·
Langkah Pertama
Cari iklan kerja kosong RA/GRA di UiTM Institut Pengajian
Siswazah (IPSIS) website.
> https://ipsis.uitm.edu.my/v2/
> Graduate Research
Assistant (GRA) Vacancy
> (LIST OF SPECIFIC
RESEARCH AREAS) in pdf format
Email resume korang, cover letter etc to them (list lectures yang ada grant seperti yang tertera dalam pdf tu)
·
Langkah Kedua
Kamu akan dapat jemputan temuduga dari lecturer.
Persiapan temuduga macam biasa. Temuduga relax. Maybe ada ujian bertulis sikit.
Masa aku tak de, tapi aku tengok orang lain ada kena ujian bertulis. Ikut nasib
korang. Lega aku tak de. Masa interview yang dibincangkan adalah details
research grant, tajuk research, objective research. Tapi before that off course
‘sila perkenalkan diri anda’. Mix communication in BM/BI. Diorang tak tanya
sangat kalau korang ada pengalaman research ke tak sebelum ni.
Then lecturer akan bagitahu le apa yang perlu buat as
RA/GRA nanti. Gaji/ elaun diberikan dalam RM1000-RM2000. Makanan minum/ pengangkutan
pergi travel untuk site visit/ bahan-bahan research semua boleh claim. Then
korang kena handle temujanji dengan pegawai-pegwai untuk conduct interview.
Then korang kena pergi buat site visit for observation based on research
methodology tu lah dan distribute questionnaire survey (self-collect or through
online survey).
Korang kena summarise the article untuk lecturer.
Korang handle untuk proof read dengan pihak luar. Jangan risau semua arahan dan
bantuan akan lecturer tolong tunjukkan. And kadang-kadang korang kena jadi PA
contoh tolong buat kopi, beli kuih-muih dan lain-lain as PA. Dan ada duit kopi
akan diberikan kat korang kalau korang bernasib baik. Then time kerja mungkin
macam kerja office time atau kena kerja 3 kali seminggu.
Kalau untuk pelajar baru, yang baru je dapat surat
tawaran sambung belajar dan belum mendaftar tu, tak dapat supervisor (SV) lagi
dan tak tahu nak buat tajuk apa. Korang boleh je buat seakan-akan sama tajuk
dengan research lecturer ni. Dia juga akan jadi SV korang. So korang tak le
pening nak cari bahan-bahan research nanti. Tak buat dua kali kerja la.
Dan research lecturer ni korang tak perlu siapkan
80,000 – 100,000 patah perkataan dokumen bertulis (thesis PhD) pun. Korang
hanya siapkan dalam bentuk artikel journal dalam 5 ke 15 muka surat. Untuk
korang punya study, ye kena siapkan dokumen setebal setinggi langit tu le.
Next, korang akan pergi conference. Nama korang akan
ada juga dalam article tu. So, itu sangat-sangat bagus if korang bercita-cita
untuk jadi lecturer nanti. Then kalau korang Gradute on Time (GOT) korang akan
dapat sagu hati/hadiah wang. Tapi ikut nasib juga. Just buat yang terbaik demi
agama, bangsa dan Negara. Ceh wah, serius ok serius, buat yang terbaik baru
puas.
Lepas dah habis interview. If lecturer memang berkenan
kat kamu dia akan bagi details dia kat korang untuk mohon RA/GRA secara online.
1.
Detail of Research
Leader: Ali bin Abu
2. Staff ID: 242121
·
Langkah Ketiga
Masa
untuk mohon secara online. Go to http://orchid.uitm.edu.my/irmis to apply online. Dalam permohonan tu tarikh mula
memang bermula dengan 1st of the month and tarikh tamat is 30th
or 31st end of the month.
Selain tu korang kalau ada KWSP/EPF/SOSCO nombor kena letakkan juga. Then kena
masukkan details lecturer tu.
Next:
Document need to scan in pdf
format and upload dalam sistem:
1.
Bank Islam –
statement copy
2.
I/C copy
3.
Academic
certification (included spm) and exam transcript
4.
Offer letter of scholarship
if available
5.
Offer letter
sambung study from IPSIS if kamu minta as GRA
Ex: Apply on: 5/3/2020
Verify
on: 9/3/2020
Approve
on: 20/3/2020
Dalam 2 minggu juga diorang review. Then print out RA/GRA offer letter. SELESAI.
Salam sis. Untuk elaun gra. Mcm mana nak tahu elaun dah masuk? Ada tarikh tertentu?
BalasPadamIkut RMC, kadang lambat kadang cepat.
Padam