Penyakit Melankolia – Bunuh Diri Kerana Rasa Sedih

 

“…Engkaulah yang kini mekar, dalam diriku yang melankolia, akulah simpang tersasar, karam janjiku yang melankolia”.


Lagu ‘Cinta Melankolia’ dinyanyikan oleh Aan pada tahun 2016. 


Dalam lagu ni dia menceritakan tentang kisah sebuah percintaan yang menyebabkan dia menghadapi masalah melankolia. 


"Saya berasa melankolia dan ingin mati. Tiada apa-apa sebab yang penting, saudara semua tidak perlu merisaui kematian saya. Bye bye!".


Adalah mesej terakhir Zou Fan pada 18 Mac 2012 sehari sebelum dia mati membunuh diri keesokannya berasal dari China. 


Sejarah Melankolia


Asal kata dari bahasa Yunani bermaksud “kesedihan” atau “hempedu hitam” secara harfiah. 


Melas (hitam/gelap) + khole (hempedu) = Melankolia


Ahli-ahli perubatan kuno seperti Ibnu Sina dan Hippokrates percaya jika seseorang itu jatuh sakit adalah disebabkan oleh kandungan cecair di dalam tubuh badan tidak seimbang. Bahagian cecair ni dikenali sebagai “humor”. 


Dalam sistem humor wujudnya hempedu hitam yang mempengaruhi keseimbangan fizikal dan mental seseorang. Hippokrates mengatakan apabila cecair hempedu hitam keluar terlampau banyak maka terjadilah melankolia (kesedihan melampau). Seseorang itu akan mempunyai perasaan dan personaliti yang melankolis. 


Melankolia - Rasa Sedih Melampau


Melankolia akan membuatkan kamu berasa sedih yang amat sangat tanpa sebab dalam jangka masa yang sangat lama dan jika dibiarkan berpanjangan akan membunuh jiwa dan raga kamu secara perlahan-lahan.  


Melankolia adalah sejenis penyakit gangguan mental yang akan membawa kamu ke tahap seterusnya iaitu penyakit kemurungan (depression). Kemurungan adalah penyakit psikologi terjadi kerana perasaan kamu ditekan dan tertekan.


Ada orang kata melankolia itu adalah kemurungan dan ada juga yang berkata melankolia dan kemurungan adalah berbeza. Melankolia atau perasaan sedih yang berlebihan itu datang dan hadir dari dalam diri kamu berbeza dengan kemurungan ia datang dan hadir kerana tekanan dari luar.


Dulu melankolia diletakkan dalam kumpulan skizofrenia (gangguan mental kronik kekal menyebabkan halusinasi, delusi dan tidak dapat membezakan alam realiti) atau gangguan bipolar (gangguan emosi bersama-sama dengan tingkah laku yang celaru). 


Zaman sekarang melankolia dipecahkan dan berada dalam kelas simptom mental, emosi kemurungan atau kesedihan sahaja. 


Wanita lebih kerap terkena melankolia berbanding lelaki dan hampir 70% yang membunuh diri adalah disebabkan oleh melankolia. 


Melankolia di Malaysia


Setiap tahun tahap kebahagian rakyat Malaysia semakin merosot, bererti rakyat Malaysia semakin hari semakin rasa tak gembira dan sering berasa sedih. Mengikut laporan Indeks Kebahagian Dunia 2019, Malaysia berada di tangga ke-80 daripada 156 negara lain di seluruh dunia iaitu jatuh 45 tangga berbanding tahun 2018. Menjunam teruk hampir ‘terciduk’ ke dasar laut.


Banyak orang Malaysia sekarang semakin tertekan lebih-lebih lagi dengan bil elektrik yang semakin mencanak. Opsss…! Salah topik ni. 


Gejala Melankolia


Mood perasaan atau suasana hati kerap bercelaru (on/off, kejap ok kejap tak ok)

Sering bersedih hati 

Kemurungan

Kelesuan 

Tidak bersemangat untuk hidup

Cepat rasa bosan

Mudah terasa (sensitif)


Punca Melankolia


Rasa sedih melampau ini sebenarnya datang tanpa diminta, tanpa diingini dan ia sangat sukar untuk dikawal.


Zaman moden ni punca utama melankolia dikatakan disebabkan oleh masalah genetik iaitu pengeluaran hormon yang tidak seimbang. Kurangnya hormon 5-hydroxytryptamine (5-HT), norepinephrine (NE) dan dopamine (DA) dalam otak manusia. 


Seseorang yang sedang menghadapi masalah hidup seperti penceraian ibubapa, putus cinta, hilang pekerjaan, kematian orang tersayang, gagal dalam peperiksaan dan lain-lain akan membawanya lebih cepat ke dalam ‘lautan’ melankolia jika rasa sedih itu dibiarkan tanpa kawalan. 


Rawatan Melankolia


Perubatan Moden

Macam biasa doctor zaman sekarang akan memberikan rawatan perubatan seperti anti-kemurungan, anti-kegelisahan atau sedatif.


Terapi Spiritual (Agama)

Setiap agama mempunyai kehebatan yang tersendiri dalam merawat masalah jiwa. Di dalam agama Islam al-Quran adalah kitab yang terbaik untuk menyembuh masalah gangguan jiwa/mental. Tetapi ia memerlukan teknik dan proses yang betul baru hasilnya berkesan. 


Rawatan Semulajadi

Adalah lebih baik melakukan rawatan semulajadi seperti mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk, pemakanan yang seimbang, bersenam boleh meransang pengeluaran hormon gembira dengan seimbang dan rehat yang cukup termasuk melakukan aktiviti-aktiviti luar yang berfaedah. 


Pemakanan turut mempengaruhi emosi dan tingkah laku manusia. Contoh yang sering terjadi apabila kamu lapar kamu akan cepat marah. Jadi pastikan kamu makan ‘on time’, makan makanan yang halal lagi baik dan jauhi makanan yang halal tetapi tidak baik.



Kesimpulannya, orang Malaysia jarang ambil tahu tentang gejala melankolia, tambah-tambah lagi dengan sikap masyarakat terdekat yang tidak ambil pusing dan budaya masyarakat itu sendiri yang lebih suka melihat orang sekelilingnya menderita. 


Sebenarnya aku ‘tergoogle’ filem “Melancholia” 2011 kalau kamu mahu faham isu melankolia sedalam-dalamnya boleh tonton filem ni. 



Rujukan

1. Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul (30 Mac 2019). Bahagia Melankolia?. Diambil pada 18/8/2020 di https://www.sinarharian.com.my/article/20694/KOLUMNIS/Bahagia-melankolia

2. Gambar Utama diambil pada 18/8/2020 di https://pixabay.com/photos/sadness-tears-crying-sorrow-no-joy-4578031/ 

3. Malay.cri.cn (17 April 2012). Bagaimana Penyakit Melankolia Meragut Nyawa Kita?. Diambil pada 18/8/2020 di http://malay.cri.cn/701/2012/04/13/122s129873.htm ms.lipsumtech.com (n.d.). Kembali ke hitam: mengapa melankolia mesti difahami sebagai berbeza daripada kemurungan. Diambil pada 18/8/2020 di https://ms.lipsumtech.com/back-black-why-melancholia-must-be-understood-591786


Surat Untuk Mujahid Buat AKU dan KAMU

Kepada AKU dan KAMU,

Perjalanan Awal Seorang Mujahid Untuk Sesiapa Yang Mahu

Apabila AKU dan KAMU berputus asa AKU dan KAMU tidak boleh terus menerus berputus asa. Apabila AKU dan KAMU bersedih hati AKU dan KAMU tidak boleh terus menerus bersedih hati. Apabila AKU dan KAMU berasa bimbang (anxiety) AKU dan KAMU tidak boleh terus menerus berasa bimbang. AKU dan KAMU dilarang berputus asa, bersedih hati dan berasa bimbang. AKU dan KAMU dilarang menjadi lemah. AKU dan KAMU diperintahkan untuk tetap terus menjadi kuat. Kerana apa! Kerana AKU dan KAMU beragama Islam.

Apa Itu Mujahid?

Seseorang yang mempunyai SIKAP (baik dari pendiriannya dan tingkah lakunya) berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan sepenuh tenaga jiwanya dan tenaga raganya dengan sabar dan ikhlas semata-mata kerana Allah untuk Allah melalui lisan dan tubuh badan seperti tulisan, ceramah dan/atau keluar pergi berperang sebagai bukti TERIKATNYA HUBUNGAN jiwanya dan raganya kepada Allah sehingga nyawanya yang terakhir dengan keseimbangan ‘dunia akhirat’.

'SIKAP' dan 'TERIKATNYA HUBUNGAN' mewujudkan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan timbulnya sifat komited di dalam diri seseorang itu.

Jadi mujahid itu adalah seseorang yang komited berjuang di jalan Allah secara lisan dan fizikal baik melalui tulisan, ceramah termasuk ikut berperang melawan musuh Islam (Majid et al., 2010).

Cara Menjadi Mujahid

1.       Penyerahan jiwa dan raga langsung hanya kepada Allah S.W.T 100% penuh dengan hidup sehariannya tidak dipengaruhi oleh makhluk.

2.      Tatacara hidup seharian berdasarkan firman Allah (Al-Quran) dan sabda Rasul (Sunnah) bermula dengan cara berfikir melalui keseimbangan di antara dua pemikiran iaitu mesti berlandaskan pemikiran orthodok sejati dan pemodenan fikiran (keterbukaan). Keseimbangan di antara pemikiran Kaum Muda dan Kaum Tua. Boleh baca karya Buya Hamka yang bertajuk ‘Ortodoks dan Pemodenan’ supaya KAMU lebih memahami https://nabilaamohamed-phd.blogspot.com/2020/07/orthodok-dan-modernisasi-ortodoks-dan.html. Itulah yang dimaksudkan dengan KEMERDEKAAN FIKIRAN.

3.       Bercita-cita tinggi melalui jihad. Bermula dengan jihad melawan nafsu dengan mengenali tipu daya syaitan untuk mencapai cita-cita tertinggi iaitu menjadi hamba Allah dan diikuti dengan cita-cita dunia.

4.       Budi pekerti yang tinggi dengan mempunyai harga diri (memperbaiki kelemahan diri dan meletakkan diri di tempat yang tinggi), rendah diri hanya kepada Allah, berakhlak mulia (ucapan dan perbuatan) dan beramal kebajikan (beramal soleh).

5.       Beriman dan taat (bertakwa). Bersabar dalam melakukan apa yang diperintah. Bersabar dalam menjauhi apa yang dilarang (menjauhi dosa-dosa besar, perbuatan-perbuatan keji dan kesalahan-kesalahan kecil). Bersabar dalam menghadapi ujian, musibah, cubaan, derita, kehinaan, kesedihan, kelaparan etc.

6.       Mendirikan solat tahajjud dan meneliti Al-Quran. Dua ‘resepi ubat semulajadi’ menghapuskan rasa putus asa, bersedih hati dan berasa bimbang dalam mencapai dan memiliki jiwa yang kuat.

7.       Berdoa dengan penuh harap dan dengan rasa gerun takut 100% hanya kepada Allah.

Untuk menjadi seorang mujahid, AKU dan KAMU perlu melalui beberapa proses dan proses yang paling awal dan paling asas adalah dengan mempelajari erti tersirat Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Negara dan Ikrar Pelajar (jika KAMU seorang pelajar sekolah/universiti/etc). Daripada itu AKU dan KAMU akan tahu apakah itu Al-Quran dan apakah itu Sunnah. Dan AKU dan KAMU akan mulai faham ertinya yang tersirat dengan ‘mata’ hati kenapa Rasulullah sebelum wafat di dalam khutbah terakhirnya baginda memberi kata,

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku” – (Rasulullah S.A.W, 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah).

Amaran Keras Untuk AKU dan KAMU

Tingkah laku buruk baik dari dalam hati, fikiran, ucapan dan/atau perbuatan akan menghapuskan kebaikan yang ada di dalam diri AKU dan KAMU dan menghalang kebaikan datang menghampiri. Dan jika AKU dan KAMU jatuh, tetaplah terus bangkit, jika letih, duduklah dulu dan bangkitlah semula. Sekian dari AKU untuk AKU dan KAMU.

Rujukan

1.       Ibnu Taimiyyah

2.       Ibnu Qayyim al-Jauziyah

3.       Buya Hamka

4.       Pendeta Za’ba

5.       Ustaz Hj Hashim A Ghani

     6.       Ustaz Ammar Hazman

     7.       Kamus Bahasa Melayu DBP Edisi Ke-4

     8.       Majid, Ghani & Jali (2010). Ibnu Taimiyyah Perjuangan & Pemikirannya Memurnikan Islam (Cetakan Pertama, 2010; p.g. xi). DBP, KL 

     9.       Kitab Al-Quran


1/9/2020

Selasa

11:21am

Kuala Pilah


Dikemaskini jam 4.05pm di bawah salah satu jambatan di Lebuhraya Lekas

 

Cara Mendapatkan 'Khusyuk' Ketika Solat

Aku dapat ilham tadi, penyerahan jiwa dan raga datangnya dari kebergantungan penuh langsung kepada Allah bermaksud hidup seharianmu hanya dipengaruhi oleh firman Allah dan sabda Rasul.


Ayah aku suruh aku analisis Nabi Muhammad saw bagaimana cara baginda dapat melakukan penyerahan jiwa dan raga kepada Allah swt.


Jadi hasil ringkas aku dari kajian pembacaan aku yang dahulu sehingga sekarang dan dengan jenuhku berfikir dan dengan pertolongan Allah tentang persamaan yang ada pada mereka (Rasul dan selepasnya).


Aku dapat simpulkan, baik dari Rasul kita sendiri, para sahabatnya, dan selepas selepasnya dari yang paling jauh sehingga yang paling dekat dengan kita seperti Ibnu Tamiyyah, Ibnu Qayyim alJauziyah, Ibnu Katsir, Buya Hamka, Pendeta Za'ba, Ustaz Hj Hashim A Ghani dan banyak lagi.


Nampak jelas penyerahan penuh jiwa dan raga mereka langsung kepada Allah dalam kehidupan seharian mereka, mereka tidak dipengaruhi oleh makhluk. Mereka hidup dengan jiwa, mereka hidup dengan raga hanya semata-mata kerana Allah untuk Allah.


Dari sini barulah kita dapat melakukan penyerahan sepenuhnya kepada Pencipta dan bukannya kepada yang dicipta dengan jiwa dan raga dengan semangat sabar dan semangat ikhlas sehingga hasilnya dapatlah kita khusyuk baik di dalam ibadah solat dan ibadah lain.


Dan aku masih ada sedikit kebergantungan kepada makhluk kerana kehidupanku masih sedikit dipengaruhi oleh makhluk. Tapi ia semakin beransur hilang dengan ujian yang diterima, pengalaman pahit yang dilalui.


Aku harap sekarang dan hari yang mendatang aku dan kamu akan berjaya menghapuskan kebergantungan kepada makhluk seluruhnya 100% penuh dengan kebergantungan 100% penuh langsung kepada Pencipta Langit dan Bumi. Sekian.


p.s. solat yang khusyuk dan peliharalah solatmu


Rabu
26/8/2020
6.12am
Pulau Pinang


Gambar "Kayuhan Semangat Kermerdekaan Malaysia Yang Ke-63 Tahun" di Balik Pulau bersama keluarga yang disayangi Taro, Bunga, Izan, Widad, Umi dan Kak Ina Norazlina Binti Badri




Surat Untuk Limbek (5.13)

Ilham dari Limbek


Aku paksa diri terbang berpetualang pertama kali ke tanah Sumatera, tanah Barat sendirian mencari sesuatu yang hilang dari diriku yang tidak aku ketahui "Apa yang hilang?".

Getaran sepanjang perjalanan melatih diri dalam diam berserah diri langsung pada Yang Satu.


Pagi! Iya pagi itu! Suara hati aku berkata, "Kamu ilham! Mmm...bagus nama tu. Semoga Allah berikan ilham kepadaku tentang persoalan; apa yang hilang dari diriku?"


Petualang itu mengajar aku yang banyak tetapi yang dicari belum dijumpa.


Apa yang hilang dari diriku?


Penerbangan kedua pada tahun yang sama.


Sabar dan ikhlas. Dua kata yang hilang dari diriku adalah jawapannya. Kerana itu jiwaku hilang, kerana itu hidupku hilang.


Dan Kau ilhamkan ketika pandanganku, tatapanku mendongak kaku melihat jawapan, melihat ilham dalam perjuangan jalur itu. Sabar dan ikhlasnya sehingga sang matahari rebah ke ufuk barat.


Seperti apa si ilham itu?


Seperti "trigger". Seperti ketika berada di dalam sebuah sangkar yang maha besar seorang diri bersama sang buaya lapar dipandangnya aku tidak berkedip. Dan aku tiba-tiba tahu mandiri, tahu hidup, tahu berjuang.


Iya! Seperti itulah ilham. Si trigger, si buaya, si pencungkil mencungkil kekuatan dalam diri tentang cita-cita yang tak terlihat.


Tapi! Ilham itu hanya 'diwaktu itu'.








Bagaimana Cara Persediaan Mental Ketika Kekasih Hati Bernikah/Berkahwin Dengan Orang Lain?

 

Tiga cara persediaan mental supaya mental kamu jadi lebih kuat sekuat-kuatnya, harap kuat, kalau tak kuat juga, mesti kuatlah.

*nota: ‘kekasih hati’ ditukar menjadi ‘ex’

Cara 1: Ingat! Bahawasanya ‘Your Ex’ Layak Berbahagia

Tapi bukan dengan kamu, dia berbahagia dengan orang lain. Fikir ni pun dah serabut otak. Ya sulit untuk ingat. Ingat juga paksa ingat! bahawasanya ‘my ex’ layak berbahagia dengan orang lain. Semua hal akan jadi mudah buat kamu. Terutama hal-hal yang berkaitan dengan impian kamu, sebaiknya kamu fokus kejar impian kamu daripada kejar ‘ex’. Kalau kamu kejar ‘ex’, impian kamu tercicir. Bak pepatah orang Melayu dahulu kala “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”. Ngam tak? Aku rasa ngam pepatah ni. Jadi, kalau kamu ingat cara nombor satu ni, kamu boleh maju kehadapan dan ‘ex’ kamu juga maju ke hadapan, dua-dua maju. Kuranglah konflik sekarang dan masa hadapan. Tenang jiwa raga.

Cara 2: Percaya Perasaan Cinta Itu Sudah Tiada dan Cemburu Sebenarnya Adalah Normal

Bila kamu dapat tahu dia sudah ada pasangan yang baru dan buatkan perasaan kamu tiba-tiba jadi tidak tenang dan tidak tenteram (sedih atau lain-lain) bukan bererti kamu masih cintakan dia, itu hanyalah perasaan yang timbul kerana berlaku kekeliruan perasaan kerana kamu sedang berfikir tempat kamu sudah diganti dengan orang lain. Kalau lebih cantik lebih sakit rasanya. Kekeliruan perasaan muncul kerana tekanan yang berlaku dan mengganggu sistem perasaan beroperasi dan hasilnya terjadilah gangguan perasaan atau gangguan emosi. Tekanan itu adalah apa yang kamu fikirkan “tempat aku telah digantikan dengan orang yang lebih cantik dari aku, patut la aku ditinggalkan”, contoh.

Banyak orang keliru kenapa perasaan cemburu masih timbul bila ternampak dia bersama dengan orang baru. Kadang-kadang apa yang kamu fikir dan apa yang kamu rasa berlaku secara bertentangan. Ya ke? Yaaa…seperti konsep kekeliruan perasaan di atas. Fikiran dan hati tak selari. Hati jem otak pun jem, otak jem hati pun jem.  Kedua-dua perasaan itu normal dan percayalah sesungguhnya ia adalah perasaan yang normal kamu hanya keliru buat seketika. Kamu mesti percaya bahawasanya kekeliruan itu adalah ilusi dan ilusi itu adalah sesuatu yang tidak wujud.

Cara 3: Mengingati Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kamu Berpisah atau Ditinggalkan

Ok, ini kamu hanya perlu senaraikan faktor-faktornya dan ia akan membuatkan kamu sedar dan tidak bermimpi di siang hari. Mudah kerja senarai-senarai ni tapi lagi buat hati ini sakit. Cara nombor tiga ni tak best, tetapi ia sangat berfungsi dalam membangunkan kamu dari mimpi.

Kesimpulan

Ada banyak cara sebenarnya. Aku pilih tiga cara yang paling sesuai dan rare. Ia sangat sukar dilakukan tetapi tidak mustahil bagi orang yang bersabar, berdoa dan tetap mendirikan solat.

 

Rujukan

1.      Cathy Meyer (13 Mei 2019). 6 Tips to Help You Process Emotions When Your Ex Starts Dating. Diambil di https://www.mydomaine.com/tips-to-help-you-process-emotions-when-your-ex-starts-dating-1103124 pada 27/5/2020

Cara Mencari Teman Setia

Maksud persahabatan ialah untuk sama –sama memperluas tujuan hidup, memperdekatkan di antara satu jiwa dengan jiwa yang lain, yang telah kesesuaian di dalam satu perkara, sehingga dapat didamaikan di dalam perkara yang lain. Apabila terdapat kesalahan pada seorang musuh, maka orang pun berniat melepaskan sakit hatinya dengan jalan membongkar-bongkar kesalahannya dan menghinakannya.

Tetapi apabila kesalahan pada seseorang teman, dapatlah dilakukan teguran dengan terus terang dan jujur. Satu teguran dari seorang sahabat yang setia, pada suatu kesalahan yang nyata, orang tidak enggan mengubahnya dan surut daripadanya. Tetapi apabila seseorang musuh datang menghinakan lantaran satu kesalahan kadang-kadang orang mahu tetap sahaja pada keslahan itu, walaupun apa yang akan terjadi.

Maksud persahabatan dari Buya HAMKA.

Beliau berbicara lagi di dalam FALSAFAH HIDUP ada dua pedoman dalam pencarian teman yang setia.

·       Persamaan Cita-Cita

Cari teman yang punya cita-cita. Cita-citanya sama dengan cita-cita kita. Baru cita-cita hidup bersama dengan hidupnya persahabatan. Berkawan dengan tukang copet bersama – sama mengejar cita-cita menjadi tukang copet handalan sehingga habis nyawa. Berkawan dengan ahli perniagaan bersama – sama mengejar cita-cita menjadi ahli perniagaan terhebat dia asia sehingga habis nyawa. Pencarian tujuan hidup bersama, impian dan cita-cita. Susah senang jerit perih bersama-sama. Saling menjaga cita-cita, yang satu rasa berputus asa yang satu ada buat memberi semangat. Sama-sama saling memperkuatkan keteguhan hati dalam perjalanan menuju cita-cita. Cita-cita memperkuatkan kesetiaan seorang teman.

·       Akal Budi

Setiap insan yang berakal mesti berbudi. Tetapi ada insan yang punya akal tapi tidak punya budi. Kalau mahu mencari teman setia carilah yang berakal lagi berbudi. Setiap yang berakal berilmu tinggi penuh budinya. Teman penuh budi menolong kita menjadi manusia yang berakal dan turut berbudi. Teman pencopet mengajar kita berakal tanpa berbudi. Teman ahli perniagaan mengajar kita berakal dengan berbudi. Tapi ahli perniagaan juga tidak semua berakal dan punya budi. Jadinya pentingnya berhati-hati dalam mencari teman berakal dan berbudi. Budi itu apa? Budi itu kebaikan, berperkerti, sopan santun dan punya kehalusan tingkahlaku luarannya dan dalamannya, berhati mulia, berjiwa ikhlas.

Akhir kata, persahabatan itu berkekalan apabila kedua-dua belah pihak masih sentiasa mahu berkorban, rela berkorban antara satu sama lain. Dan lagi, kemaafan itu meneguhkan hubungan. Sahabat kita itu manusia, bukan malaikat. Dengan pengorbanan dan kemaafan, kedua-dua ini melanjutkan usia persahabatan sehingga tulang hancur dikandung tanah.

 

Rujukan

Prof. Dr. Hamka (2017). Falsafah Hidup (Cetakan Pertama). PTS Publishing House         Sendirian  Berhad, Batu Caves, Selangor

Cara nak mohon Research Assistant (RA) atau Graduate Research Assistant (GRA) di UiTM

 

·       Langkah Pertama

Cari iklan kerja kosong RA/GRA di UiTM Institut Pengajian Siswazah (IPSIS) website.

> https://ipsis.uitm.edu.my/v2/

> Graduate Research Assistant (GRA) Vacancy

> (LIST OF SPECIFIC RESEARCH AREAS) in pdf format

Email resume korang, cover letter etc to them (list lectures yang ada grant seperti yang tertera dalam pdf tu)

·       Langkah Kedua

Kamu akan dapat jemputan temuduga dari lecturer. Persiapan temuduga macam biasa. Temuduga relax. Maybe ada ujian bertulis sikit. Masa aku tak de, tapi aku tengok orang lain ada kena ujian bertulis. Ikut nasib korang. Lega aku tak de. Masa interview yang dibincangkan adalah details research grant, tajuk research, objective research. Tapi before that off course ‘sila perkenalkan diri anda’. Mix communication in BM/BI. Diorang tak tanya sangat kalau korang ada pengalaman research ke tak sebelum ni.

Then lecturer akan bagitahu le apa yang perlu buat as RA/GRA nanti. Gaji/ elaun diberikan dalam RM1000-RM2000. Makanan minum/ pengangkutan pergi travel untuk site visit/ bahan-bahan research semua boleh claim. Then korang kena handle temujanji dengan pegawai-pegwai untuk conduct interview. Then korang kena pergi buat site visit for observation based on research methodology tu lah dan distribute questionnaire survey (self-collect or through online survey).

Korang kena summarise the article untuk lecturer. Korang handle untuk proof read dengan pihak luar. Jangan risau semua arahan dan bantuan akan lecturer tolong tunjukkan. And kadang-kadang korang kena jadi PA contoh tolong buat kopi, beli kuih-muih dan lain-lain as PA. Dan ada duit kopi akan diberikan kat korang kalau korang bernasib baik. Then time kerja mungkin macam kerja office time atau kena kerja 3 kali seminggu.

Kalau untuk pelajar baru, yang baru je dapat surat tawaran sambung belajar dan belum mendaftar tu, tak dapat supervisor (SV) lagi dan tak tahu nak buat tajuk apa. Korang boleh je buat seakan-akan sama tajuk dengan research lecturer ni. Dia juga akan jadi SV korang. So korang tak le pening nak cari bahan-bahan research nanti. Tak buat dua kali kerja la.

Dan research lecturer ni korang tak perlu siapkan 80,000 – 100,000 patah perkataan dokumen bertulis (thesis PhD) pun. Korang hanya siapkan dalam bentuk artikel journal dalam 5 ke 15 muka surat. Untuk korang punya study, ye kena siapkan dokumen setebal setinggi langit tu le.

Next, korang akan pergi conference. Nama korang akan ada juga dalam article tu. So, itu sangat-sangat bagus if korang bercita-cita untuk jadi lecturer nanti. Then kalau korang Gradute on Time (GOT) korang akan dapat sagu hati/hadiah wang. Tapi ikut nasib juga. Just buat yang terbaik demi agama, bangsa dan Negara. Ceh wah, serius ok serius, buat yang terbaik baru puas.

Lepas dah habis interview. If lecturer memang berkenan kat kamu dia akan bagi details dia kat korang untuk mohon RA/GRA secara online.

1.      Detail of Research Leader: Ali bin Abu

2.      Staff ID: 242121

·       Langkah Ketiga

Masa untuk mohon secara online. Go to http://orchid.uitm.edu.my/irmis to apply online. Dalam permohonan tu tarikh mula memang bermula dengan 1st of the month and tarikh tamat is 30th or 31st  end of the month. Selain tu korang kalau ada KWSP/EPF/SOSCO nombor kena letakkan juga. Then kena masukkan details lecturer tu.

Next:

Document need to scan in pdf format and upload dalam sistem:

1.      Bank Islam – statement copy

2.      I/C copy

3.      Academic certification (included spm) and exam transcript

4.      Offer letter of scholarship if available

5.      Offer letter sambung study from IPSIS if kamu minta as GRA

Ex:       Apply on: 5/3/2020

Verify on: 9/3/2020

Approve on: 20/3/2020

Dalam 2 minggu juga diorang review. Then print out RA/GRA offer letter. SELESAI.


 

Kesan Dosa Dalam Hidup

Ada banyak kesan dosa ni, lebih kurang 29 kesan. So aku ambik 4 je yang bagiku adalah kesan yang paling penting, kang nanti korang tidur.

1.     Akal “Jem” Dan Lemah

Dosa penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal manusia itu. Akal akan tiba-tiba stuck dan jem sebab dosa semalam yang telah dilakukan. Tak dapat berfungsi dengan betul. Akal akan jadi lemah tak dapat berfikir dan memahami. Tak dapat lihat yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Dibuktikan dengan kajian sainstifik apabila seseorang itu melakukan kejahatan dia akan merosakkan sebahagian otak depannya secara perlahan-lahan. Cuba bayangkan kalau 24 jam buat jahat tak ke beku akal tu. Tidak dapat berfikir dengan teliti dan tajam dan cenderung memilih kebatilan daripada kebenaran kerana lemahnya fungsi akalnya disebabkan dosa dilakukan. Sebab tu ALLAH dah inform awal-awal, hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran daripada kitab Al-Quran itu. Ertinya hanya orang yang sempurna akalnya (iaitu orang yang menjauhi dosa) dapat berfikir dan memahami isi Al-Quran itu dan mengamalkannya. Manusia berakal melakukan dosa lalu mengurangkan akalnya akhirnya menjemput kebinasaan diri sendiri.

2.     Hati Jadi Liar

ALLAH hadirkan perasaan liar dalam hati pendosa. Liar macam mana tu? Liar di sini ertinya gelisah dan risau. ALLAH transferkan gelisah dan risau ni ke dalam hati kerana dosa yang telah dilakukan sebagai satu seksaan dan ancaman kepadanya. Dosa itu pahit dan sengsara. Pelbagai perasaan cemas dan takut akan kejar hati para pendosa. Macam mana perasaan liar ni datang? Bila seseorang itu lakukan dosa dia telah memutuskan hubungan dengan ALLAH dan menjauhi-NYA. Hubungan dengan-NYA jadi sangat jauh. Dan bila dah jauh dan renggang automatik rasa liar dan segala perasaan tidak enak akan datang bersarang dalam hati dan fikiran pendosa. You tinggal ALLAH, ALLAH tinggal you. Semakin besar dosa itu, semakin liar hati pendosa itu. Jadi semakin lama di lautan dosa semakin lama jugalah rasa liar tu bersarang. So cepat-cepat sedar. Sebelum hanyut dan lemas dibawa arus deras dosa itu.

“Jika engkau memang merasa risau disebabkan dosa yang banyak, maka tinggalkanlah dosa tersebut, nikmatilah ketenangan dan kedamaian, jika engkau memang menginginkannya” – (Ibnu Qayyim al-Jawziyah)

3.     Nikmat Hilang Bala Datang

Bala bencana, azab datang, nikmat pun pergi meninggalkannya.

“Tidak turun suatu bala bencana kecuali disebabkan dosa. Dan tidak diangkat (bala tersebut) kecuali disebabkan taubat”. – (Ali bin Abi Thalib RA)

ALLAH sekali kali tidak akan berlaku zalim. Nikmat ditarik kerana seseorang itu telah menukarkan ketaatan kepada kederhakaan, lalu ALLAH hilangkan nikmat dengan balasan dan ancaman. ALLAH buat macam ni supaya kamu kembali kepadanya denga segera. Dan ingatlah yang mencipta diri kamu itu adalah ALLAH.

“Apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) ALLAH memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu”. - (Al-Quran, Surah asy-Syura: 30)

Jika engkau berada dalam nikmat peliharalahkanlah dengan baik,

Kerana dosa dapat menghilangkan nikmat,

Peliharakanlah nikmat dengan taat kepada Tuhan segenap hamba,

Tuhan segenap hamba yang sangat cepat turun azab dan seksaan-Nya.

– (Syair dalam catatan Ibnu Qayyim al-Jawziyah)

4.     Musuh Menjadi Kuat

“…mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”… “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”… “Apakah itu al-Wahn?”…“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

Itulah perbualan diantara baginda Rasullulah saw dengan para sahabatnya tentang keadaan orang-orang Islam sekarang. Ini adalah sebuah ancaman dan ujian paling besar kepada umat Islam akhir zaman kerana lalainya mereka terhadap hal dunia. ALLAh telah menghilangkan rasa gerun pihak musuh terhadap pihak muslim. Rasa gerun itu telah bertukar kepada pihak muslim. Cinta dunia dan takut mati melemahkan iman. Iman lemah semangat jihad pun lemah. Jihad bukan pergi perang dan bunuh orang semata-mata. Jihad itu melawan nafsu (kejahatan, keburukan, syaitan, firaun, orang seperti firaun etc) dengan bersungguh-sungguh sehingga nyawa yang terakhir ikhlas semata-mata kerana ALLAH Ta’ala. Bila iman lemah, semangat jihad pun lemah, kekuatan cinta dan mengesakan ALLAH juga turut lemah dan musuh menjadi kuat.

Kesimpulannya, kita kena sentiasa berbaik sangka kepada ALLAH dan beriman dengan Qada dan Qadar-Nya. Seksaan, azab, bala bencana dan ujian di atas dunia ini adalah ancaman (last warning) dari ALLAH supaya kita segera tinggalkan dosa (kejahatan) itu dan bertaubat.

 

Rujukan

1.      Ahmad Asri Lubis (2009). Kesan Dosa Dalam Hidup Karya Ibnu Qayyim al-Jawziyah (Cetakan Pertama). Anbakri Publika Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor

Formula 10B Hadapi Stress

 

1.    Bersyukur

Bersyukur buatkan kamu rasa cukup dan tidak tamak. Dengan itu kamu akan merasa lebih relaks dalam melakukan apa-apa pekerjaan dan tidak terburu-buru.  Bagaimanakah cara untuk bersyukur?

§  Kepada manusia – kamu harus sering memberi dan mengucapkan terima kasih.

§  Kepada Tuhan – taat dan tunaikan kewajipan, lakukan apa yang Tuhan suka dan jauhi apa yang Tuhan benci.

2.    Bernafas Dengan Teratur

Caranya:

§  Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.

§  Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

§  Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10.

§  Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.

§  Ulang sebanyak 5 kali sehingga kamu merasa tenang dan relaks.

§  Akhirnya buka mata perlaha-lahan.

3.    Bicara Diri

Ada tiga jenis bicara diri (Self-talk).

§   Bicara diri negatif – akan membuatmu rosak – Aku tidak boleh lakukan ini!

§   Bicara diri positif – akan membuatmu berjaya – Aku boleh lakukan ini!

§   Bicara diri kemungkinan – akan membuatmu lebih berjaya – Bagaimana jika aku boleh melakukan ini!

Bicara diri negatif akan menurunkan level performance kamu dan akan buatkan kamu lebih stress. Amalkan bicara diri positif atau bicara diri kemungkinan setiap hari untuk meningkatkan kekebalan atau ketahanan diri dalam menghadapi stress.

4.    Beribadat

Buatlah ibadah tambahan seperti solat sunat. Mengikut kajian pergerakan solat dapat menyihatkan tubuh badan dan pada yang sama dapat merehatkan minda. Selain itu dekat dengan Tuhan buatkan hati dan jiwa lebih tenang. Segala cabaran dapat dihadapi dengan lebih relaks.

5.    Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang

Mencari teman berbual. Komunikasi dengan kawan-kawan akan melibatkan sesi share ilmu atau share perasaan dalam menghadapai kesukaran situasi-situasi tertentu. Komunikasi dapat menghilangkan beban di dada dan sekali gus mengurangkan stress kamu. So, pergi bercakaplah dengan seseorang yang berjiwa. Jangan duduk sorang-sorang.

6.    Berurut

Urutan badan boleh mengalirkan aliran darah dan releasekan stress yang ada dalam otak kamu.

7.    Berehat Dan Mendengar Muzik

Seseorang itu perlu berrehat seketika selepas 45 minit melakukan kerja. Take five or take ten untuk berehat seketika dan sambung kerja kembali dan muzik juga dapat mengrelaxkan minda ketika penat berfikir terus menerus.

8.    Beriadah

Berkelah atau berBBQ bersama keluarga atau kawan-kawan dapat mengurangkan stress.

9.    Bersenam

Bersenam dapat mengeluarkan hormone gembira. Ya saya tahu kamu tidak suka bersenam. Bersenamlah minimum 3 kali seminggu melebihi sekurang-kurangnya 45 minit sebelum kamu sakit mental.

10.   Berfikiran Positif

Setiap pagi setkan dalam fikiran perkara-perkara yang positif. Memikirkan perkara negatif di awal pagi akan kacau mood kamu dan mood akan swings je memanjang.

 

Rujukan

1.       Amanda Chan (28 September 2011). Best Friends Can Help You Beat Stress, Study Finds. Diambil pada 3/3/2020 di https://www.huffpost.com/entry/best-friend-stress-levels_n_981080

2.       Datuk Zakaria Stapa (n.d.). Sifat Syukur Kepada Allah. Al-Islam Jun 2018: 50-51

3.       Ganapathi, N. & Panchanatham, N. (2012). Workplace Stress: The need for Communication and Knowledge                 Sharing. Diambil pada 3/3/2020 di https://www.researchgate.net/publication/259998468_Workplace_Stress_The_need_for_Communication_and_Knowledge_Sharing

4.       Jonathan (14 Mei 2015). 3 Types of Self-Talk. Diambil pada 3/3/2020 di https://jonathanmanske.com/3-types-of-self-talk/  

5.       Bahagian Psikologi & Kaunseling (n.d.). Kaedah Tangani Stress. Hospital Shah Alam

6.       Tod, D., Hardy, J. & Oliver, E. (2011). Effects of Self-Talk: A Systematic Review. Journal of Sport & Exercise Psychology, 2011, 33, 666-687. Diambil pada 3/3/2020 di https://www.researchgate.net/publication/51704153_Effects_of_SelfTalk_A_Systematic_Review

Apa Yang Rakyat Malaysia Harapkan Bila Berada di Kaunter Kerajaan?

Sekali tengok je kita dah tahu rakyat Malaysia masih tak berapa nak puas hati dengan servis di kaunter kerajaan Malaysia. Masih pada tahap “boleh la nak hidup” (sederhana). Apa yang kamu harapkan bila berada di kaunter kerajaan? Kalau aku? Off course aku harapkan mereka boleh buat kerja dengan betul, tepat dan cepat.

Masa aku buat master aku ada kaji tentang isu ni. So, hasil kajian aku ni, aku nak cerita le sikit. Dari hasil kajian aku rakyat Malaysia ni hanya nak Tuan/Puan di kaunter kerajaan ni jadi lebih empati. Kamu tahu tak apa itu empati? Empati tu merujuk kepada seseorang yang mempunyai kebolehan memahami hati orang lain. Jadinya kita ni sebagai rakyat berharap kakitangan kerajaan (Tuan/Puan) ada talent untuk memahami hati rakyat masa diorang tengah dapatkan servis kat kaunter. Kalau ada kebolehan telapati lagi bagus..hehehe. Macam mana nak jadi lebih empati ni? Cadangan buat Tuan/Puan, ada lima cara macam mana nak jadi lebih empati iaitu:

1.    Berupaya Untuk Menjaga Kepentingan Pelanggan / Rakyat

Kepentingan itu merujuk kepada apa yang pelanggan nak masa tu. Tuan/Puan berupaya untuk tahu kepentingan mereka berada di kaunter ketika itu. Lalu fokus apa yang mereka pentingkan. Contoh, Mr. AC mahu memperbahurui passportnya, jadi Tuan/Puan perlu sediakan proses yang jelas untuk memenuhi kepentingnya.

2.    Berupaya Memahami Keperluan Khusus Pelanggan

Apa yang pelanggan perlu untuk menyelesaikan kepentingan mereka ketika di kaunter? Dengan pantas Tuan/Puan berupaya memahami keperluan khusus tersebut. Contoh, Mr. AC perlu memberi salinan I/C ketika memperbaharui passportnya dan dia tidak tahu, jadi Tuan/Puan menunjukkan arah tempat/kedai supaya Mr. AC dapat membuat salinan I/C nya.

3.    Berupaya Untuk Melihat Dengan Teliti

Tuan/Puan dapat melihat dengan teliti jika ada kesilapan, dengan cepat betulkannya. Dengan itu masalah dapat diselesaikan dengan betul, tepat dan cepat. Contoh, dokumen Mr. AC terdapat kesilapan ejaan sebelum diketahui oleh Mr. AC, Tuan/Puan terlebih dahulu mengetahuinya dan membetulkannya.

4.    Berupaya Memahami Expectation (Jangkaan) Pelanggan

Apa yang pelanggan akan dapat daripada servis itu dan Tuan/Puan dapat tunaikan jangkaan itu. Expectation pelanggan Tuan/Puan dah dapat jangka awal-awal lagi. Tuan/Puan berupaya untuk standby in anytime. Contoh, Mr. AC mahu memperbahurui passportnya dan masa yang ditetapkan dan dijangka siap adalah selepas 2 jam. Tapi Tuan/ Puan dapat melebihi jangkaan tersebut dengan menyiapkan seawal 1 jam 30 minit.

5.    Berupaya Berkomunikasi

Tuan/Puan mempunyai skill komunikasi yang baik. Budi bahasa budaya kita. Penggunaan perkataan yang sopan. Intonasi suara yang ceria dan bersemangat memberi aura positif. Bermanis muka atau bahasa tubuh ni turut mempengaruhi kebolehan berkomunikasi Tuan/Puan. Contoh, Mr. AC terlihat agak sedih dan Tuan/Puan dapat memahaminya lalu dengan skill komunikasi Tua/Puan dengan menggunakan intonasi suara yang betul dapat menceriakan perasaan Mr. AC kembali.

Akhir kata, empati dalam semua hal sangat penting kerana tanpa kebolehan memahami keadaan, situasi atau seseorang adalah sangat sukar perhubungan (manusia dengan organisasi kerajaan) itu dapat dikekalkan, bertahan atau maju.

 

Rujukan

Nabilaa Mohamed (2019). Faktor Paling Utama Yang Mempengaruhi Kepuasan Pelanggan di Organisasi-Organisasi Awam Yang Terletak di UTC Kuala Lumpur. Pembangunan Pengetahuan Dalam Pengurusan, Pendidikan dan Sains Sosial: Idea dan Penyelidikan Awal. The eBook was published by Kaizentrenovation Sdn Bhd. EISBN : 9789671771808. Retrieved from https://kaizentrenovationpublishing.com/ebook/

Istilah 'GO AYAM' dalam Dunia Climbing di Malaysia

  GO AYAM merupakan satu konsep pemikiran yang dipratikkan oleh rock climber ketika memanjat sebuah batu (climbing route). Konsep pemikiran ...