Ada banyak kesan dosa ni, lebih kurang
29 kesan. So aku ambik 4 je yang bagiku adalah kesan yang paling penting, kang
nanti korang tidur.
1. Akal “Jem”
Dan Lemah
Dosa penyebab berkurangnya fungsi dan
kekuatan akal manusia itu. Akal akan tiba-tiba stuck dan jem sebab dosa
semalam yang telah dilakukan. Tak dapat berfungsi dengan betul. Akal akan jadi
lemah tak dapat berfikir dan memahami. Tak dapat lihat yang mana satu betul dan
yang mana satu salah. Dibuktikan dengan kajian sainstifik apabila seseorang itu
melakukan kejahatan dia akan merosakkan sebahagian otak depannya secara
perlahan-lahan. Cuba bayangkan kalau 24 jam buat jahat tak ke beku akal tu.
Tidak dapat berfikir dengan teliti dan tajam dan cenderung memilih kebatilan
daripada kebenaran kerana lemahnya fungsi akalnya disebabkan dosa dilakukan.
Sebab tu ALLAH dah inform awal-awal, hanya
orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran daripada kitab
Al-Quran itu. Ertinya hanya orang yang sempurna akalnya (iaitu orang yang
menjauhi dosa) dapat berfikir dan memahami isi Al-Quran itu dan mengamalkannya.
Manusia berakal melakukan dosa lalu mengurangkan akalnya akhirnya menjemput
kebinasaan diri sendiri.
2. Hati Jadi Liar
ALLAH hadirkan perasaan liar dalam
hati pendosa. Liar macam mana tu? Liar di sini ertinya gelisah dan risau. ALLAH
transferkan gelisah dan risau ni ke
dalam hati kerana dosa yang telah dilakukan sebagai satu seksaan dan ancaman
kepadanya. Dosa itu pahit dan sengsara. Pelbagai perasaan cemas dan takut akan
kejar hati para pendosa. Macam mana perasaan liar ni datang? Bila seseorang itu
lakukan dosa dia telah memutuskan hubungan dengan ALLAH dan menjauhi-NYA.
Hubungan dengan-NYA jadi sangat jauh. Dan bila dah jauh dan renggang automatik rasa
liar dan segala perasaan tidak enak akan datang bersarang dalam hati dan
fikiran pendosa. You tinggal ALLAH,
ALLAH tinggal you. Semakin besar dosa
itu, semakin liar hati pendosa itu. Jadi semakin lama di lautan dosa semakin
lama jugalah rasa liar tu bersarang. So cepat-cepat sedar. Sebelum hanyut dan
lemas dibawa arus deras dosa itu.
“Jika engkau memang merasa risau
disebabkan dosa yang banyak, maka tinggalkanlah dosa tersebut, nikmatilah
ketenangan dan kedamaian, jika engkau memang menginginkannya” – (Ibnu Qayyim
al-Jawziyah)
3. Nikmat Hilang Bala Datang
Bala bencana, azab datang, nikmat pun pergi
meninggalkannya.
“Tidak turun suatu bala bencana
kecuali disebabkan dosa. Dan tidak diangkat (bala tersebut) kecuali disebabkan
taubat”.
– (Ali bin Abi Thalib RA)
ALLAH sekali kali tidak akan berlaku
zalim. Nikmat ditarik kerana seseorang itu telah menukarkan ketaatan kepada
kederhakaan, lalu ALLAH hilangkan nikmat dengan balasan dan ancaman. ALLAH buat
macam ni supaya kamu kembali kepadanya denga segera. Dan ingatlah yang mencipta
diri kamu itu adalah ALLAH.
“Apa jua yang menimpa kamu daripada
sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu
lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada
itu) ALLAH memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu”. - (Al-Quran,
Surah asy-Syura: 30)
Jika engkau
berada dalam nikmat peliharalahkanlah dengan baik,
Kerana dosa dapat
menghilangkan nikmat,
Peliharakanlah
nikmat dengan taat kepada Tuhan segenap hamba,
Tuhan segenap
hamba yang sangat cepat turun azab dan seksaan-Nya.
–
(Syair dalam catatan Ibnu Qayyim al-Jawziyah)
4. Musuh Menjadi Kuat
“…mereka lebih ramai tetapi tidak
berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di
laut.”… “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”…
“Apakah itu al-Wahn?”…“Cintakan dunia dan takut akan kematian.” –
(HR. Ahmad,
Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)
Itulah perbualan diantara baginda
Rasullulah saw dengan para sahabatnya tentang keadaan orang-orang Islam
sekarang. Ini adalah sebuah ancaman dan ujian paling besar kepada umat Islam
akhir zaman kerana lalainya mereka terhadap hal dunia. ALLAh telah
menghilangkan rasa gerun pihak musuh terhadap pihak muslim. Rasa gerun itu
telah bertukar kepada pihak muslim. Cinta dunia dan takut mati melemahkan iman.
Iman lemah semangat jihad pun lemah. Jihad bukan pergi perang dan bunuh orang
semata-mata. Jihad itu melawan nafsu (kejahatan, keburukan, syaitan, firaun,
orang seperti firaun etc) dengan bersungguh-sungguh sehingga nyawa yang
terakhir ikhlas semata-mata kerana ALLAH Ta’ala. Bila iman lemah, semangat
jihad pun lemah, kekuatan cinta dan mengesakan ALLAH juga turut lemah dan musuh
menjadi kuat.
Kesimpulannya, kita kena sentiasa
berbaik sangka kepada ALLAH dan beriman dengan Qada dan Qadar-Nya. Seksaan,
azab, bala bencana dan ujian di atas dunia ini adalah ancaman (last warning) dari ALLAH supaya kita
segera tinggalkan dosa (kejahatan) itu dan bertaubat.
Rujukan
1. Ahmad Asri Lubis
(2009). Kesan Dosa Dalam Hidup Karya Ibnu
Qayyim al-Jawziyah (Cetakan Pertama). Anbakri Publika Sdn Bhd, Petaling
Jaya, Selangor