Pesan Jijo (Khir Rahman) kepada Slash (Pekin Ibrahim), "…ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara
1) rasuah
2) tidak menepati masa
3) cinggey…".
Dialog penuh:
"sekarang ni ada 3 perkara yang boleh menjatuhkan sebuah negara, en. satu, rasuah. ok gua ok. dua tak menepati masa. pun gua ok. tiga cinggey. en. ok ok gua ok. yang cinggey ni la, jangan sampai cinggey ni menjadi batu sempadan untuk menghalang bakat kita. en. ha? en. ok ok. terer tak terer.terer tak terer. terer tak terer. yang ni tak terer ni pasal cinggey ah, en. ha? en. ok ok gua ok. ok. ha? ok gua ok ok”
(Rock On arahan Mamat Khalid)
Pesanan ni kepada siapa? Pesanan ini khas dituju secara halus kepada politikus, ahli pentadbiran atau barisan hadapan dan belakang pengurusan termasuk semua kakitangan kerajaan Malaysia dan juga rakyat sekelian that make our country Malaysia terus hidup dan tidak pupus. Mereka mereka kita kita ini mesti menjauhi tiga perkara ini. Kalau tidak Malaysia tidak akan menjadi Negara maju, target dah tukar kan 2020 ke 2050???...Mmmm…sebab 3 perkara ni lah terer tak terer, terer tak terer. Yang ni tak terer ni pasal 3 perkara ni ar…yang telah menjadi batu sempadan menghalang Visi Wawasan 2020 kita. Pasaipa pa (kenapa) 3 perkara ni dipersalahkan? Pasaipa penting? So let me tell you a story. Once upon a time…
Rasuah
Negara yang memperbudayakan amalan rasuah telah membuatkan Negaranya mundur. Rasuah buat kan sesebuah Negara tu akan ada seribu satu masalah. Dari jalanan sampai ke kerusi pemimpin. Dari hujung pelosok desa terpencil sampai ke kota bandaraya besar semua akan terseret diseret. Merujuk kepada kajian ilmiah mereka bersetuju bahawasanya rasuah adalah faktor utama dan nombor satu menjadi penyebab keruntuhan Negara. Kerana rasuah akan menghancurkan kekuatan sesebuah institusi itu. Dan institusi di sini merujuk kepada pentadbiran kerajaan Negara. Kamu bayangkan kalau intitusi itu sebagai tiang dan rangka mengukuhkan sesebuah rumah (Negara) dicacat celakan oleh perbuatan rasuah goyanglah pacaknya dan runtuh lah rumah (Negara) itu. Bagaimana sesebuah Negara itu menjadi cacat angkara rasuah? Apabila seseorang pemimpin yang ada kuasa untuk melantik ketua/pentadbir urus untuk mengurus pentadbiran kerajaan itu enggan memilih seorang yang sangat berkemampuan berdasarkan kekuatan ilmunya dan akhlaknya kerana disogok oleh aktiviti merasuah akan menyebabkan Negara ditadbir oleh golongan dungu. Bila para dungu mentadbir huru-haralah institusi itu. Sebab itu kalau Negara kita Malaysia ni nak jadi Negara maju, rasuah wajib diperang. Contoh terdekat kamu boleh tengok antara Singapura dan Indonesia dan bandingkan kemajuan Negaranya. Tak de Negara yang membudayakan rasuah akan jadi kaya dan maju. Rasuah kat Negara Malaysia semakin serius. Aneh. Aku kecewa. Berdasarkan tinjauan majoriti rakyat Malaysia menganggap bahawasanya parti-parti politik di Malaysia amat kurop (rasuah) dan usaha kerajaan Malaysia untuk menentang rasuah adalah ke laut (tidak berkesan). Kes yang buatkan Negara Malaysia meletop dikenali dunia adalah kes rasuah 1MDB ‘The 1MDB fund: from Malaysia to Hollywood’. Top 10 bro, cite Malaysia tangga ke-8 dalam laporan Transparency International report. Tengok dalam jaduan kat bawah tu, Malaysia berada di tangga ke-51 dalam ranking dunia berbanding Singapore tangga ke-4 bro. How Singapore boleh berada di tangga ke-4? Nanti aku buat penelitian di waktu yang lain ya.
Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.”
(HR Ibnu Majah)
Orang dungun akan diangkat dan disanjung menjadi pemimpin kerana keistimewaan kedungunanya. Ini adalah satu peringatan dan ancaman daripada ALLAH kepada kita untuk bersiap siaga melawan si dungu. Sebagai rakyat kekuatan kita adalah suara dan pemilihan (PRU). Mungkin anda aktivis memerangi rasuah. Tetaplah terus berjuang.
‘Pincang budaya, maka tempanglah bangsa’. Negara paling tip top menjaga masa adalah Jepun. Diorang guna masa dengan sebaik-baiknya. So tak hairan lah dalam masa kurang dari 20 tahun selepas kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua negara diorang bangun dan menjadi lebih maju, kukuh dan kuat daripada sebelumnya. Pada tahun 2017 ekonomi Jepun berada di tangga ketiga selepas AS dan China. Jepun adalah satu-satunya Negara asia yang paling kukuh ekonominya di dunia. Sampai Jepun ni jadi role model kepada dunia barat. Salute. Kisah bermula dengan ungkapan sedih ‘shikata ga nai, shikata ga nai’ (nothing can be done about it). Masa lalu biarkan ia berlalu. Sikap tidak mudah berputus asa dan malu kerana kalah telah buatkan mereka lebih bermotivasi dan muncul perkataan ‘kaizen’ pada 1950 bermaksud perubahan kepada yang lebih baik. Pengurusan masa adalah salah satu perkara yang terdapat di dalam kaizen. Masayarkat Jepun telah diajar untuk menghargai masa 1 minit dengan melakukan perkara yang bermanfaat selama 1 minit setiap hari walaupun sesibuk mana pun atau malas macam mana pun mereka akan lakukan. Kaizen adalah satu konsep yang berterusan dan tidak drastik. Diamalkan secara perlahan, berterusan tanpa berhenti. Konsep ini terus diamalkan sampai ke peringkat pentandbiran kerajaan mereaka. Dengan menghargai 1 minit ini telah berjaya melatih dalam membudayakan ketetapan masa dalam kehidupan mereka untuk sentiasa menghargai masa dengan sesuatu yang bermanfaat. Bak kata pepatah masa itu nyawa. Disiplin ini buatkan diorang berjaya mentadbir Negara mereka dengan masa singkat dengan kuat bekerja.
Orang yang menetapi masa dijanjikan Allah akan berjaya di di dunia dan di akhirat. Tapi bagi yang tidak menetapi masa dan menghargai masa digambarkan Allah sebagai golongan yang rugi. ALLAH bersumpah dengan masa:
"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." - (Al-Quran, Al-‘Asr: Ayat 1-3).
Kata-kata buat renungan kamu dari seorang ulama Sheikh al Ghazali “Aku lihat orang Islam hidup di negara-negara Timur Tengah, tetapi aku lihat Islam itu hidup di Jepun dan Korea”.
Cinggey
Cinggey ni bahasa pasar bandar maksudnya “perempuan/wanita/female”. Tak kisah lah status mahal atau murah, baik atau jahat. Cinggey kat sini merujuk kepada semua manusia tulen yang berjantina perempuan/wanita/female etc. asli...
Korang ingat tak cerita Nabi Yusuf digoda oleh seorang wanita? Ada satu buku tu aku baca perghhh…menusuk ke kalbu, penulis dia pandai betul, aku punya feeling sampai macam aku rasa ada kat tempat kejadian. Korang pergi lah baca dijamin best giler bertajuk “Belajar Seni Politik Daripada Nabi Yusuf A.S oleh penulis Amru Khalid. Cerita ni salah satu contoh kenapa cinggey boleh menjatuhkan sesebuah Negara tu. Allah tolong Nabi Yusuf A.S masa tu. Dan dengan tindakan Nabi Yusof menjauhi godaan cinggey ketika itu telah membuatkan beliau dapat memajukan kerajaan ke tahap yang terbilang dan gemilang. So, korang nampak tak kesan cinggey ni kepada pentadbiran Negara? Dah boleh bayang kan tak? Betapa pentingnya cinggey ni.
“A beautiful woman” is an image as a whole; is an impression [to a certain extent] beauties were not always associated with status wealth and good fortune, but came to be feared as the source of death, downfall, national ruin, loss and collapse”. – (Cho Kyo, 2012)
Lelaki tipikal yang selalu ada perasaan ingin memiliki perempuan cantik disifatkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya (Lee A. Richer, 2009). Tak de kena mengena dengan cinta sejati ‘true love’ bagai.
The beauty of given woman could cause a separation of main‟s libido from his rational self, causing him to act in an irrational manner (Lee A. Richer, 2009).
Merujuk kepada tulisan yang dibold di atas, seseorang pemerintah/lelaki akan lakukan satu keputusan yang sangat pantas dan tidak berperikemanusiaan kerana dibuta oleh kecantikkan seorang perempuan. Mana-mana lelaki yang tergoda (Oh…aku tergoda…aku tergoda terkecewa…Dari kerana mata…, nyanyian dari R. Azmi bertajuk Kerana Mata) dengan kecantikkan (terlibat dengan scandal perempuan cantik) akan menghadapi masalah di dalam hidupnya dan akhirnya akan menghancurkan performancenya secara perlahan dan paling besar akan menjatuhkan sesebuah Negara (atau kareer dia sebagai lelaki berkuasa/pemimpin). Contoh, kisah kerajaan Melaka iaitu fitnah ke atas Hang Tuah dengan gundik Sultan Mansur Shah menyebabkan pentadbiran kerajaan Melaka di dalam hura-hara dan ditambah dengan sikap Sultan digambarkan berdasarkan kisah dahulu kala adalah seorang ‘kaki perempuan’ dan kejam, so no wonder lah bro. Kisah Tun Teja menyebabkan kerajaan Pahang dan kerajaan Melaka bermusuhan. Obsesi Sultan terhadap kecantikkan Puteri Gunung Ledang dan kisah Tun Fatimah. Sultan tengok muka Tun Fatimah sampai tercenggang sebab cantik sangat (sedih betul aku tgok filem Tun Fatimah ni, 1962). Amboi banyak benar tentang Sultan Melaka ni. Jom kita dengar kisah dari Negara lain pulak.
Dinasti China, banyak dinasti China seperti Dinasti Xia, Shang dan Western Zhou semua jatuh sebab kerana hanya kecantikkan wanita yang berstatus gundik Maharaja. Kisah seorang raja yang bernama Raja Yeonsangun/Yeonsan, dikatakan seorang Raja Jesoan yang ke-10 paling teruk sepanjang zaman Dinasti Joseon di Korea Selatan kerana kecanduan terhadap kecantikkan wanita sampai tak boleh bawa bincang.
Dinasti China, banyak dinasti China seperti Dinasti Xia, Shang dan Western Zhou semua jatuh sebab kerana hanya kecantikkan wanita yang berstatus gundik Maharaja. Kisah seorang raja yang bernama Raja Yeonsangun/Yeonsan, dikatakan seorang Raja Jesoan yang ke-10 paling teruk sepanjang zaman Dinasti Joseon di Korea Selatan kerana kecanduan terhadap kecantikkan wanita sampai tak boleh bawa bincang.
On 1505 AD: “King Yeonsan ordered ‘Beauty Recruit Officers’ to bring him over 10,000 women for his carnal pleasures” – Annals of the Joseon Dynasty (The Treacheros, 2015).
Selain tu cerita paling dekat dengan kita skandal paling tip top kat Malaysia iaitu pembunuhan model Mongolia. Itu semua sebab cinggey.
Akhir kata, 3 perkara ini akan terus menjadi batu sempadan menghalang untuk visi 2050 Negara Malaysia kalau mereka-mereka kita-kita tak mahu berubah kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Rujukan
- Amir Qayyum (9 Oktober 2018). Tahun-tahun Keajaiban dan Kebangkitan Semula Jepun. Diambil pada 14/3/2020 di https://medium.com/amir-qayyum/tahun-tahun-keajaiban-dankebangkitansemulajepune9e12ea72696
- Azizanosman. Pengurusan Masa Mengikut Budaya Kaizen Jepun. Diambil pada 23/3/2020 di http://www.azizanosman.com/pengurusan-masa-mengikut-budaya-kaizen-jepun/
- Bahari Z. (2004). Peranan Jepun Di Peringkat Antarabangsa, Bukti Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban Jepun (Bab 6). Diambil pada 14/3/2020 di http://studentsrepo.um.edu.my/221/7/BAB6.pdf
- Hafizah Iszahanid (30 November 2019). Waspada golongan Ruwaibidhah. Berita Harian Rencana Agama. Diambil pada 24/3/2020 di https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/11/633404/waspada-golongan-ruwaibidhah
- Kay Suhaimi (20 Mar 2018). Perdana Menteri Jepun Yang Memulihkan Ekonomi Jepun Selepas Perang Dunia Kedua: Hayato Ikeda. Diambil pada 14/3/2020 di https://iluminasi.com/bm/hayato-ikeda-perdana-menterijepun-yang-membangunkan-ekonomi-jepun-selepas-perang-dunia-kedua.html
- Luke (20 Novermber 2017). 11 Disilpin masyarakat Jepun yang dipupuk sejak kecil membuatkan Negara mereka hebat. Diambil pada 23/3/2020 di https://iluminasi.com/bm/mengapa-rakyat-negara-jepun-begituhebat-1.html
- Nazri (15 September 2010). Kenapa Bangsa Jepun Hebat. Diambil pada 14/3/2020 di https://bcpengurusan.blogspot.com/2010/09/kenapa-bangsa-jepun-hebat.html
- Rasuah di Malaysia. Dimabil pada 24/3/2020 di https://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah_di_Malaysia
- Suhana Saad & Kartini Aboo Tali/b@Khalid (2015). Implimentasi budaya kerja Jepun dalam organisasi di Malaysia. Diambil pada 23/3/2020 di https://www.researchgate.net/publication/307563753_Implimentasi_budaya_kerja_Jepun_dalam_organisasi_di_Malaysia
- The School of Life (24 November 2014). Why Some Countries Are Poor and Others Rich. Diambil pada 24/3/2020 di https://www.youtube.com/watch?v=9-4V3HR696k
- The Treacherous (27 Mei 2015). Diambil pada 23/3/2020 di https://www.youtube.com/watch?v=3nmKGdCTvMc/
- Transparency International. Corruption Perceptions Index 2019. Diambil pada 24/3/2020 di https://www.transparency.org/cpi2019
- Transparency International. 25 Corruption Scandals that Shook the World. Diambil pada 24/3/2020 di https://www.transparency.org/news/feature/25_corruption_scandals
- Yeonsangun of Joseon. Diambil pada 23/3/2020 di https://en.wikipedia.org/wiki/Yeonsangun_of_Joseon
바카라사이트인포Hi there! I simply wish to give you a huge thumbs up for your great info you have right here on this post. I’ll be coming back to your website for more soon.
BalasPadam먹튀검증디비I’m amazed, I must say. Seldom do I encounter a blog that’s equally educative and engaging, and let me tell you, you’ve hit the nail on the head. The issue is an issue that too few folks are speaking intelligently about. Now i’m very happy that I found this during my search for something concerning this.
BalasPadam