Guna Bumbung Solar di Rumah Betul-Betul Menjimatkan Elektrik! Ketahui Manfaat Bumbung Solar!!!

 


 Apa yang best kalau guna tenaga solar kat rumah ni? Bak pepatah Bill Gate “It’s really kind of cool to have solar panel on your roof”. Ada banyak kebaikkan dan manfaat tersembunyi menggunakan tenaga solar ni, seperti:

Tak Akan Habis

Seperti yang kamu sudah tahu tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, minyak (petroleum) dan gas asli tak lama lagi nak habis dah. Jadinya kita kenalah bijak dengan mendidik diri menggunakan tenaga semulajadi dari cahaya matahari ni sebagai tenaga solar yang menjana tenaga elektrik di rumah kita tu. Tenaga elektrik dari tenaga solar ni tidak akan habis selagi bumi berputar dan selagi alam semesta ini bernyawa. Jadi, sekali kamu dah pasang sistem solar kat rumah, tujuh keturunan pun tak akan habis tenaga elektrik tu.

Jimat Cermat

Sekarang kos panel solar sudah semakin murah dan kebanyakkan orang sudah mampu untuk memiliki panel solar dengan tekanan bil elektrik yang mencanak naik oleh pihak TNB sejak-sejak PKP ni tenaga solar telah menjadi pilihan yang paling mantap untuk dipilih sekarang dengan penjimatan sebanyak RM220 sebulan. Ia sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai 10 orang anak…hehehe (maksud aku keluarga besar).

Blakcout? Tidak Lagi!

Ni yang paling best, jika berlaku masalah elektrik di tempat janakuasa TNB atau disekitarnya kita tidak lagi menghadapi sebarang isu blackout kerana tenaga cahaya matahari yang diserap masuk oleh solar ni turut disimpan di dalam sistem grid (macam tabung elektrik) dan jika ada lebihan tenaga, tenaga tu akan dieksport ke TNB untuk dijual. Kita boleh guna je bila-bila masa dan tidak perlu lagi menggunakan lilin dan hidup kamu sekeluarga akan sentiasa terang-benderang sepanjang hayat.

Peluang Pekerjaan Banyak

Sebanyak 54,300 orang dah dapat kerja dalam industri solar ni diantara tahun 2011 sehingga 2019 menjadikan negara Malaysia negara paling tinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN yang telah membuka peluang pekerjaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan pada masa yang sama ia turut meningkatkan pendapatan negara kita juga.

Mesra Alam

Bila kita guna solar ni sudah tentu tiada pelepasan karbon dioksida, gas rumah hijau pun tiada, semua akan jadi lebih bersih. Kelestarian alam sekitar pun terjamin terutama buat keturunan kita yang akan datang.

Tahukah kamu tindakan kamu menggunakan tenaga solar ini juga dapat menghalang 76,000 tan gas karbon dioksida dilepaskan tinggi ke langit bersamaan dengan bahan bakar yang dihasilkan oleh 36,000 biji kereta. Kita bantu kita, alam sekitar pun kita bantu.

Tidak Ada Lagi Asap Hitam Berkepul-Kepul

Sebab tu adalah logik dan realistik ya apabila Malaysia berusaha untuk membangunkan kereta elektrik, bas elektrik, basikal elektrik dan lain-lain serba serbi elektrik untuk menghadapi masalah kehabisan tenaga tidak boleh diperbaharui dan lebih-lebih lagi masalah pencemaran alam sekitar yang luar biasa semakin lama semakin teruk.

Jadi marilah kita nantikan kemajuan teknologi hijau ini tidak lama lagi.

Mengelak Ketirisan Tenaga Elektrik

Apabila solar itu dipasang secara langsung di rumah bermaksud tenaga elektrik yang digunakan juga adalah secara langsung dan tidak melakukan perjalanan yang jauh berbanding proses tenaga elektrik yang diangkut dari loji utama TNB dan melalui beberapa proses yang jauh lagi panjang.

Disebabkan perjalanannya yang luar biasa panjang dan proses yang berperingkat tenaga elektrik yang sampai ke rumah kita tu sebenarnya dah “bertong-tong” tenaga elektrik mengalami ketirisan dan kita membazir tenaga begitu sahaja.

Jadi sebab tu sistem solar di rumah ni lebih cekap dan berkesan kerana ia lebih hampir dengan kita. Perjalanan tenaga elektrik tu lalu ikut jalan short cut je. Tak perlu lagi pusing merata.  

Kebahagian

Akhirnya, sudah  tentu semua mengharapkan kebahagian. Bila dah penat kerja kita akan pergi ke alam sekitar untuk tenangkan fikiran. Kelestarian alam sekitar wujud hanya jika persekitaran kita terjaga. Semakin tinggi kualiti alam sekitar dijaga semakin berkualiti hidup kita dan semakin bahagia dan gembira hati kita dan fikiran pun tenang. Sakit mental pun kurang.

Kelestarian alam sekitar ni hanya akan dapat bila pencemaran tak de. Cara nak kurangkan pencemaran bukan hanya tanam pokok banyak-banyak, tenaga bahan api fosil (minyak) mesti juga dikurangkan atau dihapuskan lagi bagus dengan kita tukarkan kepada sumber semulajadi seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga solar dari sumber cahaya matahari.

Kesimpulannya, untuk pengetahuan kamu bila kamu menggunakan tenaga solar ni sebenarnya kamu dah menyokong misi Malaysia untuk menjadikan bandar-bandar dalam negara ni bertemakan Bandar Hijau. Bukan sahaja ada banyak pokok, kita sebagai rakyat Malaysia juga menggunakan teknologi-teknologi hijau seperti tenaga solar ni. Masih sangat kurang ya rakyat Malaysia menggunakan teknologi solar ni.

Jadi marilah kita sama-sama mencapai misi ni demi kelestarian alam sekitar dan negara tercinta. Jom order bumbung solar!

 Ditulis oleh Nabilaa Mohamed pada 12/8/2020 11:53pm

Email: nabilaamohamed@gmail.com

Rujukan

1.     Astroawani.com (11 Mac 2018). Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap. Diambil pada 11/8/2020 di http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ladang-solar-terbesar-milik-tnb-lebih-50-siap-170158

2.     Gambar Utama diambil pada 7/8/2020 di https://pixabay.com/photos/house-building-solar-panel-3408202/

3.     Khairul Azran Hussin (19 Julai 2020). Malaysia ketiga dunia hab tenaga solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/588390/malaysia-ketiga-dunia-hab-tenaga-solar

4.     Luxianie (18 Mei 2018). Kelebihan dan Keburukan Tenaga Solar. Diambil pada 12/8/2020 di https://iluminasi.com/bm/10-kelebihan-dan-keburukan-tenaga-solar.html

5.     Messtecc.gov.my (1 Januari 2020). Solar Power and Budget 2020 Talk Mengupas Manfaat Tenaga Solar di Kawasan Perindustrian. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.mestecc.gov.my/web/en/news/solar-power-and-budget-2020-talk-mengupas-manfaat-tenaga-solar-di-kawasan-perindustrian/

6.     Mohd Zaky Zainuddin (6 Mei 2020). TNB Renewables guna aplikasi urus lading solar. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/05/685761/tnb-renewables-guna-aplikasi-urus-ladang-solar

7.     Revotech (28 August 2019). 7 Sebab Mengapa Anda Patut Menggunakan Tenaga Solar. Diambil pada 11/8/2020 di https://revotech.my/7-sebab-mengapa-anda-patut-menggunakan-tenaga-solar/

8.     Seda.gov.my (18 Februari 2020). Buysolar Sedia Pilihan Pasang Sistem Panel PV. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.seda.gov.my/2020/02/buysolar-sedia-pilihan-pasang-sistem-panel-pv/

9.     Shamsul Munir Safini (14 Mac 2017). Malaysia antara pengeksport utama industry solar dunia. Diambil pada 11/8/2020 di https://www.hmetro.com.my/node/213408

10.  Zanariah Abd Mutalib (26 Januari 2020). Projek solar TNB di Sepang jana 110,000 Mhw tenaga. Diambil pada 11/8/2020 di  https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/650084/projek-solar-tnb-di-sepang-jana-110000-mwh-tenaga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...