Sewa Beli Solar
Kamu boleh semak di laman web SEDA https://services.seda.gov.my/nemcalculator/#/ untuk melihat anggaran kos pemasangan sistem solar di rumah dan senarai syarikat solar yang berdaftar.
Bila dah dapat maklumat lengkap boleh le cari kedai-kedai yang sediakan pinjaman, sewa beli atau apa-apa diskaun untuk kamu install solar ni di rumah kamu. Tak semua orang mampu guna sistem solar ni tapi panel solar semakin hari semakin murah dan tenaga solar adalah tenaga boleh diperbaharui paling terbaik di Malaysia setakat ni.
Opensys Technologies Syarikat Solar Yang TipTop
Contoh syarikat solar yang berdaftar adalah Opensys Technologies Sdn Bhd dan rakan-rakannya GSPARX Sdn Bhd dan TWBX Sdn Bhd dengan sokongan SEDA diorang menyasarkan 500 isi rumah akan memohon pemasangan sistem panel solar fotovoltaik setiap bulan tahun ni melalui platform e-dagang mereka iaitu buySolar sejak bulan Febuari yang lepas. Jadi ambilah peluang, pergi order cepat-cepat kat applikasi buySolar tu.
Matlamat diorang ni cuma mahu meningkatkan kesedaran kepentingan penggunaan sistem solar sebagai pengeluaran tenaga boleh diperbaharui yang utama. Bersama-sama dengan kerajaan mereka dah kenal pasti 4 juta bangunan sesuai untuk dipasang panel solar.
Perkhidmatan Opensys Technologies
·
Pemasangan
sistem solar A to Z
·
Pemasangan
aplikasi status dalam talian
·
Anggaran
kos
·
Pemilihan
pemasangan sistem solar
·
Sebut
harga yang ditetapkan
·
Pembiayaan
(pinjaman melalui CIMB serendah RM2,000 sehingga RM1 juta)
·
Penyelenggaraan
pemantauan dalam talian
· Perkhidmatan selepas jualan
Selain tu, SEDA juga ada buat promosi seperti rebat dan pelbagai program dilakukan untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui ni seperti Feed-in Tarif (FiT) dan Program Peningkatan Tenaga Bersih Baharu (NEM 2.0) dan untuk menyokong inspirasi kerajaan Malaysia mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 20% tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2025 ni.
Kalau kamu nak tahu apa itu Feed-in Tarif (FiT) boleh rujuk artikel ni Apa itu Feed-in-Tariff (FiT) dan Kepentingannya di Malaysia? Oleh ciktom.com
Kerajaan juga turut melakukan beberapa insentif seperti Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance – GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Green Income Tax Exemption – GITE).
Marilah kita membantu alam sekitar kita disamping itu juga turut membantu Malaysia dalam mencapai sasarannya. Sekian.
Ditulis oleh Nabilaa Mohamed pada 12/8/2020 11:53pm – 1:39pm
Email: nabilaamohamed@gmail.com
Rujukan
1.
Astroawani.com
(11 Mac 2018). Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap. Diambil pada
11/8/2020 di http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ladang-solar-terbesar-milik-tnb-lebih-50-siap-170158
2.
Gambar
Utama diambil pada 12/8/2020 di https://pixabay.com/photos/solar-energy-solar-electricity-4164170/
3.
Khairul Azran Hussin (19 Julai 2020). Malaysia ketiga
dunia hab tenaga solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/588390/malaysia-ketiga-dunia-hab-tenaga-solar
4.
Messtecc.gov.my (1 Januari 2020). Solar Power and Budget
2020 Talk Mengupas Manfaat Tenaga Solar di Kawasan Perindustrian. Diambil pada
11/8/2020 di https://www.mestecc.gov.my/web/en/news/solar-power-and-budget-2020-talk-mengupas-manfaat-tenaga-solar-di-kawasan-perindustrian/
5.
Mohd
Zaky Zainuddin (6 Mei 2020). TNB Renewables guna aplikasi urus lading solar.
Diambil pada 11/8/2020 di https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/05/685761/tnb-renewables-guna-aplikasi-urus-ladang-solar
6.
Revotech
(28 August 2019). 7 Sebab Mengapa Anda Patut Menggunakan Tenaga Solar. Diambil
pada 11/8/2020 di https://revotech.my/7-sebab-mengapa-anda-patut-menggunakan-tenaga-solar/
7.
Seda.gov.my
(18 Februari 2020). Buysolar Sedia Pilihan Pasang Sistem Panel PV. Diambil pada
11/8/2020 di https://www.seda.gov.my/2020/02/buysolar-sedia-pilihan-pasang-sistem-panel-pv/
8.
Shamsul
Munir Safini (14 Mac 2017). Malaysia antara pengeksport utama industry solar
dunia. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.hmetro.com.my/node/213408
9.
Zanariah
Abd Mutalib (26 Januari 2020). Projek solar TNB di Sepang jana 110,000 Mhw
tenaga. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/650084/projek-solar-tnb-di-sepang-jana-110000-mwh-tenaga
10. mestecc.gov.my (5 Ogos 2019). Sistem Solar
Bumbung Terbesar Dilancarkan di bawah Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).
Diambil pada 12/8/2020 di https://www.mestecc.gov.my/web/en/news/sistem-solar-bumbung-terbesar-dilancarkan-di-bawah-skim-pemeteran-tenaga-bersih-nem/
11. sinarharian.com (12 Ogos 2020). Fahami kepentingan tenaga solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://www.sinarharian.com.my/article/71924/BERITA/Nasional/Fahami-kepentingan-tenaga-solar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan